CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Showing posts with label Belanda. Show all posts
Showing posts with label Belanda. Show all posts

Monday, July 12, 2010

SANG PERAMAL HEBAT...SUDAH NYATA YANG 'PAUL' LEBIH HEBAT DARI 'MANI,..

Salam,

Pertandingan bolasepak piala dunia baru saja berakhir awal pagi tadi dengan munculnya muka baru sebagai pemenang iaitu Sepanyol apabila mereka berjaya menewaskan Belanda pada masa tambahan dengan keputusan 1-0. Mungkin ramai yang gembira kerana pasukan mereka telah menang tetapi tidak kurang juga yang kecewa apabila pasukan Belanda tewas.. Apapun perlawanan pagi tadi tetap hebat dengan kedua-dua pasukan saling menyerang lawan masing-masing..

Keputusan awal pagi tadi juga telah menemukan "Paul" dan "Mani" yang juga telah membuat pertandingan mengenai siapa peramal yang paling hebat kepada keputusan pertandingan piala dunia kali ini... Nyatalah yang Paul octopus lebih hebat dan memang lebih handal..

 
Mani


Paul 
 
Biarpun masing-masing memlilki teknik ramalan yang berbeza tetapi dalam perlawanan akhir semalam Paul telah memilih Sepanyol manakala Mani telah memilih Belanda sebagai pemenang masing-masing..
Dalam perlawanan piala dunia kali ini ramalan Paul 100% tepat dengan semua jangkaannya telah menjadi kenyataan manakala Mani juga tidak kurang hebatnya dengan ramalan 80%.. Apapun semua itu telah menjadi sebahagian daripada suka duka piala dunia kali ini.. Entah apa lagi yang akan berlaku pada pertandingan musim akan datang.. Sama-sama kita nantikan di Brazil 2014...



Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.

Bookmark and Share
Share

Thursday, July 8, 2010

SOTONG AJAIB MERAMALKAN BELANDA AKAN MENEWASKAN SEPANYOL DALAM PERLAWANAN AKHIR...

Oleh kerana pasukan negaranya Germany telah tewas maka timbul tandatanya adakah si Paul ini akan meneruskan ramalannya ke atas perlawanan akhir piala dunia di antara Sepanyol dan Belanda.. Dengan kecanggihan teknologi komputer masa kini maka telah dikeluarkan foto yang kononnya adalah si Paul yang terkenal itu di mana dia telah meramalkan Belanda akan menewaskan Sepanyol pada perlawanan akhir...

 
Pada aku foto ini ada keraguan dari segi bentuk akuariumnya dan juga si paul itu sendiri.. Adakah kerana terlalu banyak meramal keputusan mengakibatkan si paul semakin kurus? Mana perginya bola disamping balang akuarium itu? Tapi jika benar foto di atas adalah Paul maka bagaimana? Pada piala dunia kali ini Paul belum tewas dalam 6 perlawanan... satu pencapaian yang memang mengagumkan dan ajaib..

Tidak kurang juga foto lain yang dicipta oleh orang untuk mempermainkan ramalan si Paul... Lihat gambar foto di bawah... Bila masa si paul buat semua ramalan itu...


Yang ini best sebab pasukan Jerman akan menentang pasukan Malaysia di mana Paul dikatakan telah memilih Malaysia sebagai pemenang...hahah...siapalah yang buat lawak best ini.. Kita tengok lagi satu foto...

 
Adakah si Paul datang meramal keputusan perlawanan di antara Selangor dan Kelantan? Yang ini mungkin sotong kurita Malaysia yang dipelihara di Selangor..haha
Apapun keadaannya kita tunggu keputusan sebenar perlawanan akhir Piala Dunia 2010 pada 12 Julai nanti..



Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Entri-Entri terkini