CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Showing posts with label Lady Gaga. Show all posts
Showing posts with label Lady Gaga. Show all posts

Tuesday, September 21, 2010

Bukti yang menunjukkan bahawa Lady Gaga is Satanic..

Lady Gaga menyampaikan mesej syaitan melalui lagu2nya?
 
Lady Gaga menyampaikan mesej syaitan melalui imej yg ditonjolkan dan lirik-lirik lagunya. Hentikan mendengar lagu syaitan betina ini! termasuklah juga artis-artis lain sperti madonna, christina Aguilera, Britney dan Rihanna .Mereka adalah antara penganut agama kaballah... iaitu agama purba yahudi yang cenderu ng kepada pemujaan syaitan, mistik dan magis dan juga antara penyampai utama iblis laknatullah yg terkenal d hollywood pada masa sekarang. 

http://tinyurl.com/236y33w~ 

p/s: Terpulang pada anda untuk menerima atau tidak kebenaran yang disampaikan melalui video ini. Anda sangat dialu-alukan untuk menyebarkan video ini sesiapa sahaja.




Anda boleh lihat video itu di sini:
http://www.youtube.com/watch?v=XCvmQ2xrYDQ



Pendapat anda mengenai post ini sangat dialu-alukan... Terima kasih. 

Bookmark and Share
Share

Thursday, August 26, 2010

Lady Gaga.."Ratu Twitter" yang baru.. rampas gelaran dari Britney Spear

Lady Gaga (Gambar) telah menjadi wanita paling ramai pengikut di Twitter dengan jumlah pengikutnya mengatasi angka 5.7 juta pengikut. Rekod itu mengatasi jumlah pengikut penyanyi pop terkenal Britney Spear yang baru-baru ini mencatat 5.5 juta pengikut.

Serentak dengan itu Lady Gaga dalam laman mini nya di Twitter mengeluarkan videonya yang mana beliau berjanji tidak akan menimbulkan banyak kontroversi sepertimana yang dilakukan oleh kebanyakan artis lain. Beliau berjanji akan menjadi contoh yang baik kepada semua pengikutnya.

Antara orang yang melebihi 5 juta pengikut di twitter ialah presiden USA Barrack Obama.



Pendapat anda mengenai post ini sangat dialu-alukan... Terima kasih.
 
Bookmark and Share
Share

Monday, August 9, 2010

Lady Gaga memang 'se-gah' namanya...Rekod pencalonan VMA terbanyak milik Gaga




GAGA dengan pakaian pelik ketika melakukan persembahan di Rockefeller Center, awal bulan lalu. - AFP


LOS ANGELES  - Lady Gaga memperolehi pencalonan terbanyak dengan 13 pencalonan untuk Anugerah Muzik Video (VMA) MTV semalam, sekali gus menjadi rekod baru untuk pencalonan terbanyak dalam musim tunggal VMA.
Eminem pula memperolehi pencalonan terbanyak untuk kategori artis lelaki dengan lapan pencalonan selepas kejayaan album terbaru mereka Recovery.
Sementara itu, penyanyi remaja sensasi Kanada, Justin Bieber memperolehi pencalonan pertamanya menerusi kategori artis baru terbaik untuk muzik video hit solonya Baby.
Pendatang baru, Kesha menyertai veteran Jay-Z, Alicia Keys, Katy Perry, Usher dan kumpulan indie, Florence and the Machine yang memperolehi pencalonan lain.
Gaga mencalonkan dua lagu dalam kategori video paling popular tahun ini, Bad Romance dan lagu bersama Beyonce, Telephone di mana menyaksikan persaingan termasuk Eminem dengan lagu Not Afraid dan B.oB., Airplaines.
Penyanyi pop itu turut memperolehi pencalonan untuk kategori artis pop terbaik, penari terbaik dan video muzik wanita terbaik.
"Saya amat berbesar hati dengan pencalonan ini dan mengakui terkejut kerana memperolehi pencalonan terbanyak dalam sejarah MTV untuk tempoh setahun.
"Ironinya, saya menjadi lebih bangga kerana 13 adalah nombor yang tidak bertuah," kata Gaga dalam satu kenyataan.
Anugerah itu akan disiarkan secara langsung di televisyen dari Los Angeles pada 12 September ini. - Reuters


sumber:



Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Entri-Entri terkini