CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Showing posts with label Latest. Show all posts
Showing posts with label Latest. Show all posts

Tuesday, July 13, 2010

Sekolah tertua, uzur di Ranau perlu diberi perhatian

11th July, 2010

RANAU: Sekolah Rendah Kebangsaan paling tua daerah ini (SK Pekan Ranau) meminta pihak yang berwajib memberikan perhatian sewajarnya mengenai beberapa bangunan dan persekitarannya yang kini terlalu uzur, daif, ketinggalan zaman serta mengancam keselamatan.

Menurut guru besar sekolah berkenaan, Mostajah@ Zunaidi Dullah, tujuh daripada bangunan sekolah berkenaan diisytiharkan haram kerana tidak mendapat kelulusan jurutera Jabatan Kerja Raya daerah atas keadaannya yang tidak selamat.

Sebahagian daripada bangunan sekolah seperti dewan berhimpun dan kantin pula dibina atas daya usaha Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) secara bergotong royong tanpa pelan pembinaan yang lengkap dan tidak didaftarkan.

“Manakala bangunan lainnya terdiri daripada bangunan papan yang kebanyakannya sudah mencapai umur lebih daripada 40 tahun malah ada bangunan yang dibuat sejak penubuhan sekolah itu lagi pada tahun 1936 tanpa pengubahsuaian yang sempurna,” katanya. Beliau berkata sebahagian daripada dinding, bumbung dan atap sekolah berkenaan sudah terlalu uzur dan bocor-bocor.

“Pegawai Pelajaran Daerah sendiri mengarahkan supaya mengosongkan beberapa bangunan berkenaan kerana tidak selamat tetapi pihak sekolah tetap menggunakannya kerana tiada pilihan lain. “Ini bererti, pihak sekolah terpaksa akan menanggung segala risiko yang mungkin berlaku kepada penggunanya yang terdiri dari 600 orang murid, 47 orang guru dan 6 orang kakitangan bukan mengajar sekolah terbabit,” tambahnya.

Menurut beliau parit yang mengalir di perantaraan bangunan sekolah berkenaan juga merupakan satu lagi masalah besar. Parit tidak bersimen itu akan banjir besar pada musim hujan manakala di musim kemarau ia akan membiakkan jentik-jentik yang membahayakan kesihatan.

Beliau berkata pagar sekolah juga tidak selamat kerana kebanyakannya sudah berlubang-lubang tanpa penyenggaraan. “Jarak antara bangunan pejabat pentadbiran sekolah dengan bilik darjah yang terlalu jauh juga mendatangkan masalah kepada guru-guru terutamanya pada musim hujan,” katanya.Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis penutupan sukan Olahraga Tahunan ke 27 sekolah itu yang dirasmikan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Ewon Ebin, di astaka khas sekolah berkenaan dekat sini.

Dalam ucapan perasmian, Ewon turut bersimpati dengan keadaan sekolah berkenaan yang merupakan sekolah paling tua, banyak berjasa serta banyak mengeluarkan graduan daerah Ranau. Untuk itu katanya, beliau akan menyampaikan mesej penting warga sekolah itu kepada pihak berwajib dan berharap supaya hasrat mereka untuk menukar bangunan itu daripada sekolah papan kepada bangunan konkrit dapat direalisasikan.

Turut hadir hadir pada majlis itu Setiausaha Politik dan Pegawai Perhubungan Kementerian, Japirin Sahadi dan Jafari Yadam dan wakil Pegawai Pelajaran Daerah, Agimin Rimin.


sumber:
sabahtimes

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Tuesday, June 1, 2010

Jual ayam tak halal, Tesco disaman RM1.6 juta

Kuala Lumpur:  
Mei 31, 10 5:41pm




















Seorang peniaga dan empat anggota keluarganya hari ini memfailkan saman ganti rugi RM1.6 juta terhadap Tesco Stores (M) Sdn Bhd kerana didakwa cuai memastikan produk ayam segar yang siap diproses dan dilabelkan halal, benar-benar halal megikut agama Islam.

Saman itu difailkan oleh Raja Muzaffar Kamar Raja Busu, Lijah Awang Kechik, Raja Kamar Idris Raja Busu, Norhayati Abdullah dan Raja Teh Rahmah Raja Busu.

Writ saman itu difailkan oleh peguam Kamal Razali melalui firma guaman, Badruzzaman & Kamal, Peguambela & Peguamcara, Peguam Syariah di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, di Pulau Pinang.

Dalam pernyataan tuntutannya, Raja Muzaffar Kamar yang mewakili empat plaintif lain dari Bayan Baru, memohon ganti rugi am RM1 juta, ganti rugi teladan RM500,000 dan ganti rugi teruk RM100,000.

Beliau turut menuntut surat permohonan maaf secara terbuka oleh defendan kepada semua plaintif kerana mengalami trauma dan maruah plaintif tercalar kerana menjual ayam haram.

Raja Muzaffar Kamar berkata beliau mengalami trauma dan berasa berdosa kerana memakan ayam yang haram bersama plaintif lain dan memberi makan produk ayam yang haram kepada pelanggan di restoran miliknya di Astaka Gelugor, di Pulau Pinang.

Katanya pada 12 Mac lalu, beliau membeli tiga ekor ayam yang siap disembelih dan dipek dengan bungkusan berjenama HyFresh tertera logo halal dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Raja Muzaffar Kamar berkata beliau memasak ayam itu dan sebahagiannya dimakan bersama keluarganya manakala bakinya dijual di premis perniagaannya.

Beliau berkata ketika membuang sisa ayam itu mereka mendapati kesan sembelihan pada leher ayam berkenaan mencurigakan kehalalannya di sisi Islam dan membuat laporan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).

"Pada 16 Mac lepas, JHEAIPP kemudian membuat siasatan dan merampas ayam berjenama HyFresh di pasar raya itu kerana tidak disembelih mengikut kaedah ditetapkan Islam," katanya.

Katanya pada 31 Mac lalu, Jabatan Mufti Pulau Pinang mengeluarkan surat mengesahkan produk ayam berkenaan tidak disembelih mengikut ketetapan syariat Islam dan haram dimakan oleh orang Islam.

- Bernama


petikan dari Malaysiakini 

P/s:
Kisah ini harus kita jadikan teladan agar kita sentiasa berhati-hati dalam memilih makanan seharian kita dan jangan hanya melihat kepada logo 'halal'.. Sedangkan yang ada logo halal pun boleh jadi tidak halal apatah lagi yang tiada logo halal jakim???



Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.

Bookmark and Share
Share

Thursday, May 27, 2010

RAJA PETRA MASIH MENGANCAM KESELAMATAN NEGARA??

Bawa pulang segera Raja Petra

KUALA LUMPUR 26 Mei – 

Pelbagai pihak hari ini terus mempersoalkan bagaimana pengendali portal berita antikerajaan, Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin dapat menjalani kehidupan mewah di Britain jika tidak ada individu yang menaja beliau.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, justeru adalah tidak salah sekiranya ramai yang melihat Raja Petra telah ditaja pihak tertentu bagi meneruskan misi memburuk-burukkan kerajaan Malaysia.

“Tidak mungkin dia boleh hidup dengan selesa di Britain, yang kita tahu kos hidup di sana sememangnya tinggi tanpa dibantu sesiapa ditambah pula dia adalah seorang yang muflis. “Ini menimbulkan kehairanan dan kita mahu persoalkan siapakah yang terlibat dalam perkara ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kemunculan semula Raja Petra Sabtu lalu yang mencabar kerajaan Malaysia supaya mendakwanya di mahkamah Britain atas segala pertuduhan terhadapnya sebelum ini. Raja Petra seperti dilaporkan portal miliknya itu dan beberapa portal propembangkang mendakwa dirinya bersedia berhadapan dengan semua pertuduhan itu kerana menganggap Britain adalah ‘wilayahnya’.

Ismail Sabri berkata, pihak berkuasa di negara ini diminta segera mengambil tindakan terhadap Raja Petra dengan meminta bantuan kerajaan Britain bagi membolehkannya dibawa pulang ke Malaysia. “Sepatutnya kita sudah lama minta bantuan dari Britain. Saya harap kita tidak biarkan kerajaan dimain-mainkan seperti ini,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi ahli MT UMNO, Datuk Dr. Latiff Ahmad menggesa Raja Petra sendiri mendedahkan siapa yang membiayai kehidupan mewahnya di London itu. Katanya, Raja Petra hanya perlu menyebut sama ada pihak tersebut merupakan ahli politik, tokoh korporat atau negara-negara tertentu.

“Raja Petra tak perlu sebut nama penajanya sebab kita tahu jika dia bongkar identiti penajanya maka bantuan kewangan kepadanya akan dihentikan serta-merta. Dia hanya perlu beritahu golongan mana yang menajanya,” katanya.


Sumber: Utusan online

Apakah tindakan yang akan diambil oleh kerajaan atau yang boleh diambil oleh kerajaan malaysia? Kita tahu yang Malaysia kini amat berpengaruh di malaysia... Portal tu mengikut alexa traffic tersenarai dalam top100 yang paling ramai visitor..

Jadi, apa-apa yang ditulis di malaysia Kini pasti membawa kesan yang besar terhadap negara. 

Atau kerajaan tidak mampu berbuat apa-apa? Sudahlah Raja Petra ini dah diiystiharkan muflis tapi 'Power'nya masih ada.. 

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 
 
Bookmark and Share
Share

Friday, October 16, 2009

Finally Argentina Made it


Photo of Mario Bollati who score for Argentina for the automatic place in 2010 south Africa Fifa world cup.


P/s: Without Argentina Fifa world Cup will lose some attraction


Share

Entri-Entri terkini