CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Showing posts with label Ulangtahun kemerdekaan ke-53. Show all posts
Showing posts with label Ulangtahun kemerdekaan ke-53. Show all posts

Wednesday, September 1, 2010

MERDEKA..MERDEKA.. MERDEKA..MERDEKA... MERDEKA

Salam Merdeka dan 1 Malaysia..
Merdeka, merdeka, merdeka.. begitulah laungan Tunku Abdul Rahman sewaktu negara kita mencapai kemerdekaan dari penjajah British pada 31 Ogos 1957. Sejak dari itu tarikh ini sentiasa diperingati di tanah air kita selama 53 tahun lamanya.

Tunku ketika melaungkan kata-kata merdeka, merdeka, merdeka menandakan Malaysia menjadi sebuah negara yang berdaulat

Apa sebenarnya maksud kemerdekaan pada diri anda? Saya percaya istilah kemerdekaan ini banyak diguna pakai dalam pelbagai bidang yang sesuai penggunaannya umpamanya anda boleh dikatakan merdeka apabila selesai menyiapkan satu tugas.. Sebab itulah kawan-kawan sekolah aku dulu selalu melaungkan kata-kata merdeka!!! dengan penuh semangat setelah tamat peperiksaan yang diduduki.

Selain dari itu kita juga boleh menggunakan istilah merdeka apabila kita mencapai satu kejayaan kerana selepas itu tentulah kita tidak perlu risau tentang perkara yang sama kerana kita telah berjaya melakukannya.
Tapi yang paling sinonim dengan penggunaan kata-kata merdeka ini ialah hari kemerdekaan sesebuah negara dari cengkaman penjajah. Dahulunya negara kita dijajah oleh pelbagai negara antaranya Jepun dan British tetapi akhirnya telah mencapai kemerdekaan pada 3 ogos 1951. Terima kasih kepada usaha pemimpin negara kita pada masa itu kerana dengan usaha mereka maka kita mengecapi kemerdekaan yang ada pada kita sekarang ini.

Bukan mudah kehidupan penduduk sesebuah negara apabila negara mereka masih dijajah oleh penjajah. Hasil negara itu akan dikaut oleh penjajah dan cara pemerintahan di situ juga harus mengikut apa yang dimahukan oleh penjajah.

Negara Malaysia memang sebuah negara yang bertuah dan begitu juga dengan rakyatnya...


Pendapat anda mengenai post ini sangat dialu-alukan... Terima kasih.

Bookmark and Share
Share

Tuesday, August 31, 2010

Konvoi Merdeka? Anda membahayakan diri..

Salam merdeka,
Malaysia menyambut ulangtahun kemerdekaan ke 53 hari ini iaitu 31 Ogos 2010. Kita tentunya sebagai rakyat Malaysia sudah pasti berbangga dengan keadaan aman, damai dan harmoni yang selama ini wujud di negara kita yang tercinta ini. Di sana-sini semuanya sibuk dengan acara menyambut temahsya yang gilang-gemilang atau sekurang-kurangnya sibuk dengan rancangan percutian yang anda rancangkan di mana-mana tempat percutian di Malaysia.

Pun begitu dalam kesibukan menyambut ulangtahun kemerdekaan ini ada pula golongan yang menyambutnya dengan cara yang membahayakan diri sendiri. Anda tentu selalu melihat konvoi-konvoi motorsikal anak-anak remaja yang mengambil kesempatan ini untuk berkonvoi ke satu tempat pada hari merdeka ini. Yalah "KONVOI MERDEKA" la katakan. Yang mereka lupa ialah keselamatan diri mereka yang langsung tidak terjaga semasa berkonvoi.

Bagaimana pula? Keselamatan utama jika anda berkonvoi ke mana-mana ialah anda lengkap dengan alat keselamatan diri seperti  helmet dan sebagainya. Jika anda ingin melalui jalan utama, pihak polis mesti di minta untuk mengiringi konvoi anda. Sebab itulah pasukan yang ingin membuat konvoi ini mesti berdaftar agar senang meminta bantuan polis untuk mengiringi sewaktu melakukan konvoi. Ini penting dalam memastikan lalulintas berada dalam keadaan selamat.

Ada anak muda yang terlalu excited sampai lupa keselamatan diri.. Sudahlah belum ada lesen, pandai pula bawa motorsikal pergi konvoi.. kalau tiada lesen bonceng di belakang orang sajalah agar tiada masalah dalam perjalanan nanti.

Baru tadi aku sempat melihat 5 orang remaja di bawa oleh polis traffik ke balai polis kerana berbagai-bagai kesalahan lalu lintas antaranya tiada lesen, tiada road-tax dan lain-lain lagi kesalahan. Lagi teruk budak yang aku lihat tadi ialah remaja Indonesia yang sudah pastinya tidak punya apa-apa pengenalan diri yang sah yang di bawa bersama.

Jadi jangan terlalu excited semasa menyambut ulangtahun kemerdekaan ini sehinggakan berlaku sesuatu yang tidak baik ke atas anda. Jangan pula perayaan akhirnya bertukar menjadi kesedihan ataupun sekurang-kurangnya anda menyambut kemerdekaan dalam lokap kerana kesalahan yang dilakukan semasa menyambut ulangtahun kemerdekaan ini.

Akhirnya selamat menyambut ULANGTAHUN KEMERDEKAAN MALAYSIA yang ke-53.


Pendapat anda mengenai post ini sangat dialu-alukan... Terima kasih.

Bookmark and Share
Share

Entri-Entri terkini