CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Showing posts with label azam anda. Show all posts
Showing posts with label azam anda. Show all posts

Friday, December 10, 2010

Cepatnya masa berlalu tetapi kadang-kadang aku rasa macam lambat juga pula

Tahun 2010 sudah semakin sampai ke penghujungnya dan tidak lama lagi tahun baru 2101 akan menjelma. Tahun 2010 aku rasakan macam terlalu cepat berlalu kerana sedar-sedar saja sudah sampai ke pertengahan bulan Disember. Sampaikan aku tak sempat nak buat banyak benda yang aku rancangkan dalam tahun ini.

Walaubagaimanapun kadang-kadang aku rasa perjalanan tahun 2010 ini juga amat perlahan dalam keadaan tertentu umpamanya dalam menunggu bonus tahunan..(heheh). kalau sudah sampai bulan Januari 2011 maka waktu itulah pekerja swasta biasanya akan mendapat bonus tahunan mereka. Bagi yang mendapat nilai yang agak tinggi maka itu sudah pasti akan memberikan banyak kelebihan terutama dalam merancangkan perbelanjaan seharian yang kian meningkat.  Pun begitu walaupun sedikit ianya tetap akan memberikan sesuatu kepada pekerja di sektor swasta (kerajaan juga).

Dengan datangnya tahun baru tidak lama lagi maka sepatutnya kita sudah menanamkan azam baru yang akan cuba kita capai untuk tahun hadapan. Perbaharui azam lama yang masih belum tercapai dan cuba capainya dalam tahun hadapan. Begitu juga dengan azam baru yang akan kita cuba capai.

Bagi yang sudah melaksanakan azam tahun 2010 dan berjaya dengan jayanya maka sudah pasti satu kelegaan tersirat dalam harti sanubarinya. Kepuasan akibat dari pencapaian dan kejayaan sudah pasti melegakan dan mengurangkan beban dalam perasaan.  

Cuma dalam melaksanakan azam tahun baru, hati-hati dalam merancangkan apa yang ingin dicapai tahun depan dan janganlah meletakkan azam yang terlalu tinggi yang sukar dicapai kerana ianya akan menyakitkan jika tak mampu dicapai. Letakkanlah azam yang rasional dan tidak terlalu meninggi semoga  kita semau berjaya dalam mencapai azam tahun 2011 nanti..



Pendapat anda mengenai post ini sangat dialu-alukan... Terima kasih. 

Bookmark and Share
Share

Sunday, November 14, 2010

2010 - Review- Di mana anda berada setakat ini??

Tahun 2010 sudah semakin sampai ke penghujungnya di mana tinggal kira-kira sebulah setengah atau 45 hari lagi kita akan melangkah lagi ke tahun baru 2011. Namun setakat ini pernahkah kita melihat setakat mana pencapaian kita sepanjang tahun ini? Adakah kerana terlalu sibuk dengan kerja seharian sehinggakan kita lupa untuk menilai pencapaian kita??
Untuk seorang pelajar mungkin wawasan atau cita-cita atau lebih ringkasnya "azam baru" mereka amat mudah iaitu berjaya dalam pelajaran. Lebih-lebih lagi bagi yang menduduki peperiksaan besar seperti UPSR, PMR, SPM, STPM atau diplama, ijazah dan sebagainya. Hanya perlu fokus dan usahakan untuk mencapai sesuatu di sana. Bukanlah saya katakan azam mereka ini senang dicapai tapi hala tujunya memang untuk berjaya dalam pelajaran mereka. 

Bagaimana pula dengan orang yang sudah berkerja? bagaiman pencapaian anda sepanjang tahun 2010 yang hampir tamat? baguskah pencapaian anda atau adakah anda berpuas hati dengan apa yang anda telah lakukan sepanjang tahun ini? Sudah tentu apa yang anda usahakan sepanjang tahun akan reflex kepada increment dan bonus yang akan anda terima pada awal tahun akan datang. Kepuasan itu sudah pasti hanya anda yang akan tahu di mana hanya anda yang akan tahu bagaimana perasaan anda mengenai pencapain anda pada tahun  ini.

Ada juga yang berhajat menamatkan zaman bujangnya tahun ini kerana mungkin usianya yang telah bertambah lanjut sedangkan belum berumahtangga. Teruskan usaha anda dan semoga berjaya.
Tidak kurang yang ingin lebih berjaya dalam kerjaya dan bisnes. kalau kena dengan perancangan yang betul dan usaha yang gigih serta sedikit tuah maka anda pasti akan berjaya juga.

Bagi yang belum mencapai apa-apa, masih anda sebulan setengah lagi masa yang ada untuk cuba mencapai sisa-sisa azam anda yang belum tercapai. Walaupun anda mungkin tak dapat mencapainya pada tahun ini tapi sekurang-kurangnya anda puas hati dengan usaha terakhir anda.



Pendapat anda mengenai post ini sangat dialu-alukan... Terima kasih. 

Bookmark and Share
Share

Entri-Entri terkini