CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Showing posts with label ikan haruan. Show all posts
Showing posts with label ikan haruan. Show all posts

Thursday, August 2, 2012

Ikan lampan jawa sungai @ ikan putih

Pernah melihat banyak ikan menyangkut di pukat?

Rezeki musim hujan lebat. Sekitar kg Gana Jati dan Rumidi, Terusan, Beluran terdapat satu sungai yang dinamakan sungai mati kerana ianya adalah bekas aliran lama sungai ke-2 terpanjang di Sabah iaitu sungai Labuk. Aliran sungai Labuk kini melalui jalan baru meninggalkan tasik ladam yang dipanggil sungai Mati.

Sungai Mati ini penting kerana ia dapat membekalkan berbagai-bagai ikan seperti ikan putih, ikan kaloi, ikan ubi, ikan haruan dan macam-macam lagi. Sesiapa yang rajin memasang pukat di sini pasti tidak akan pulang dengan tangan kosong.

Biasanya saiz mata pukat yang digunakan adalah 1.5 inci hingga 4 inci. Penangkap ikan di sini selalunya hanya menangkap ikan untuk keluarga dan rakan-rakan mereka dan jarang ada yang menjualnya. Jika dijual pun hanya ikan yang bernilai agak baik di pasaran seperti ikan kaloi (boleh mencecah ratusan ringgit - mengikut saiz) seekor dan juga ikan ubi -rm15 sekilo (orang cina suka makan -kononnya sebagai ubat) . Yang lainnya akan di makan dan juga dibuat ikan kering.

Lihat saja gambarnya... memang banyak ikan yang terjerat dipukat..





Share

Tuesday, August 17, 2010

AKU MAU TELAN IKAN INI HIDUP-HIDUP? Lupakan kesibukan Hidup Sebagai Blogger sementara waktu

Kesibukan hidup sebagai pekerja di sektor swasta tidak menghalang kami dari melakukan sesuatu yang biasa di buat di kampung-kampung di luar bandar.. Di Sabah sekarang kebanyakan sungai di kampung-kampung telah di isytiharkan sebagai sungai Tagal yang mana hasilnya hanya boleh dipungut bersama penduduk sekitar selepas tempoh tertentu biasanya dalam 6 bulan hingga setahun. Untuk yang belum tahu apa itu Tagal.. Tagal bermakna jika sungai itu ditagal maka tidak ada sesiapa yang akan dibenarkan mengutip hasil sungai tersebut dalam tempoh tertentu dengan apa sahaja perlatan termasuk jala, rambat, pukat, pancing dan sebagainya.

Berlainan pula dengan kami, kami telah mengisytiharkan bahawa kolam besar di kawasan perumahan tempat kerja adalah kawasan larangan dan di Tagal. Setelah 8 bulan di tagal maka akhirnya tiba juga masa menuai hasilnya yang dinanti-nantikan selama ini.. Lihat sahaja aksi-aksi penangkap ikan dan pemerhati pada waktu tangkapan itu dibuat..


Inilah kolam yang di tagal itu

Memeriksa pukat yang dipasang di laluan air keluar


 Sebahagian daripada ikan yang berjaya ditangkap..


 

 Antara ikan yang berjaya ditangkap iaitu ikan haruan, talapia dan ikan emas


ikan yang siap di bungkus untuk diagih-agihkan kepada semua penghuni berhampiran...


Apa yang penting di sini adalah kerjasama di mana selepas larangan menangkap ikan dilaksanakan maka semua orang berkerjasama mematuhi larangan itu. Hasil yang diperolehi di bahagikan sama rata dan bukan hanya sebahagian yang dapat hasilnya. yang penting semua orang enjoy pada hari itu...



Pendapat anda mengenai post ini sangat dialu-alukan... Terima kasih.
 
Bookmark and Share
Share

Entri-Entri terkini