CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Sunday, September 5, 2010

Cuti hari Raya

Salam. 

Entri ini adalah ucapan selamat menyambut hari raya aku kepada semua pembaca blog aku yang muslim. 


Walaupun masih ada beberapa hari lagi Syawal akan tiba tetapi kira-kiranya sudah boleh mengucapkan selamat hari raya. Yang aku mau ingatkan di sini adalah sewaktu kita semua memandu kenderaan dalam perjalanan pulang ke kampung maka hati-hatilah dan jangan terburu-buru dalam pemanduan. Pastikan kita memandu dengan cara yang paling selamat. 


Sebelum memulakan perjalanan kenderaan anda mesti diperiksa dan pastikan ianya dalam keadaan yang baik untuk perjalanan yang jauh. Jangan mengambil risiko dengan memandu kenderaan yang anda tahu tidak berada dalam keadaan yang baik.


Satu lagi peringatan ialah pastikan anda cukup tidur sebelum memulakan perjalanan. Ini kerana memandu dalam keadaan mengantuk amat membahayakan.


Akhirnya semoga anda sekeluarga selamat pulang ke destinasi yang di tuju dan juga selamat kembali ke tempat kerja nanti selepas perayaan hari raya...





Share

Entri-Entri terkini