CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Friday, October 30, 2009

ANDA BELUM ADA REZEKI ANAK...

SEBAGAI RENUNGAN KITA BERSAMA..

Asalamualaikum,


Kisah yang saya paparkan ini adalah satu kejadian yang saya saksikan sendiri dan memang benar2 berlaku.

Kisah ini adalah mengenai jiran saya yang waktu saya kecil2 dulu selalu saya dengar mengadu kepada orang lain tentang keadaan perkahwinannya yang belum dikurniakan cahaya mata sedangkan usia perkahwinannya sudah menjangkau usia 10 tahun....

Dalam 10 tahun itu beliau telah membuat berbagai2 usaha termasuklah bidang perubatan moden, tradisional dan sebagainya tetapi  malangnya belum berhasil.... selalu juga saya melihat dia mengadu hal yang sama kepada mak saya sambil menitiskan air mata. Tapi saya tidak pernah dia menyalahkan sesiapa dan menyatakan bahawa itu semua adalah kehendak maha kuasa. Apa yang selalu saya dengar dari orang yang memberi semangat kepada beliau adalah menyuruh nya terus berusaha dan berdoa kepada maha kuasa...


Akhirnya setelah 13 tahun usia perkahwinan mereka,  mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki... 
selang dua tahun beliau dikurniakan lagi seorang anak perempuan...


Keluarga nya pasti sangat gembira dengan kehadiran cahaya mata tu.. ini semua terlihat dari tingkah lakunya seharian..mukanya sentiasa ceria dan sentiasa tersenyum.


Saya juga tumpang gembira dan Sekarang ini anaknya sudah berusia lebih 20 tahun.. Alhamdulillah...Usahanya yang sekian lama telah berhasil juga.



Tapi lain cerita pula...

ada juga orang yang bila dikurniakan anak langsung tidak menghargai kurniaan tersebut malah melakukan sesuatu yang lebih teruk iaitu membuang da mendera anak2 tersebut... Nouzubillah..


Jadi sama2 la kita hargai apa yang dikurniakan kepada kita oleh yang maha kuasa....

Share

Entri-Entri terkini