CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Showing posts with label Share. Show all posts
Showing posts with label Share. Show all posts

Thursday, February 3, 2011

Bahaya minuman tin bergas !!

READ THIS IT IS VERY IMPORTANT!
 WASH THEM FIRST
( Please Don't Erase this message before forwarding )on!2.471176199@web54007.mail.re2.yahoo.com

This is Serious!

This incident happened recently in North Texas ..
A woman went boating one Sunday taking with her some cans of coke
which she put into the refrigerator of the boat.
On Monday she was taken to the hospital and placed in the Intensive Care Unit.
She died on Wednesday.

The autopsy concluded she died of Leptospirosis (a kind of liver problem causing internal bleeding and  jaundice) .
This was traced to the can of coke she drank from, not using a glass.
Tests showed that the can was infected by dried rat urine and
hence the disease Leptospirosis
.

Rat urine contains toxic and deadly substances.
It is highly recommended to thoroughly wash the upper part
of
all soda cans before drinking out of them.
The cans are typically stocked in warehouses and transported straight to the shops without being cleaned..

A study at NYCU showed that the tops of
all soda cans are more contaminated than public toilets (i.e.). full of germs and bacteria. So wash them with water before putting them to the mouth to avoid any kind of fatal accident.

3.471176199@web54007.mail.re2.yahoo.com
Please forward this message to all the people you care about.

I JUST DID


Sebenarnya yang bahaya itu adalah jika kita meletakkan minuman tin itu di mana-mana saja! Tikus boleh bermain di tin tersebut dan boleh menjangkitkan virus melalui kencingnya. Jadi hati-hatilah dalam meletakkan minuman tin anda. Pastikan ianya diletakkan dalam tempat yang tertutup atau yang paling selamat ialah basuh dulu tin itu sebelum di minum isinya.


Sudah baca tu komen2 lah untuk perkongsian kita semua... Terima kasih. 

Bookmark and Share
Share

Tuesday, December 28, 2010

Bus stop cantik tapi makhluk lain yang menunggu bas datang..

Saya percaya kebanyakan anda pernah menunggu bas atau teksi di perhentian yang terletak di tepi-tepi jalan samada yang memang khusus di bina ataupun di tepi jalan sahaja. Pihak tertentu memang banyak membina perhentian bas atau teksi yang cantik-cantik dan boleh dijadikan tempat menunggu yang selamat dari panas matahari atau basah oleh hujan tetapi bagaimana keadaan di bawah?
Bukan orang yang menunggu atau menggunakan perhentian bas tersebut tetapi lembu-lembu yang tidak dikurung. Tahinya pun berselerakan di atas simen perhentian tersebut.. Memang menjijikkan dan saya percaya tiada orang yang akan menggunakan perhentian tersebut selagi keadaan ini berlaku.. Sayang bus stop cantik tetapi kotor dan menjijikkan..



Kejadian ini dirakam oleh rakan saya yang kebetulan melalui satu tempat di Keningau Sabah. Harap pihak berkuasa tempatan di sana memantau kejadian seumpama ini agar tidak berlaku lagi..



Sudah baca tu komen2 lah untuk perkongsian kita semua... Terima kasih.

Bookmark and Share
Share

Thursday, December 23, 2010

Muka kena lempang dengan kasut...

Teringat aku kejadian semasa waktu sekolah dulu. Pada hari itu aku dan kawan-kawan main bolasepak... Aku cuba-cubalah bermain di posisi penjaga gol yang mana posisi ini belum pernah aku main.. Maka berlakulah satu kejadian yang sampai sekarang masih  segar dalam ingatan aku...


 Kata kawan aku dia mau buat tendangan tanpa bayang..haha




Tetapi begini pula jadinya... kesakitan masih terasa dalam 2,3 hari..

Kalau muka anda kena dengan kasut bola....hmmm faham2 je la...bukan alang2 sakit tapi ia tetap menjadi satu kenangan yang terindah...



Sudah baca tu komen2 lah untuk perkongsian kita semua... Terima kasih. 

Bookmark and Share
Share

Tuesday, December 21, 2010

Ada manusia yang dengki dengan aku dan kawan-kawan..

Siapalah yang dengki dengan kami ini. Hari minggu sewaktu kena on duty tiba-tiba aku mendapat panggilan dari staff yang duty yang melihat satu kebakaran berlaku berhampiran dengan kawasan perumahan.. Bunga-bunga yang ditanam di situ di tutup bulatannya dengan tandan kosong kelapa sawit untuk tujuan pembajaan dan kelembapan tanah. Pada musim panas, tandan ini sangat senang dibakar tetapi agak susah untuk dipadam apinya..





Apa lagi..kelam kabut kami mengatur orang untuk memadamkan kebakaran yang berlaku..  Yang paling ditakuti ialah kebakaran tersebut berlaku berhampiran dengan perumahan. tambahan lagi ramai kanak-kanak yang bermain berdekatan dengan api tersebut dan takut mereka turut bermain dengan api yang mana boleh menyebabkan berlakunya kebakaran. Memang orang yang memulakan kebakaran ini tidak senang melihat kami duty pada hari minggu tersebut..



Pendapat anda mengenai post ini sangat dialu-alukan... Terima kasih. 

Bookmark and Share
Share

Sunday, October 24, 2010

Blog aku ni ada iras-iras blog porno kah? huhu

Aku hairanlah bila orang buat carian di google berkaitan blog atau web porn, ada juga carian yang tersangkut di blog aku.. Serasa aku, aku tidak pernah menulis tentang list blog porno atau web porno... macamana carian ini boleh keluar blog aku pula?  Tak faham..


Sudahlah tu carian itu adalah yang kedua terbanyak? Kalau orang mau cari yang porn dalam blog aku tak ada lah kecuali cerita mengenai Peter Porn dulu.. Kalau itu adalah dua tiga kali aku tulis.. Tentu orang tu kecewa bila membuka blog aku kerana gagal menjumpai list blog atau web porn di blog aku... Aku masih tak faham..huhuhu



Pendapat anda mengenai post ini sangat dialu-alukan... Terima kasih.

Bookmark and Share
Share

Wednesday, August 18, 2010

Aku berjaya tangkap 2 ekor nyamuk tetapi tidak setanding dengan Huang Yu-Yen..

Anda ingin menjadi pembunuh nyamuk yang terkenal? Jika diberikan kesempatan untuk membunuh nyamuk agak-agaknya berapa nyamuk yang akan anda bunuh? Masalahnya ialah anda kena cari sendiri nyamuk itu kemudian bunuhnya dan kumpul untuk ditunjukkan sebagai bukti yang anda telah membunuh nyamuk sebanyak itu..

Nyamuk aedes yang membawa penyakit denggi tinggal berhampiran kita jika kita memberikannya tempat tinggal dan pembiakan yang baik.. Oleh itu kita mesti mengikut garis panduan yang diberikan oleh jabatan kesihatan dalam memusnahkan tempat nyamuk ini agar ianya tidak membiak di situ..
 
Ada beberapa photo yang aku ingin kongsi bersama dalam projek aku menangkap nyamuk:
 
 
 Inilah nyamuk-nyamuk yang aku berjaya tangkap dalam setengah jam..hehe

                               Sayangnya darah aku yang di hisap oleh nyamuk ini...


Aku berjaya tangkap 2 ekor nyamuk tetapi tak setanding dengan Huang yang aku ceritakan di bawah..



Di Taiwan Huang Yu-Yen telah menjadi juara dalam pertandingan membunuh nyamuk yang dianjurkan oleh Imbictus International sebuah syarikat yang mengkhusus dalam pengawalan serangga. Huang dikatakan telah membunuh 1.5 kilogram nyamuk atau kira-kira 4 juta ekor nyamuk sebulan.. Dalam pertandingan itu Huang telah mengumpul sekali ganda lebih banyak nyamuk dari peserta pemenang tempat kedua.

Dengan kemenangan ini Huang dicatatkan sebagai pembunuh nombor satu nyamuk di dunia dalam buku World Guinness Book of Records. Pertandingan  membunuh nyamuk itu diselanggara bagi menjayakan kempen Kerajaan Taiwan dalam mengawal penyakit denggi berdarah dan malaria yang amat memudaratkan manusia.

Aku memang mengagumi kecekalan Huang ini dalam menjayakan pertandingan ini. Bukan senang untuk mengumpul 4 juta ekor nyamuk. Ataupun 1.5 kilogram? kejayaannya itu memang boleh dikatogerikan sebagai satu kejayaan yang besar bagi seorang manusia. 

Huang menerima wang tunai USD3,300 dengan kemenangan ini. Semua hadiah disponsor oleh Imbictus international..The Herald Sun.


Pendapat anda mengenai post ini sangat dialu-alukan... Terima kasih.


Bookmark and Share
Share

Saturday, August 14, 2010

"AMPUNKAN SEGALA SALAH DAN SILAP BIE " Luahan Hati Seorang Insan yang telah pergi selamanya


بسم الله الرحمن الرحيم

Salam...

Buat insan2 yg bie sayangi..mungkin ketika kalian menerima emel ini,bie tlh pn pergi menemui Ilahi..Ini semua janji kami,tidak akan tercepat atau terlewat walau sesaat pn..redhakanlah pemergian bie ini..sesungguhnya inilah takdir utk bie..ujian utk kalian dalam menghadapi kehilangan bie..mungkin kehilangan bie x kn menjejaskan ape2pn terhadap kalian ttpi jadikanlah ia sebgai muhasabah diri yg kalian jua akan turut sprti bie suatu hari nti...

Untuk ibu ayah..ampunkan segala salah silap bie,terkasar bahasa dan perbuatan bie..halalkan segala yg telah ibu ayh berikan utk bie,terlalu besar kasih sayang dan pengorbanan yg ibu ayah berikan utk bie xmampu bie balas d dunia dan akhirat...bie bersyukur dikurniakan seorg ibu yg sabar dan tabah dalam memenuhi keperluan bie yg seringkali mencabar kesabaran ibu...ibu terpaksa berkorban utk bie,terpaksa cuti tanpa gaji semata2 utk menemani bie yg kerap menyusahkan ibu..ampunkan bie ibu...bie tahu semua yg ibu lakukan atas keikhlasan seorg ibu,tpi bie seringkali berasa berdosa krn kerap menyusahkan hati ibu...hanya doa yg mampu bie pohonkan agar ibu dberi kekuatan hati dan ketabahan dlm melalui perjalanan kehidupan ibu..semoga Allah memberi kesihatan yg baik,dimurahkan rezki ibu,melapangkan fikiran dan hati ibu dri kekusutan d beri petunjuk dan hidayah agar trs kekal dalam keimanan,d rahmati d dunia dan akhirat serta semoga Allah sentiasa menyayangi ibu seperti mane ibu memelihara bie semasa kecil hingga nafas terakhir bie...Insyaallah. ..Amin.

Buat Ayah yg tersayang,ampunkan dosa2 bie,ayah byk berhabis utk bie..halalkan semuanya ayh...sebab bie xmampu balas jasa ayah...xsempat bie gembirakan hati ayah dgn hasil titik peluh bie...xsempat bie raih kejayaan yg bie idamkan...ampunkan bie ayah...bie selalu berdoa agar kasih sayang ayah trs kekal ade utk bie walaupan bie tidak ada lagi di dunia ini..bie sayang ayah...sayang sgt2....tpi bie xmampu memandang wajah ayah..setiap kali bie cuba menatap wajah ayah...bie terlalu sebak..terlalu sayu..xmampu bie tahan airmata bie...bie tahu ayah terlalu takut utk kehilangan bie...tpi ayah kene redhakan pemergian bie ini...bukankah bie hanya pinjaman...ingat tu ayah...ayah selalu bgi tau bie bila bie tya knpe bie xsempat menatap wajah arwah ibu...sbb ayah kata ibu juga Allah hanya pinjamkan seketika buat ayah...Ayah. .ampunkan bie,ampunkan salah silap bie,terkasar bahasa bie,terlanjur perbuatan bie.halalkan segala kos perubatan bie...Ayah.. tapak rmh yg ibu tinggalkan utk bie,bie tlh tukarkan nama pemiliknya kepada nama ayah...itu milik ayah,ttg simpanan bie,ASB bie pohon pertolongan ayh utk sedekahkan pada anak2 yatim....bie doakan ayah sentiasa sihat dan Allah memberi kesihatan yg baik utk ayah..dan Allah sentiasa menyayangi ayah spti mner ayah menyayangi bie selama ini...

Buat adk2 akk yg tersyg...bljr sungguh2..akk syg semuanya..ingat akk selalu..ampunkan salah silap akk jika akk tanpa sedar prnh buat adk2 terasa hati...dgr pesan ibu dan ayah...

Buat ******* sahabat yg bie sanjungi..ampunkan bie.mungkin sepanjang persahabatan kita bie pernah menguris perasaan mai...trm ksh krn berkongsi pengalaman hidup...jdilah isteri yg baik...taatlah perintah suami...jgn sesekali membelakangkan mertua krn mrk juga keluarga mai...sama daulatnya dgn keluarga sendiri...malah marah mertua kita xtahu sampai mner...sdgkan marah ibu kandung xkn sampai ke hati...derhaka jika membelakangkan suami dan keluarganya. .bie doakan agar mai berbahagia dan diperkekalkan jodoh mai d dunia dan akhirat...Amin. ..

Buat keluarga LT Kol Mohd Mansor Bin Hj Mohd Sharip dan Pn Aishah Ahmad,trm ksh krn sudi berkongsi kesedihan bie,memberi sedikit harapan dan keperihatinan. ..kata semangat dan sokongan xkn mampu bie balas hanya Allah shj yg membalas segala kebaikkan kalian...buat kak Aishah..maafkan dan ampunkan bie kerana mungkin sikap bie menimbulkan syak di hati akk..percayalah suami akk seorg yg jujur dan ikhlas..amat menyayangi seisi keluarganya, bie doakan agar akk dan suami berbahagia dan berkekalan hingga ke syurga..sentiasa d beri kesihatan yg baik,dipermudahakan dalam segala urusan,diberi kekuatan hati dan tabah menjalani dugaan kehidupan...

Buat abg ****** ....trm ksh krn byk memngajar bie ttg hidup...bie bersyukur atas nikmat Allah...trm ksh krn sudi menganggap bie sbagai adk abg...trm ksh byk2..semoga abg berjaya dalam setiap bidang yg abg ceburi..jgn lupakan TTS..."Berpesan- pesan sesama insan"...

Akhirkata semoga insan2 yg bie sayang ini sentiasa mendapat rahmat dan hidayah Allah..jga dri bebaik...hati2 selalu...bie sayang semua..wslm. .

*Sahabat Taman2Syurga ini telah kembali ke rahmatullah pada 23 Julai 2010 kerana sakit kenser rahim.
Emel ini telah dikirimkan oleh adik beliau..

** Salam Takziah buat keluarga beliau dan saya mohon sama-samalah kita sedekahkan Al-fatihah kepada rohnya...


Note:
Entri ini aku copy dari blog Bujang susah



Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

How do you know...Mineral water or drinking water??

Drinking water or mineral water? Setiap kali kita mengambil minuman botol kita hanya mengambil air tersebut dan tidak ambil peduli apa jenis minuman tersebut... Yang kita tahu ialah air tersebut adalah air mineral. betulkah? 

Air mineral ialah air yang diambil terus dari sumber semulajadi seperti takungan dari dalam tanah dan hanya melalui penapisan semulajadi atau seakan-akan semulajadi.. Air minuman ialah ialah air paip biasa yang telah diproses dan dibotolkan untuk dijadikan air minuman.
 
Ok.. aku ada sesuatu yang boleh kita kongsi bersama di sini bagaimana untuk membezakan air minuman dan air mineral dalam botol yang telah siap diproses.

 
Did you know which is drinking water and which is mineral water.
How to identify...
There a standard which was set by manufacturer..
White bottle cap is drinking water.
Blue bottle cap is mineral water.

Itulah standard yang dilakukan oleh kilang pengeluar air botol ini. Ada juga air mineral yang tutupnya berwarna hijau tetapi yang pasti ialah apabila tutupnya berwarna putih maka ia adalah air minuman atau drinking water..
Share

Sunday, July 18, 2010

Fuyoo...besarnya ular sawa itu...200 kg ooo

 Alamak....besarnya ular ini...makan orang ka ni? Siapa yang berani tangkap buat binatang peliharaan di rumah..


 
Ular 'vozi-vozi' dijumpai menyeberang jalan dari kg. Kandang ke kg. Telaga Pitas pada awal tahun 2010. Kalau aku yang jumpa ular sebesar ini tak taulah apa akan jadi..Bukan alang-alang besar? Orang dewasa, senang-senang ja ditewaskan oleh ular besar ini.. Cuma bila ular sudah sebesar ini pergerakannya tidak berapa tangkas kecuali mangsanya dekat dan senang dipatuk... kalau jauh ular sebesar ini tidak akan dapat mengejar anda...pergerakannya amat perlahan..



Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Saturday, July 17, 2010

Bila diri ini kena duty pada hari ahad..huhu..

Perkara yang paling aku tak suka dalam kerja ialah bila terkena giliran duty pada hari minggu.. Bila sudah kena giliran duty maka terpaksalah tinggal di tempat kerja sebagai standby staff.. Apa lagi aku dan beberapa staff lain terpaksa menguruskan segala hal dalam estate kelapa sawit pada hari esok (Minggu). 


Tapi bukan aku sahaja yang kena pusingan duty ini kerana kami akan bergilir-gilir setiap minggu.. Semua orang akan merasakannya selagi dorang berada di dalam estate..


Bila kena giliran duty maka kami akan diberikan satu hari cuti ganti.. bermaksud tiada gaji double pada hari tersebut..begitu juga pada hari holiday..tiada triple pay... cuma dapat satu hari cuti ganti.. Tapi itu da kira ok la..


Yang bosannya ialah aku dan hanya beberapa orang yang akan berada di estate pada hujung minggu mengatur kerja.. lagi satu ialah aku akan rindukan anak aku yang masih kecil...:-/
Pasti dia pun akan merindui bapanya..hehe.


Tapi inilah asam garam bila kita berada dalam perkerjaan di estate.. hari minggu mesti ada yang berkerja untuk memastikan tiada masalah yang timbul...




Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

KENAPA KAMU TAK ROGOL AKU SEDANGKAN KITA BERDUA SAJA ITU MALAM DAN KITA BERADA DI TEMPAT YANG SUNYI???

Aku hendak berkongsikan satu cerita menarik yang aku rasa boleh memberi manfaat kepada kita semua.. Aku dapat cerita ini di wall facebook Md Redzuan... Sila intrepretasi sendiri moral yang terkandung dalam cerita tersebut...

Kenapa Tak Rogol Saya?

Catatannya adalah seperti berikut;
 
 
Kisah benar ini berlaku di US.


Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang
bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam
perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan
yang diambil pula agak tersorok dan
tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat,
berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa
takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan
bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong
itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak
sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca
ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar
Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu
bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib
baik lelaki itu buat tidak endah dan
perempuan ini selamat sampai ke
rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki
yang tidak dikenali dekat lorong yang
dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih
yang dia lihat semalam adalah perogol
itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek
melalui kawad cam dan selepas siasatan
dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut
walhal dia keseorangan di masa tu,
tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak
tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta
kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol
tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke
tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that
night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya
malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa
tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw
two young man walking with you. One on your right side and the other one
was by your left side. If you were alone
of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu
saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan
awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak.
Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah
pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar
penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat
Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi
yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut
segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan
memelihara kita. Wanita tadi
pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga
batas-batas yang ditetapkan Islam.
Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga
hambaNya yang sentiasa ingat akan
diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat
memeliharanya hingga subuh. Barang siapa
yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari
kejahatan syaitan yang di rejam…….


Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Thursday, July 15, 2010

Hidangan ayam yang pelik...huhuhu

 Kalau anda pergi ke restoran apakah mekanan kegemaran anda? Maksud saya ialah samada waktu dinner ataupun lunch.. Aku biasanya lebih suka memilih makanan yang cepat diambil iaitu nasi campur.. hanya minta nasi kosong dan pilih lauk serta  sayur yang aku ingin makan. Tentang minuman pula aku tidak cerewet, apa-apa pun boleh samada sejuk atau panas asalkan tidak terlalu manis...


Tapi bagaimana jika anda tengah memesan atau mengambil makanan anda terlihat situasi ayam panggang seperti di bawah? Macam dorang main-main pula dengan makanan yang akan disediakan nanti>..



Aku tidak sanggup makan jika aku terjumpa seperti ini.. Yalah orang tua cakap kalau makanan itu jangan dipermainkan nanti sakit perut.. Biarpun kata-kata orang tua itu belum ada kebenaran secara saintifik tapi aku rasa tak elok makanan dipermainkan sedemikian rupa..

Memang gambar hiasan di atas melucukan pengunjung jika mereka melihatnya tetapi tidak semua akan merasa lucu jika melihat keadaan sedemikian rupa.. Kalau aku, tak sanggup rasanya aku makan ayam tersebut...



Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Anda perlu tahu..Bank perlu kebenaran mahkamah tarik kereta jika gagal bayar bulanan tapi sudah melunaskan lebih 75% hutang keseluruhan..

Saya percaya kebanyakan orang ada memiliki kereta ataupun satu hari nanti anda akan memiliki kereta. Dalam proses pemilikan kereta tersebut kita terpaksa buat loan dengan bank..Adakalanya tidak semua kita dapat membayar bulanan kereta tersebut tepat pada masanya dan penarik kereta dari bank akan datang bila-bila untuk menarik kereta tersebut. Apa yang saya ingin kongsi ialah jika anda telah melunaskan 75% daripada hutang keseluruhan kereta tersebut dan sekiranya tiba-tiba anda ada masalah dalam melunaskan hutang tersebut atau 'tergantung' bayaran maka penarik kereta perlu ada kebenaran menarik kereta tersebut..

Apabila kereta kita hampir lunas hutangnya maka jika gagal bayar bulanan maka waktu inilah penarik kereta dari bank paling suka untuk 'mencari duit tambahan' dari anda..so hati-hati..

 

Oleh Sariha Mohd Ali, Mohd Anwar Patho Rohman dan Zanariah Abd Mutalib
bhnews@bharian.com.my
2010/07/15

Penarik ingkar didenda RM25,000 atau penjara tiga tahun

KUALA LUMPUR: Institusi kewangan perlu mendapat kebenaran mahkamah jika hendak menarik kereta yang pemiliknya gagal membuat bayaran bulanan tetapi sudah melunaskan 75 peratus daripada jumlah keseluruhan pinjaman sewa beli.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata peraturan yang memberi perlindungan kepada pengguna itu akan dikuatkuasakan seperti yang terkandung dalam Akta Sewa Beli (Pindaan) 2010.
Beliau berkata, menerusi pindaan itu juga, penarik kereta akan diwajibkan mendaftar dan mendapat permit daripada kementerian untuk beroperasi.

Katanya, penarik kereta yang didapati tidak mengikut prosedur ditetapkan termasuk bertindak ganas ketika menarik kenderaan akan didenda RM25,000 atau penjara tiga tahun bagi kesalahan pertama dan denda RM50,000 atau penjara lima tahun bagi kesalahan kedua.

“Pindaan akta ini akan lebih melindungi pengguna yang terbabit dengan perjanjian sewa beli dan pada masa sama mengelak tindakan ganas penarik kereta.

“Dengan adanya permit dan pelantikan penarik kereta diluluskan kementerian, kita boleh mengadakan peraturan jelas supaya tindakan keganasan penarik kereta dapat dielakkan,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Sewa Beli (Pindaan) 2010 di Parlimen, semalam.
Dewan kemudian meluluskan rang undangundang itu menerusi undian suara.

Akta Sewa Beli 1967 pernah dipinda pada 1968, 1969, 1975, 1976 dan kali terakhir pada 1992 bertujuan diperbaiki kelemahannya.

Peraturan sebelum ini membolehkan pemilik kenderaan iaitu institusi kewangan menarik kenderaan penyewa yang gagal membayar satu pertiga daripada ansuran bulanan tanpa perlu mendapat kebenaran mahkamah.

Penarik kereta juga boleh menarik sesuka hati kenderaan pengguna selepas mendapat arahan institusi kewangan untuk berbuat demikian.

Ismail Sabri berkata, peruntukan terkandung dalam akta sedia ada tidak memberi perlindungan menyeluruh kepada pengguna, malah menyebabkan kerugian besar kepada pemilik kenderaan.


sumber:
-beritaharian-




Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Wednesday, July 14, 2010

Adolf Hitler : Sudut Kisah Yang Jarang Kita Dengar dan fakta yang disembunyikan oleh pihak Barat: oleh Azhar Abdullah

Apa yang bakal anda baca ini ialah sebuah email yang saya terima dari seorang kawan dari Arab Saudi...saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan saya kongsi bersama anda semua...
_______________________________________________________

Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini...



Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : "Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.



Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...





Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...

Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy


Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...





Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds


Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...


2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"


3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...


Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.



Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Aku sangat sayangkan dia...kami sudah bercinta 18 tahun... Terasa sayang pula aku meninggalkannya begitu saja...

Aku memang amat menyayangi dia kerana kami sudah kenal selama 18 tahun sewaktu aku masih dalam pengajian di Universiti Malaya. Kawan aku yang memperkenalkan aku dengannya dan aku jatuh cinta... lagipun aku selalu pakai dia dan dia amat setia kepada aku..Dia jarang memberi masalah kepada aku. Perkenalan pada tahun 1992 dulu masih berkekalan sampai sekarang...


Kadang-kadang bila aku melihat dia, teringin juga mau buang kerana dia sudah tidak secantik dulu..tidak selicin dulu...kulitnya pun sudah berkedut-kedut dan semakin pudar.. Pernah satu kalu dulu dia di gigit anjing yang menyebabkan bahagian mukanya meninggalkan parut yang kekal dan ini menyebabkan dia semakin tidak cantik..


Biarpun begitu aku masih 'menyimpannya' buat masa ini..sayang mau buang begitu saja kerana kami sudah bersama begitu lama...huhuu





Itulah cerita kasut Dr Cardin aku yang sudah boleh masuk muzium..18 tahun beb...mana mau cari benda yang tahan begini lama...





Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Friday, July 9, 2010

KASIHAN....CEWEK ITU TELAH MENANGIS KERANA KAWAN AKU..KENAPA YE..

Salam kengkawan,

Aku menulis kisah ini hanya untuk berkongsikan kepada semua satu pengalaman yang agak menarik dan terpahat dalam ingatan bagi aku.. Kisah ini berlaku ketika aku masih dalam sekolah menengah dalam tingkatan 5..Kisahnya begini..

Pada satu hari itu, cikgu kami seorang perempuan telah mengemukan satu topik perbahasan untuk dibahaskan dalam kelas iaitu perempuan mesti diberikan hak yang sama dengan lelaki dalam apa jua bidang" lebih kurang gitulah tajuknya...

Pihak lelaki diberikan tugas untuk membantah tajuk itu manakala pihak pelajar perempuan diberikan tugas untuk mempertahankan hujah itu..


Apa lagi semua pun masing-masing mengeluarkan fakta yang akan menyokong hujah masing-masing. Aku dan kengkawan berhujah bersungguh-sungguh yang memang wanita dalam hal-hal tertentu mesti tidak boleh sama dengan lelaki..dan hujah ini dibantah keras oleh pelajar wanita..


Kami memberikan urusan dalam rumahtangga sebagai contoh yang lelaki memang lebih kedudukannya dan tidak boleh disamakan hak dengan wanita... makin lama berbahas denga sekali-sekala cikgu kami mencelah makin panas pula topik perbahasan kami...


Cewek yang paling kuat membantah pula ialah antara seorang yang paling pintar dalam kelas  kami.. tapi oleh kerana untuk menegakkan hujah yang kami bawakan tiba-tiba seorang kawan saya berdiri dan mengatakan kepada cewek itu dengan nada suara yang kuat..


"Kaum wanita memang tidak setanding dengan lelaki dari segi ketinggian haknya" katanya sambil menyambung lagi " tengok sini baik-baik aku berani buka baju di sini...kamu pasti tidak berani..macamana kamu mahu menuntut hak kedudukan yang sama dengan kaum lelaki" katanya lagi... Cewek itu mungkin teramat malu dan terus menutup mukanya dan menangis..


kami semua terpinga-pinga terkejut dengan tindakannya yang kami semua fikirkan agak keterlaluan..tak patut buat begitu..inikan cuma perbahasan.. 

Apapun kisah ini masih aku ingat sampai sekarang...

 

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.

Bookmark and Share
Share

PANASNYA CUACA.. Penyaman udara yang kita sendiri boleh sediakan..?





Dengan cuaca panas melampau yang sedang melanda sekarang tapi tak cukup duit untuk membeli aircond? Adakah cara lain yang boleh dilakukan untuk sekurang-kurangnya kita menyejukkan badan?
SAYA TERTARIK DENGAN ARTIKEL YANG DIPAPARKAN DI UTUSAN MALAYSIA BERTARIKH 22HB OCTOBER. Ini berkaitan dengan penyaman udara buatan sendiri.


Cuba jangan membayangkan jenama sedia ada di pasaran kerana harganya mahal, tetapi inovasi ini memberi satu pilihan terbaik untuk mereka yang suka melakukan sendiri.
Pada akhirnya, matlamat yang anda ingini ialah menyejukkan bilik atau ruang rehat tanpa memikirkan bil elektrik yang mungkin meningkat daripada biasa.
Kalau hendak berbangga juga dengan ciptaan anda, letakkan jenama kesukaan supaya anda berbangga kerananya.

Alatan yang digunakan:
*Kipas ( kipas meja )
*Papan tebal lima inci lebar x 1.5 kaki panjang x 10 milimeter (mm) tebal> dua keping
*Papan tebal 5 incilebar x dua kaki panjang x 10mm tebal > dua keping
*Jaring nyamuk ( 2 kaki x 1.5 kaki ) - sekeping
*Kain lampin
*Paku
*Bekas takung air

Langkah 1
Bina bingkai kayu dari papan lima inci hasil kotak berukuran 1.5 kaki x 2 kaki x 5 inci 

Langkah 2
Tutupkan bahagian belakang kotak kayu dengan meletakkan jaring nyamuk menggunakan paku.
Pastikan jaring berada dalam keadaan tegang .

Langkah 3
Basahkan kain lampin kemudian tutup bahagian belakang jaring tadi dengan kemas.

Langkah 4
Gunakan bekas takungan air yang dapat memuatkan saiz kotak kayu, isi air sehingga separuh bahagian takungan.
Masukkan bingkai kayu yang telah siap dipasang dengan jaring dan lampin tersebut ke dalam bekas takungan air.
Pastikan bahagian bawah kain lampin sentiasa berada dalam air supaya ia sentiasa berada dalam keadaan basah.

Langkah 5
Letakkan kipas menghadap ke depan seperti gambar rajah.
Hidupkan suis kipas untuk melihat hasil yang di peroleh .
Setelah kipas dihidupkan, kita akan dapati udara panas akan di sedut melalui kain lampin tersebut .
Penyerapan haba akan berlaku apabila kain lampin menyerap air di dalam takungan dan mengeluarkan udara sejuk melalui kipas .


Sumber:
Utusan Malaysia Share

Monday, July 5, 2010

Boikot NIKE kerana cetak perkataan ALLAH di kasut keluarannya

Salam..

Baru-baru kita heboh dengan cetakan 'Allah' pada kasut keluaran Croc's. kini giliran nike pula yang berbuat demikian. Lihat photo kasut nike di atas. 
Saudara-saudara sekalian. Saya baru mendapat email dari seorang rakan yang menunjukkan gambar kasut keluaran nike yang tercetak perkataan ALLAH di kasutnya. Memang tiada sensitiviti langsung syarikat Barat ini terhadap umat Islam di seluruh dunia.Mereka patut ingat yang kasut mereka juga dipakai oleh orang Islam tetapi kenapa mereka berbuat demikian. Mesti ada pihak tertentu yang mengarahkan mereka berbuat demikian. Jadi kepada kawan2 yang lebih arif jadikan mesej ini lebih informatif untuk kebaikan semua. 

Wasalam.
Share

Sunday, July 4, 2010

Sotong Kurita peramal keputusan pertandingan yang melibatkan Germany?? Tepat..

Setakat mana kehebatan anda dalam meramal keputusan perlawanan bolasepak piala dunia pada kali ini? Berapa kali ramalan kalah menang anda tepat mengikut keputusan perlawanan? Aku mengagak yang tentu anda telah kena beberapa kali dengantepat tetapi tahukah anda bahawa ada satu peramal yang paling hebat di Jerman di mana setakat ini semua ramalannya mengenai perlawanan yang melibatkan Jerman belum pernah salah?? Peramal ini hanyalah seekor Octopus atau sotong Kurita. Ketepatannya adalah dapat meramal yang Jerman akan kalah dengan Serbia dalam peringkat kumpulan...Cuba tengok cerita selanjutnya di link dibawah:

di sini..     atau   videonya

Kalau aku pandai main judi..hahaha???



Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Saturday, July 3, 2010

MATILAH..KAWAN AKU TERPEGANG-PEGANG CEWEK KAWANNYA...HUHHHH

Kawan aku terpegang-pegang cewek kawannya..Kisah yang aku ceritakan ini adalah kisah benar yang benar-benar berlaku. Sebenarnya kejadian yang berlaku itu bukanlah dia sengajakan tapi bila ianya sudah berlaku maka ianya tetap juga memalukan samada dia dan cewek itu jugalah..

Pada satu hari ketika berjalan-jalan di sebuah supermarket untuk cari-cari barang kawan aku tu ternampak seorang cewek yang memang betul-betul sama dengan ceweknya.. Apalagi ...dia terus menghampiri cewek itu dan terus pegang tangan awek itu dan menggengam jari cewek itu... Cewek itu pula tidak membantah cuma dia kelihatan terkejut sedikit dan terus kaku.. Saya pun memang menyangka itu ceweknya..Rupanya kawan saya itu salah orang..

Cewek yang dia pegang-pegang ini bukan ceweknya tapi kembar ceweknya...Kalau kita yang jarang melihat mereka memang salah memilih kerana mereka betul-betul seiras dan amat sukar dibezakan..Apatah lagi hari tu kembarnya itu memakai baju ceweknya...Si kawan apa lagi terus terjah..

Aku tengok mukanya merah padam menahan malu apabila dia menyedari yang dia salah orang..Yang keluar dari mulutnya hanya permohonan maaf atas kelakuannya.. Aku tersipu sendiri..rupanya kejadian sebegini boleh juga pula berlaku...kalau aku...tak tahu di mana mahu letak muka kerana dia selalu juga ke rumah ceweknya berjumpa dengannya di situ.. Hubungan mereka sudah mendapat restu dari kedua-dua pihak keluarga...
huuu..macam-macam ni...


 

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Entri-Entri terkini