CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Sunday, October 25, 2009

BERPANTANG MAUT SEBELUM AJAL

Pada satu pagi minggu ini sewaktu melalui satu jalan ke kampung di satu kawasan Terusan, saya dan beberapa sahabat terkejut  apabila mendapati kereta proton saga kepunyaan kawan kami juga terbalik di dalam parit yang mana seluruh bahagian depan kereta itu ditenggalami air. Kami cuba menghubungi kawan kami itu tapi gagal. Ini membuatkan kami lebih bimbang. Ingin diperiksa di dalam kereta tapi takut menganggu siasatan polis andainya ada kejadian yang tak diingini berlaku. Setelah menghubungi sanak saudara mangsa akhirnya kami mendapati beliau sebenarnya tidak apa2 kecederaan tapi telefon nya rosak akibat terkena air. Barulah kami lega kerana kawasan ini merupakan kawasan yang selalu banjir kilat dan semalam sebelumnya hujan turun dengan kuat di kawasan ini. Kawan kami dan penumpang dapat melepaskan diri melalui cermin pintu belakang dengan membiarkan dulu air masuk baru mereka membuka cermin kereta dan melepaskan diri. Syukurlah tiada apa2 kejadian yang tidak dingini berlaku.


P/s:
Hati2 semasa memandu kerana malang tidak berbau

Share

Entri-Entri terkini