CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Wednesday, December 2, 2009

Kisah Liwat Anuar Ibrahim.

Anwar tetap dibicara


Oleh Norhashimah Mohd Radzali
norhashimah@bharian.com.my




Mahkamah tolak permohonan batal tuduhan meliwat

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini semalam menolak permohonan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk mengetepikan dan membatalkan tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Sehubungan itu, mahkamah menetapkan perbicaraan kes berkenaan selama sebulan bermula 25 Januari depan.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam keputusannya, berkata laporan perubatan dari Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Pusrawi terhadap Mohd Saiful tidak boleh dijadikan asas untuk mahkamah menggunakan kuasa inheren (tambahan) bagi membatalkan tuduhan itu tanpa mendengar keterangan semua saksi pendakwaan terlebih dulu.

Beliau berkata, persoalan sama ada terdapat atau tidak kemasukan, wujudnya keraguan atau tidak dalam keterangan yang mungkin dibawa pihak pendakwaan, tidak boleh diputuskan pada peringkat ini dengan hanya berlandaskan laporan perubatan.

"Ia hanya boleh ditentukan selepas semua saksi memberi keterangan dalam perbicaraan," katanya ketika membacakan penghakiman bertulis setebal 14 muka surat.
Mohamad Zabidin berkata, pihak pembelaan dalam hujahnya mendakwa laporan perubatan itu tidak menunjukkan terdapatnya kemasukan di dubur Mohd Saiful dan ia mencukupi untuk mahkamah membatalkan tuduhan terhadap Anwar.

Beliau berkata, pihak pendakwa dalam hujahnya bagaimanapun menyatakan laporan itu hanya terhad kepada pemerhatian dan pemeriksaan fizikal serta tidak konklusif, malah kes pendakwaan berlandaskan kepada keterangan lisan, forensik dan keterangan lain yang akan dikemukakan ketika perbicaraan.

"Dalam kes ini, tidak dinafikan elemen penting perlu dibuktikan pihak pendakwaan bahawa terdapat kemasukan zakar tertuduh ke dalam dubur pengadu (Mohd Saiful), jadi terpulang kepada pihak pendakwa bagaimana ia akan membuktikan elemen itu," katanya.

Mengenai isu kedua, iaitu tuduhan terhadap Anwar dikatakan berniat jahat dan penyalahgunaan proses mahkamah, Mohamad Zabidin berkata, perkara itu perlu di-buktikan pihak pembelaan.
Beliau berkata, Anwar dalam afidavitnya mendakwa Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, berperanan dan cuba memutar belit atau mencipta keterangan terhadapnya dalam insiden mata lebam pada 1998, tetapi mahkamah mendapati tiada sesuatu menunjukkan perkara sama berlaku dalam kes terkini.

"Hanya dengan menunjukkan barisan Timbalan Pendakwa yang mengendalikan kes terkini mempunyai pengetahuan mengenai peranan Abdul Gani dalam kejadian yang berlaku pada 1998, adalah tidak cukup untuk mahkamah mendapati barisan pendakwaan dalam kes ini bersikap berat sebelah.

"Ia juga tidak cukup atas pertimbangan kebarangkalian untuk mendapati pada peringkat ini bahawa tuduhan terkini yang dihadapi Anwar adalah bersifat niat jahat (mala fide).

"Berdasarkan alasan itu, permohonan Anwar untuk mengenepikan atau membatalkan atau menggantung tuduhan yang dihadapinya, tidak dapat dibenarkan dan ditolak," katanya.

Sementara itu, peguam Anwar, SN Sankara ketika ditemui di luar mahkamah, berkata pihaknya akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan itu.

Anwar, 62, dituduh meliwat Mohd Saiful, 24, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, Anwar boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.


 sumber: Berita harian Share

Entri-Entri terkini