Google+ Followers

CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Wednesday, December 2, 2009

Kontraktor ambil kesempatan projek PPRT

Bila duit lebih diutamakan dan kurang pengawasan kerja, kontraktor ambil kesempatan.

Ibu tunggal tidak puas kualiti PPRT

1st December, 2009
  • Ibu Tunggal dari Kampung Batu 62, Halogelat, Beaufort antara seorang penerima bantuan Rumah PPRT tidak berpuas hati terhadap kualiti pembinaan rumah PPRT.
“Selepas lima tahun menunggu pembinaan rumah PPRT akhirnya siap tapi bahan binaannya kebanyakan yang tidak berkualiti. Saya belum lagi berpindah ke rumah itu, tetapi ia sudah mula rosak. Saya pernah mengemukakan aduan ke pejabat daerah dan pihak mereka berjanji akan menghantar seorang juruteknik untuk meninjau struktur pembinaan rumah itu tetapi sehingga ke hari ini juruteknik yang dijanjikan belum lagi turun padang.”
Beliau turut memberitahu atap yang digunakan dalam pembinaan rumah PPRT itu sepatutnya atap keras namun melihat kepada atap rumah yang dibina itu hanya menggunakan zink yang lembut, nipis dan mudah rosak.
“Dinding dan lantai rumah ini sepatutnya menggunakan papan tetapi mereka hanya menggunakan papan lapis yang nipis dan sekarang papan lapis berkenaan sudah merekah manakala catnya pun sudah terkupas,” adunya.
Tambah beliau lagi “simen dibina di sekeliling setiap tiang rumah, seolah-olah tiang itu “berkasut” atau “kancing” yang bertujuan untuk mengelakkan rumah terturun ke dalam tanah tetapi apabila dikorek di dalam tanah, didapati tiang itu sebenarnya tidak ada kasut. Apalah makna atau fungsinya simen yang dibina di sekeliling tiang itu?, ” katanya.
Ibu tunggal ini juga mendakwa bahawa gelagar rumah untuk lantai rumah juga tidak cukup panjang dan dipasang blok kayu penahan sahaja, pengadu bimbang rumah berkenaan tidak mampu menampung muatan jika terdapat ramai orang di dalam rumah berkenaan.
Beliau memohon supaya pihak bertanggungjawab tampil memberikan penjelasan berkaitan piawaian pembinaan rumah PPRT dan peruntukkan yang ditawarkan bagi sebuah rumah PPRT.


Sumber: Sabah Times

p/s:
Kenapa pihak berwajib tidak sentiasa memantau keadaan ini atau ada agenda yang di sembunyikan atau ambil tak kisah. Bila hal seperti inin berlaku barulah kelam kabut mencari pihak yang akan dipersalahkan kerana tidak mahu terkena batang hidung sendiri.. Share

Entri-Entri terkini