Google+ Followers

CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Wednesday, December 23, 2009

Lagi Kisah Loji arang Batu di Lahad Datu

Salam,

Nmapaknya kisah pembinaan loji penjanaan elektrik berasaskan arang batu semakin hangat. Pihak TNB nampaknya sudah komited dengan rancangan mereka. Pihak akhbar juga ada menyatakan berita ini boleh dikatakan hari-hari. Apa sebenarnya yang berlaku??

Semalam akhbar ada menceritakan alternatif lain. Pihak MPOB menyatakan bahawa  gas methane yang dihasilkan di kilang-kilang minyak sawit boleh menyediakan bahan untuk menghasilkan sumber tenaga. TSH umpamanya menghasilkan 14Megawatt tenaga dari sumber yang seumpama. mereka hanya menggunakan 4 Megawatt. Selebihnya di jual kepada SESB. Apa lagi di seluruh Sabah ada 117 buah kilang sawit??

Cuma kos untuk penyediaan janakuasa di kilang perlu dibincangkan kerana ianya dianggarkan sebanyak 6 juta ringgit. Harga jualan juga tenaga yang dihasilkan kepada SESB juga mesti dibincangkan agar kedua-dua pihak dapat manafaat dan bila menjualnya kepada rakyat nanti juga tidak membebankan..

Mengikut desas-desus, kemungkinan juga pihak TNB mahu membina loji arang batu ini untuk mencari tempat arang batunya digunakan. Pihak TNB dikatakan telah membeli lombong arang batu di Kalimantan dan arang batu yang dihasilkan berlebihan dangan hanya 2 loji yang berkenaan di semenanjung. Jadi kawasan baru perlu dicari. Lahad Datu ada masalah elektrik sekarang dan inilah masanya..

Diharapkan apapun perlaksanaan yang akan diambil, semoga ianya 'win-win situation' kepada semua pihak.

Salam. Share

3 comments:

lagenda said...

Salam Ziarah.....

Betol tu jangnlah pula rakyat yang menjadi mangsa

merah_s said...

Salam ziarah,

diharapkan apa2 projek pun hendaklah dapat memberi manafaat pada rakyat jelata..

Bengy said...

Ni keja c Musa aman c musang berkulit SEtan hentam la dorang...sama party dorg.. projek tender pun dorg kebas bagi dgn lintah darat yg main hentam ja buat bangunan (Kontrektor alibaba)..sial jahanam la dorng

Entri-Entri terkini