Google+ Followers

CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Friday, December 18, 2009

LOJI ARANG BATU DI SEMENANJUNG DENT SABAH

Asalamualaikum,

Kisah pembinaan loji arang batu ini hangat diperkatakan sekarang. Sana-sini komen yang kita dapat lihat samada yang menyokong dan juga yang membantah. Misalnya di facebook ada yang membuat kempen 'no coal' untuk projek ini. Tapi yang penting ialah kita harus melihat apakah projek ini memberi keuntungan kepada penduduk dan juga apakah kesannya kepada alam sekitar dan semua.

Kalau kesan baiknya lebih banyak dan kesan yang buruk dapat diminimakan atau dielakkan maka projek ini adalah projek yang bagus. Pihak berwajib kerajaan harus meneliti projek ini dan berusaha memberikan penjelasan kepada semua orang apakah relevennya projek ini. Saya percaya ramai orang yang hanya dengar berita ini dan tidak tau apa-apa atau tahu sedikit saja. Yang mereka tau ialah projek ini hanya mendatangkan  keburukan.

Kepelbagaian sumber tenaga amat penting dalam keadaan sekarang. Kita selalu mendengar bekalan elektrik putus menyebabkan banyak kerugian dan kerja yang tergendala dan kita perlukan sumber baru untuk permintaan bekalan tenaga yang semakin meningkat.

Tapi persoalannya adakah inilah satu-satunya jalan penyelesaian yang ada??? Tiadakah jalan lain selain mengambil jalan ini. Jangan semata-mata alasan untuk pembangunan hanya kontraktor pembinaan loji janakuasa ini yang untung banyak. Saya percaya kerajaan mempunyai ramai ahli fikir yang bagus-bagus untuk menyelasaikan masalah ini. Kepada ahli fikir, jangan hanya menjadi pak turut kepada pemimpin yang mahukan projek ini dilaksanakan. Berilah pendapat untuk kebaikan semua orang..


Salam.
Share

Entri-Entri terkini