CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Thursday, December 10, 2009

Lagi rokok seludup

Pegawai Kastam rampas Kancil berisi 410 rokok seludup

10th December, 2009
 
KOTA KINABALU: Pegawai pencegahan Kastam merampas sebuah kereta Kancil yang berisi 410 bungkus rokok seludup di kawasan Sinsuran kelmarin.
Rampasan itu dilakukan oleh sepasukan pegawai pencegahan Kastam dalam satu operasi dinamakan “Ops Kakilima”.
Pengarah Kastam Negeri Datuk Hj Yusop Hj Mansor berkata operasi dijalankan bertujuan mengesan dan menahan penjaja rokok seludup kaki lima di Sinsuran dan lain-lain kawasan bandaraya.
Yusop berkata pemandu kereta berkenaan berjaya melarikan diri apabila terlihat pegawai pencegahan Kastam di tempat kejadian.
Beliau berkata pemandu kereta tersebut dipercayai salah seorang daripada pembekal rokok seludup kepada penjual rokok seludup di Sinsuran.
Pasukan pencegahan Kastam juga membuat serbuan sama di Indah Permai, Inanam dan Menggatal pada hari yang sama.
Pegawai pencegahan Kastam menahan seramai 11 orang penjaja rokok haram dan merampas 3,828 bungkus rokok seludup dianggarkan bernilai RM44,188 dalam operasi yang dijalankan dari jam 8 pagi hingga tengah hari.
Mereka yang ditahan termasuk empat lelaki berumur antra 14 dan 41 serta tujuh wanita berusia antara 31 dan 50 tahun telah dikenakan kompaun.
“Kami akan meneruskan “Ops Kakilima” dari masa semasa untuk membendung kegiatan penjaja rokok haram,” kata beliau.


sumber:
Sabah times

p/s: harap2 pihak berwajib melaksanakan tugasan ini bila2 masa. Jangan hanya bila ada liputan akhbar baru bertindak. Share

1 comment:

Anonymous said...

kastam siaalllllllll

Entri-Entri terkini