CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Tuesday, December 15, 2009

PKR Dari Kalangan PBS Untuk Raih Semula Keyakinan Rakyat - Musa

08 Disember, 2009 19:58 PM



KOTA KINABALU, 8 Dis (Bernama) -- Tiga ahli Parti Bersatu Sabah (PBS) dilantik sebagai Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) di kawasan Parlimen Kota Kinabalu sebagai usaha meraih semula keyakinan rakyat kawasan itu terhadap Barisan Nasional (BN).

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman yang juga Pengerusi BN Negeri, berkata kawasan Parlimen itu merupakan kawasan tradisi PBS, tetapi jatuh kepada parti DAP pada pilihanraya umum yang lepas.

Bagaimanapun, PKR yang dilantik tidak mencerminkan siapa yang akan dicalonkan pada pilihanraya akan datang, jelasnya.

"Perkara ini sepatutnya tidak dijadikan isu. Yang penting semangat terhadap BN masih tinggi selagi semua parti komponen bekerjasama dan memperjuangkan semangat perpaduan daripada mengesyaki antara satu sama lain," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan cek kepada sekolah dan badan-badan bukan Islam Sabah di sini Selasa.

Beliau ditanya pemberita tentang tiga ahli PBS yang dilantik itu.

Antara yang dilantik ialah Ahli Majlis Tertinggi PBS Chin Tek Ming, yang juga bekas calon Parlimen Kota Kinabalu pada Pilihanraya Ke-12.



-- BERNAMA
Share

Entri-Entri terkini