CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

Tuesday, November 30, 2010

Kerajaan bagi subsidi tahun depan..untungkah?



Menurut sumber yang boleh dipercayai... Kerajaan sedang mengkaji semula untuk memberi semula SUBSIDI GULA pada tahun depan. Eh.. kata ekonomi tak berapa baik. idris Jala kata kalau kita asyik bagi subsidi MALAYSIA AKAN MUFLIS. Apa dah jadi dengan pertimbangan kerajaan. tentu ada UDANG SEBALIK MEE.. PILIHANRAYA DAH DEKAT LAH GAMAKNYA... Ayuh bagi lagi pada orang kampung... JANGAN NAIKKAN SEMULA LEPAS TU..
Sumber:

Pada pendapat aku, jika pemberian subsidi ini benar-benar berlaku maka ianya bagus juga untuk rakyat. Cuma jika ia diberikan kerana pilihanraya umum akan menjelang tiba maka bolehlah dikatakan peruntukan sekarang disalahgunakan untuk pilihanraya.. Ini tidak bagus untuk rakyat..



Pendapat anda mengenai post ini sangat dialu-alukan... Terima kasih. 

Bookmark and Share
Share

Saturday, June 26, 2010

Khairy anggap Perkasa (Ibrahim Ali) penghalang 1 Malaysia..

ALOR SETAR 25 Jun - Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin (gambar) mendakwa pendekatan yang digunakan oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) terhadap sesuatu isu merupakan penghalang kepada semangat 1Malaysia.

Beliau berkata, meskipun niat Perkasa untuk memperjuangkan keistimewaan kaum pribumi negara ini adalah murni, namun presiden pertubuhan itu, Datuk Ibrahim Ali mengambil cara yang tidak bertepatan dengan konsep 1Malaysia dalam menyuarakan pandangan.

Katanya, pendekatan Ahli Parlimen Pasir Mas berkenaan sudah ketinggalan zaman dan tidak lagi laku untuk diguna pakai dalam era globalisasi. "Ibrahim Ali, Perkasa punya pendekatan adalah penghalang kepada 1Malaysia. Konsep 1Malaysia tidak akan gadaikan orang Melayu tetapi cara yang beliau buat memang tidak memupuk perpaduan seperti yang dituntut 1Malaysia.

"Beliau ahli politik jaguh kampung, dalam zaman globalisasi, mana boleh. Sudah lapuk, tidak laku," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kuala Kedah di sini hari ini. Khairy sebelum itu ditanya mengenai kenyataan Ibrahim yang mendesak beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Rembau kerana dikatakan membelakangkan agenda Melayu.

Ia berikutan tindakannya mempertahankan kenyataan Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong dalam isu biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Kelmarin, Ka Siong yang juga Timbalan Menteri Pelajaran menafikan bahawa beliau mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu. Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO berkata, jika Perkasa benar-benar ingin membantu orang Melayu, Ibrahim patut melihat bagaimana perubahan untuk mencapai kemajuan itu perlu dibawa.

"Dia (Ibrahim) gaduh sahaja. Suruh dia ini letak jawatan, cabar orang itu. Ini bukan politik yang baik," katanya sambil menegaskan beliau tidak akan melayan desakan Ibrahim itu. Katanya, Ibrahim tiada hak untuk memintanya berbuat demikian kerana Ahli Parlimen Pasir Mas itu bukan ahli UMNO dan bukan pengundi di kawasan yang diwakilinya sebagai wakil rakyat.

Menurut beliau, dia bukan mempertahankan kenyataan Ka Siong tetapi menganggap Ketua Pemuda MCA itu tidak melakukan sebarang kesalahan berhubung isu pemberian biasiswa JPA. "Bagi saya tidak timbul soal sensitif daripada Ka Siong dan saya menyarankan Ibrahim supaya jangan menimbulkan isu-isu seperti ini nak melagakan kita dalam Barisan Nasional (BN).

"Dia bukan ahli BN, jaga kawasan sendiri cukuplah di Pasir Mas," katanya.
sumber:



Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.

Bookmark and Share
Share

Thursday, May 27, 2010

RAJA PETRA MASIH MENGANCAM KESELAMATAN NEGARA??

Bawa pulang segera Raja Petra

KUALA LUMPUR 26 Mei – 

Pelbagai pihak hari ini terus mempersoalkan bagaimana pengendali portal berita antikerajaan, Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin dapat menjalani kehidupan mewah di Britain jika tidak ada individu yang menaja beliau.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, justeru adalah tidak salah sekiranya ramai yang melihat Raja Petra telah ditaja pihak tertentu bagi meneruskan misi memburuk-burukkan kerajaan Malaysia.

“Tidak mungkin dia boleh hidup dengan selesa di Britain, yang kita tahu kos hidup di sana sememangnya tinggi tanpa dibantu sesiapa ditambah pula dia adalah seorang yang muflis. “Ini menimbulkan kehairanan dan kita mahu persoalkan siapakah yang terlibat dalam perkara ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kemunculan semula Raja Petra Sabtu lalu yang mencabar kerajaan Malaysia supaya mendakwanya di mahkamah Britain atas segala pertuduhan terhadapnya sebelum ini. Raja Petra seperti dilaporkan portal miliknya itu dan beberapa portal propembangkang mendakwa dirinya bersedia berhadapan dengan semua pertuduhan itu kerana menganggap Britain adalah ‘wilayahnya’.

Ismail Sabri berkata, pihak berkuasa di negara ini diminta segera mengambil tindakan terhadap Raja Petra dengan meminta bantuan kerajaan Britain bagi membolehkannya dibawa pulang ke Malaysia. “Sepatutnya kita sudah lama minta bantuan dari Britain. Saya harap kita tidak biarkan kerajaan dimain-mainkan seperti ini,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi ahli MT UMNO, Datuk Dr. Latiff Ahmad menggesa Raja Petra sendiri mendedahkan siapa yang membiayai kehidupan mewahnya di London itu. Katanya, Raja Petra hanya perlu menyebut sama ada pihak tersebut merupakan ahli politik, tokoh korporat atau negara-negara tertentu.

“Raja Petra tak perlu sebut nama penajanya sebab kita tahu jika dia bongkar identiti penajanya maka bantuan kewangan kepadanya akan dihentikan serta-merta. Dia hanya perlu beritahu golongan mana yang menajanya,” katanya.


Sumber: Utusan online

Apakah tindakan yang akan diambil oleh kerajaan atau yang boleh diambil oleh kerajaan malaysia? Kita tahu yang Malaysia kini amat berpengaruh di malaysia... Portal tu mengikut alexa traffic tersenarai dalam top100 yang paling ramai visitor..

Jadi, apa-apa yang ditulis di malaysia Kini pasti membawa kesan yang besar terhadap negara. 

Atau kerajaan tidak mampu berbuat apa-apa? Sudahlah Raja Petra ini dah diiystiharkan muflis tapi 'Power'nya masih ada.. 

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 
 
Bookmark and Share
Share

SIAPA YANG LEBIH KUAT RASUAH- UMNO ATAU PKR?

Siapa yang lebih kuat rasuah-umno atau pkr? Pernahkah anda mendapati ada ciri-ciri rasuah dalam pengurusan kedua-dua parti ini? Kalau aku sendiri memang setiap kali pilihanraya ada saja projek di belakang tabir yang dilakukan oleh mana-mana perti politik malahan calon bebas yang boleh kata tiada duit pun masih mampu memberi sedikit duit kepada orang ramai...

Kenapa orang mahu membicarakan siapa yang lebih kuat rasuah umno atau pkr? Penting sangatkah tu? Pada saya persoalan ini kurang penting kerana bila kita menyebut rasuah maka biar sedikit manapun dia buat ia tetap rasuah juga dan tetap tidak telus dalam menjalankan amanat yang diberikan oleh rakyat.

Tidak hairanlah jika anda mendapati bila PRU 13 yang akan datang ni anda akan mendapati keadaan 'politik wang' ini masih berterusan. Rakyat kebanyakkannya tidak peduli asalkan mereka dapat wang. Siapa yang tidak mahu wang? Semua orang akan cuba untuk mendapatkan wang..Cuma halal atau tidak sahaja caranyalah..Cuba anda lihat apa yang diungkapkan dalam sabahkini di bawah...




















Oleh: SUNARNO WIRO

GARA-GARA kehadiran ahli politik veteran ke kancah percaturan politik PKR Tenom, ramai ahli ‘senior’ PKR di situ tersinggung dan mengeluh lantas bertindak mendiamkan diri sebagai tanda protes terhadap kehadiran orang luar mencampuri urusan politik dalaman mereka di sini.
Mereka juga dikatakan tidak bersetuju dengan cara ‘Politik veteran’ itu menarik ahli baru untuk menyertai PKR dengan cara menggunakan ‘wang’ sebagai strategi bagi memancing kemasukan ahli baru kerana cara sedemikian adalah bertentangan dengan dasar dan prinsip perjuangan PKR yang mahu menghapuskan gejala ‘Rasuah’ dalam parti. 
Sandiwara politik PKR yang dilakonkan semula ‘Politik veteran’ itu khususnya di kawasan Parlimen Tenom cukup mencelarukan pengikut-pengikut lama dalam parti itu; malah senario itu turut menjadi bualan di kedai-kedai kopi mahupun di majlis-majlis sempena sambutan Pesta Kaamatan di pelusuk kampung yang menentang cara politik sedemikian rupa.
Mereka amat kecewa dengan ‘fenomena’ itu berlaku sedangkan pemimpin-pemimpin PKR sebelum ini begitu lantang; kononnya mahu menghapuskan amalan ‘Rasuah’ berlaku dalam kerajaan malah mereka menuduh UMNO lah yang ‘Rasuah’ kerana  mengamalkan ‘Politik Wang’.
Bagaimanapun di sebalik keghairahan sandiwara politik veteran itu mengatur langkahnya yang barangkali kiasan yang pernah dibuat segelintir pemimpin parti ‘Berjaya’ terdahulu yang menyebut “Murut senang di urut, Dusun senang disusun” masih belum ‘expired’ mungkin salah satu ‘formula’ beliau gunakan dalam penyusunan setiap langkah itu.
Namun disebaliknya, selang beberapa hari terdapat pula kata-kata sumbang dari mereka yang pernah disogokkan mengungkap perkataan seperti berikut:-
“Jangan hairanlah orang yang datang berduyun-duyun ke Hotel Perkasa kononnya ahli Umno menyertai PKR selepas kecewa dengan prestasi hambar Umno. Itu perkara biasa dalam kelibat ‘jalan-jalan cari makan’,” kata salah seorang yang dikatakan ahli Umno menyertai PKR baru-baru ini yang hanya mahu dikenali sebagai Mas.
“Kalau kami diberi tambang dan makan serta sedikit wang sagu hati untuk isi borang masuk ahli PKR, siapa tidak mahu? Duit bah itu? Bila lagi mahu makan duit si veteran itu,” kata salah seorang dari Kuala Tomani.
Oleh itu, janganlah terlalu mengatakan bahawa Umno itu kotor, BN juga kotor si Anu Rasuah dan si Atu bohong…malah siapa juga yang lebih kotor dari Umno? PKR kah? atau Umno/BN! Kita sama-sama tunggu..apa kata pengundi pada PRU13 nanti.

sumber: Sabahkini


Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Wednesday, May 26, 2010

HABISLAH ANAK CUCU KITA...YB BA'RISAN NASIONAL' DAH CEKUP SEMUA TANAH

Mungkin kisah yang aku tulis ini kurang digemari oleh sesetengah orang. Mungkin ada juga yang akan kata.."mana bukti"? Tapi takkan pokok bergoyang kalau tiada angin yang bertiup..Saya akan tulis coretan ini secara am supaya tidak menyinggung mana-mana pihak. Cukuplah dengan kita mengambil iktibar dari cerita ini dan perlahan-lahan kita akan mengetahui akan kebenarannya..

Beberapa bulan lalu ada kejadian di mana sekumpulan penduduk beberapa kampung telah mengangkat senjata mereka melarang tanah bekas hutan simpan dibuka untuk tujuan penanaman kelapa sawit.. Kenapa mereka begitu marah sehinggakan mereka sanggup mengangkat senjata (parang-pisau sahaja)? 

Ceritanya begini... Penduduk kampung sebenarnya telah pernah memohon kepada kerajaan untuk mendapatkan hak milik tanah tersebut. malangnya permohonan mereka ditolak kerana dengan berbagai-bagai alasan. Tapi baru-baru ini ada syarikat swasta telah menghantar segala mesin mereka untuk membuka ladang kelapa sawit di tanah berkenaan.. Setelah diperiksa..syarikat berkenaan salah satu yang berkepentingan ialah orang kuat Barisan Nasional... Mana tidak mengamuk orang kampung.. Nampak betul ada sesuatu yang tidak kena di sini..

Saya rasa ini bukanlah kes tunggal yang berkaitan dengan hak pemilikan tanah. Tapi kalau dah pandai buat tu mestilah pandai juga sembunyikannya. Pernah juga saya terdengar orang cakap yang ada YB yang langsung tiada keluarga di sesuatu tempat tu boleh ada tanah di sana? Mungkin di beli dari kenalannya? tidak mungkin...Tapi begitulah adat sekarang...Siapa yang berkuasa maka dia akan memiliki kelebihan..

Buka dari segi pemilikan tanah sahaja tetapi pemilikan kontrak juga.. Ada kerja kontraktor yang kalau dikira dari segi kualiti memang langsung tidak mematuhi syarat-syarat pembinaan tetapi oleh kerana dia adalah kroni-kroni BN maka apa yang dibuatnyapun betul..

Anda lihat, tengok dan dengar2lah apa yang berlaku disekitar anda..mungkin kejadian seperti ini juga sedang berlaku tapi mungkin tiada apa yang kita boleh lakukan.. Cuma dengar dan berhati-hati dengan segala yang berlaku.. 

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 


Bookmark and Share
Share

Thursday, May 6, 2010

BLOGGER TU KACAK TAPI HATINYA KACAU DAN KURANG ELOK... SIAPA???

Kisah kali ini ialah kisah seorang blogger yang kacak,cantik tetapi hatinya kacau.. Dia tidak akan senang hati selagi tidak mencoretkan sesuatu yang dia mahu di blognya. Boleh dikatakan dalam sehari entrinya dalam 2 atau 3 entri dan semuanya tentang benda yang sama..

Majoriti entrinya ialah dalam soal politik (memang blognya adalah blog politik) dan setiap entrinya ialah against kerajaan yang ada sekarang. Dalam entrinya beliau selalu mengutuk keperibadiaan seseorang dalam bahasa yang dia buat sendiri. Siapa beliau?? Tidak payahlah saya sebutkan sendiri dan jikalau anda semua membaca tulisan beliau mengenai politik, masyallah...seakan-akan parti sokongannya sahaja yang betul. Memang fahamannya ini satu kiblat betul. Apapun yang kerajaan buat sekarang semuanya salah dan beliau akan berusaha untuk mendapatkan fakta yang akan memburukkan kerajaan sekarang.

Saya ini neutral... Kalau kerajaan sekarang memang salah dalam tindakannya, dalam hati saya tetap tidak akan setuju dan sebaliknya.. Buat apa asyik menyalahkan orang lain, cermin dulu diri sendirilah... Kalau tak cukup hensom jangan buat pembedahan plastik da la..

Selain dari itu, bila beliau menulis yang kerajaan sekarang adalah paksi kejahatan dan perlu ditukar, adakah beliau boleh bagi jaminan bahawa kerajaan sokongannya boleh memerintah dengan seadil-adilnya? Siapa beliau untuk bagi jaminan? Beliau hanya seorang penulis blog yang kerdil malah di mata kerajaan atau pembangkang namanya mungkin tidak terlintas langsung..

Kalau pembangkang yang di sokongnya satu hari akan memerintah, mungkin beliau tidak akan menulis blog lagi tentang politik kerana terpaksa menjilat balik ludah yang telah diludahkannya. Apa lagi parti yang di sokongnya sekarang mungkin akan berkelakuan sama dengan pemerintah kerajaan sekarang malah mungkin lebih teruk dari itu...

Tapi mungkin beliau memang tidak senang hati kalau tidak mengutuk seseorang dalam satu hari. Halal bagi beliau untuk melakukan perkara seperti itu...

wallahualam...


Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
Bookmark and Share
Share

Thursday, April 8, 2010

Kontraktor !!! Anda membahayakan nyawa orang lain..

Memang bagus bila kerajaan Barisan Nasional menyediakan begitu banyak kemudahan kepada rakyat terutama dari segi peruntukan untuk kemudahan asas. Umpamanya kampung-kampung di sekitar Jalan Sapi-Nangoh-Sugut, pendawaian bekalan elektrik sedang giat dijalankan.

Yang menjadi kekesalan ialah pihak kontraktor kurang mengambil berat tentang keselamatan pengguna jalan raya dengan meletakkan peralatan mereka terlalu dekat dengan jalan. Keadaan ini amat merbahaya terutamanya pada waktu malam yang mana lebih teruk jika hujan turun. Pandangan pemandu kenderaan pasti akan terbatas dengan keadaan ini. Bagaimana jika mereka gagal mengawal kenderaan mereka dan melanggar gulungan kabel ini.??

Pasti mereka akan mengalami kecederaan yang teruk.. 
Pihak kerajaan BN harus menjadikan faktor keselamatan ini sebagai satu syarat dalam pemberian kontrak kepada kontraktor. Jangan hanya melepaskan perkara ini begitu sahaja.. Rakyat yang memilih anda, jadi fikirkanlah untuk rakyat juga..
 

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
Share

Sunday, March 21, 2010

1 MALAYSIA.... IMPIAN ATAU KENYATAAN ATAU MIMPI...

Saya terbayang perkara yang paling hangat sekarang...
Gagasan 1 Malaysia idea PM..
Saya sangat menyokong dasar ini dan juga berharap ianya akan tercapai suatu hari nanti.
Hakikatnya adakah ianya senang sahaja dicapai??
Saya percaya perkara ini sesuatu yang rumit.
Bukan senang untuk menjadikan rakyat yang berbagai fahaman dan bangsa menyokong satu dasar yang kalau di cakap sahaja memang senang...

Sebenarnya banyak lagi benda-benda yang perlu diseragamkan supaya ia melambangkan dasar satu Malaysia.
Jangankan yang berkaitan dengan perpaduan kaum itu sendiri, dalam dasar kerajaan pun masih banyak yang perlu dikaji dan diselesaikan dulu..
Contoh yang paling jelas ialah dasar dalam sistem perkhidmatan awam itu sendiri. Siapa yang mewujudkan dasar itu dulu bukan  lagi penting tapi yang penting ialah sekarang. Dalam Perkhidmatan guru misalnya terlalu banyak perbezaan antara guru yang berasal dari Sabah/Sarawak dengan yang berasal dari Semenanjung dari segi skil penggajian. Elaun perumahan saja sudah berbeza lebih Rm500. Saya percaya masih banyak lagi perbezaan-perbezaan yang lain.
Kenapa perkara ini wujud?
Macam terasa pula yang 'double standard' nya. Apa lagi sekarang guru dari Sabah/Sarawak juga sudah dihantar berkhidmat di Semenanjung. Apa bezanya dengan guru semenanjung yang datang ke Sabah dan Sarawak??
Mungkin isu seperti ini dikatakan sedang dalam perbincangan dari dulu lagi tapi berapa lama lagi mahu menunggu??
Perlukah tunggu sampai pilihanraya akan datang??
Kalau macam tu niat tidak baik la jika hanya ingin memancing undi..

Ingat lah yang sekarang rakyat sudah banyak yang terpelajar dan tahu membaca. jangan tunggu nasi menjadi bubur...
Share

Saturday, March 13, 2010

PILIHANRAYA UMUM MALAYSIA??? MUNGKINKAH DALAM MASA TERDEKAT...

Kota Kinabalu..
11 Mac 2010

Mungkinkah pilihanraya umum akan diadakan dalam masa yang terdekat???
Apa yang berlaku sekarang ialah parti pakatan dalam keadaan kacau bilau. Masing-masing parti gabungan sedang mengalami masalah dalaman sendiri dan adakah kesempatan ini akan diambil oleh kerajaan Barisan Nasional untuk menanguk di air keruh??

Pemimpin tertinggi Barisan Nasional juga sedang sibuk melawat sana-sini. Misalnya Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin datang melawat daerah Beluran dan membawa berbagai-bagai projek dan peruntukan terutamanya dalam mengatasi masalah air yang dihadapi di daerah ini. Datuk Zahid Hamidi juga datang ke Kinabatangan dalam usaha untuk meningkatkan kualiti infrastruktur tentera di kawasan sana dan juga dengan berbagai-bagai peruntukan.

Adakah ini tanda-tandanya.. Mungkinkah Pilihanraya Umum kali ini serentak di seluruh negara memandangkan dahulu negeri Sarawak mengadakan pilihanraya lebih awal. Apapun rasionalnya pembangunan yang di bawa oleh pemimpin-pemimpin ini ke Sabah amnya amat dialu-alukan apatah lagi Sabah merupakan salah satu penyumbang Kerusi Parlimen terbesar kepada BN untuk membolehkan Barisan Nasional memerintah malaysia.. Share

Monday, March 8, 2010

Air..air...air.. Mana sudah pemimpin berwajib???

Ranau..
8 Febuari 2010.

Masalah kemarau yang berterusan menyebabkan masalah untuk mendapatkan air semakin ketara. Kesan kemarau ini amat dirasai terutama bagi penduduk-penduduk kampung mengalami kesulitan untuk memperolehi air. Ini kerana kebanyakan kampung yang berada di luar bandar tidak ada kemudahan air yang dirawat atau bekalan dari air paip kerajaan.

Bekalan air mereka kebanyakannya adalah di ambil dari sumber mata ait dari kaki bukit. Bila kemarau berterusan mata air di kaki bukit ini boleh menjadi kering. Kesannya amat dirasai sehingga kadang-kadang terdapat pergaduhan kecil kerana berebutkan kawasan mata air yang masih ada.

Kerajaan patut menumpukan usaha dalam mengatasi masalah seperti ini dan bukan asyik berbalah mengenai masalah dalaman politik. Ingatlah pemimpin, kamu diundi dalam pilihanraya kerana rakyat mahukan bantuan kamu dalam hal-hal seperti ini. Jangan asyik ingat mahu mengumpul harta kekayaan sendiri selepas menang pilihanraya. Jangan hanya menganggap rakyat itu penting semasa pilihanraya saja.. Share

Ahli PKR beramai-ramai keluar parti

Kuala Lumpur,
8 Februari 2010.

Dijangka lebih 10 orang ahli DUN dan Parlimen PKR akan keluar parti itu tidak lama lagi. Mereka dijangka akan menjadi ahli parti Bebas. Ini berikutan mereka dikatakan tidak berpuas hati dengan suasana dalam parti PKR sekarang. Sejak akhir-akhir ini parti PKR memang mengalami banyak kemelut dalaman dan sedang menuju kearah kemusnahan.

Tindakan ahli DUN dan Parlimen ini mendapat reaksi bercampur-campur dari berbagai-bagai pihak terutama di kalangan ahli politik tanah air. Ada yang setuju dan tidak kurang juga yang mengecam tndakan mereka. Persoalannya ialah adakah mereka benar-benar jujur dalam tindakan mereka atau mereka mempunyai agenda yang tersendiri? Adakah tindakan mereka keluar parti ini hanya sebagai alasan kerana tidak mendapat habuan semasa dalam parti tersebut? Bila parti mereka mengalami kemelut seperti yang berlaku sekarang, mereka mengambil kesempatan ini untuk keluar parti. Jika keluar semasa parti PKR tiada kemelut dalaman, susah bagi mereka untuk memberikan alasan.

Walahualam..
Share

Tuesday, January 12, 2010

KISAH PEMIMPIN YANG KITA AGUNG-AGUNGKAN...

Asalamualaikum..

Sekarang ini hangat dengan bermacam-macam berita samada di akhbar mahupun tv dan sebagainya. Antaranya ialah isu penggunaan perkataan Allah dalam majalah keluaran sebuah gereja. Berita hangat lain yang digembar-gemburkan ialah "UMNO JUARA RAKYAT atau BARISAN NASIONAL JUARA RAKYAT".

Betulkah??
Dan kalau betul juara yang macamana?
Biasanya kalau saya tengok ada yang kuat bercakap 'juara rakyat' tapi ikut di belakang saja ataupun senang cerita mengampu pemimpin atasan saja.

Saya tidak cakap yang semua gagasan itu tidak betul. Gagasan itu sebenarnya amat baik kepada semua rakyat tapi ada perkara yang lebih penting lagi dari itu. Malahan amat penting kepada semua rakyat..

Ok.. Kita ada perancangan dan peruntukan tapi macamana dengan perlaksanaannya pula? Siapa yang mahu memastikan yang bila ada peruntukan, ianya akan sampai kepada pembangunan yang dirancang itu? Selalu betul saya dengar yang banyak peruntukan telah diberikan tapi tidak sampai separuh yang sampai kepada pembangunan tersebut. Si polan ambil xxx%, si polan ambil xxx%. Banyak orang ambil % jadi berapa lagi yang akan sampai kepada projek???

Sepatutnya kerajaan yang mengaku jadi juara rakyat harus menumpukan usaha dalam memastikan semua peruntukan ini sampai kepada yang sepatutnya.. Bukan bercakap saja tapi hanya mengharapkan orang bawah2 menjalankan kerja tersebut dengan jujur.. Buat lah mekanisme @ prosedur tertentu yang boleh memastikan kejayaan sesuatu projek.. Jangan sampai peruntukan pembaikan jalan ke sesebuah kampung adalah Rm100 ribu tapi  hanya 15 trip lori batu yang sampai..

Akhirnya rakyat merana akibat sikap sesetengah orang yang berani mengaku sebagai juara rakyat atau lebih tepat lagi sebenarnya juara berselindung dalam rancangan kerajaan tapi hanya memenuhkan poket, perut dan  bank sendiri... Share

Sunday, January 10, 2010

JUJURKAH PEMIMPIN POLITIK ANDA BERKHIDMAT?

Jujurkah pemimpin politik di tempat anda berkhidmat??
Adakah mereka betul2 mahu berkhidmat kepada rakyat?
Dari jenis apakah mereka ini..
Pernahkah kamu perhatikan gaya sebenar mereka..?
Adakah pemimpin anda jenis yang kalau bercakap umpama jalan kaki ke bulan pun boleh 
tapi
benarkah??



Ok...
Cuba saudara2 renungkan yang ini sebagai contohlah...
Dulu sewaktu pilihan raya da nak dekat kawasan tut.........
Waktu berkempen, pemimpin kerajaan BN yang berceramah @ berkempen berkata...

"Saudara-saudari sekalian. Kalau saya menang, jalan ke kampung sini akan saya pastikan di aspalt,
Semua kemudahan asas akan saya wujudkan,
dan yang saya hendak saya umumkan di sini ialah saya akan hantar lembu
ke kampung ini untuk kita adakan kenduri kesyukuran nanti".


Dan dijadikan cerita, beliau memang menang dalam pilihanraya tersebut...
Orang kampung pun tertunggu2
satu bulan, dua bulan dan seterusnya...
Akhirnya sampai beliau diganti masih belum ada apa2 walaupun bulu kambing..


Tapi beliau memang pandai bercakap
berapi-api
tapi apa yang ada.


Mungkin ada pemimpin yang tidak berapa handal bercakap tapi sangat bagus untuk berkerja..


Jadi berhati2 lah memilih pemimpin politik anda..
yang penting boleh memberikan khidmat yang terbaik...


Share

Thursday, December 17, 2009

Kerajaan Tidak Anggap Remeh Skandal PKFZ - Ong

10 Disember, 2009 23:43 PM



KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Keputusan mendakwa tiga individu pada hari Khamis termasuk bekas pengurus besar Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) Datin Paduka O.C.Phang dalam kemelut Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) membuktikan bahawa kerajan tidak memandang remeh skandal seumpama itu.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat berkata ia juga membuktikan bahawa kerajaan mengotakan kata-katanya dalam hal hendak menegakkan akauntabiliti dan ketelusan.

"Ramai orang pada mulanya skeptikal yang pelaku kesalahan akan didakwa. Tetapi keputusan hari ini mendakwa tiga individu menunjukkan kerajaan tidak menutup salah laku," kata Ong dalam blognya www.ongteekeat.net.

Dua lagi yang didakwa ialah Steven Abok, ketua pegawai operasi Kuala Dimensi Sdn Bhd; dan kontraktor projek turnkey, dan arkitek Bernard Tan Seng Swee dari BTA Architect, konsultan projek.

Ketiga-tiga mereka didakwa di Mahkamah Sesyen Klang kerana melakukan pecah amanah (CBT) dan membuat tuntutan palsu.

Ong berkata beliau diberitahu mengenai beberapa orang didakwa berhubung kemelut PKFZ dan lebih ramai lagi akan diheret ke mahkamah tidak lama lagi, ketika menghadiri mesyuarat Menteri-menteri Pengangkutan Asean di Hanoi, Vietnam.

-- BERNAMA
Share

Tuesday, December 15, 2009

PKR Dari Kalangan PBS Untuk Raih Semula Keyakinan Rakyat - Musa

08 Disember, 2009 19:58 PM



KOTA KINABALU, 8 Dis (Bernama) -- Tiga ahli Parti Bersatu Sabah (PBS) dilantik sebagai Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) di kawasan Parlimen Kota Kinabalu sebagai usaha meraih semula keyakinan rakyat kawasan itu terhadap Barisan Nasional (BN).

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman yang juga Pengerusi BN Negeri, berkata kawasan Parlimen itu merupakan kawasan tradisi PBS, tetapi jatuh kepada parti DAP pada pilihanraya umum yang lepas.

Bagaimanapun, PKR yang dilantik tidak mencerminkan siapa yang akan dicalonkan pada pilihanraya akan datang, jelasnya.

"Perkara ini sepatutnya tidak dijadikan isu. Yang penting semangat terhadap BN masih tinggi selagi semua parti komponen bekerjasama dan memperjuangkan semangat perpaduan daripada mengesyaki antara satu sama lain," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan cek kepada sekolah dan badan-badan bukan Islam Sabah di sini Selasa.

Beliau ditanya pemberita tentang tiga ahli PBS yang dilantik itu.

Antara yang dilantik ialah Ahli Majlis Tertinggi PBS Chin Tek Ming, yang juga bekas calon Parlimen Kota Kinabalu pada Pilihanraya Ke-12.



-- BERNAMA
Share

Sunday, December 13, 2009

Mahfuz Pertahan Cadangan Demi Kebaikan PAS - Nik Aziz

09 Disember, 2009 18:03 PM



KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mempertahankan cadangannya yang mahu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PBMK) Abdul Ariffahmi Ab Rahman, yang juga menantu Menteri Besar Kelantan, segera melepaskan jawatannya demi kebaikan parti.

Mahfuz berkata saranannya itu bukan bermakna beliau mahu mengajar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sebaliknya dilakukan demi cinta dan sayangnya terhadap parti serta Mursyidul Am PAS.

"Tidak... (cadangan) bukan hendak mengajar sesiapa, ia satu pandangan saya kerana saya sayang pada Tok Guru (Nik Aziz)... kerana saya tidak mahu ada pihak mencerca Tok Guru atas isu ini," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, Rabu.

Bagi meredakan polemik itu, Mahfuz berkata pengunduran segera Ariffahmi adalah tindakan paling tepat.

Isnin lepas, Mahfuz dalam kenyataannya menyebut adalah perlu bagi Nik Aziz selaku Penasihat PMBK, berbincang dengan ahli Lembaga Penasihat perbadanan itu supaya perkhidmatan Ariffahmi ditamatkan segera dengan dibayar sebulan gaji, tanpa memerlukan tamat notis tiga bulan.

Anggota Parlimen Pokok Sena itu berkata tindakan Ariffahmi menghantar notis tiga bulan kepada perbadanan itu boleh menimbulkan kontroversi dan digunakan sebagai senjata untuk mencemuh Nik Aziz dan parti oleh sesetengah pihak.

Bagaimanapun cadangan Mahfuz itu mendapat reaksi berbeza daripada pelbagai pihak dan menyifatkan Naib Presiden PAS itu cuba mengajar Nik Aziz dalam isu berkenaan.

Cadangan itu juga dilihat sebagai satu tekanan baru kepada Ariffahmi dan Nik Aziz.

Mahfuz berkata beliau tidak mahu melihat Nik Aziz terus dikecam kerana ia bukan saja mencemarkan imej Menteri Besar itu sebagai seorang Tok Guru, malah secara tidak langsung turut memberi kesan kepada parti.

"Lagi panjang (lama), lagi banyak fitnah dan kecaman. Saya sayang sangat Tok Guru... kecaman kepada Tok Guru akan memberi kesan pada PAS," katanya.

-- BERNAMA Share

Wednesday, December 2, 2009

Kontraktor ambil kesempatan projek PPRT

Bila duit lebih diutamakan dan kurang pengawasan kerja, kontraktor ambil kesempatan.

Ibu tunggal tidak puas kualiti PPRT

1st December, 2009
  • Ibu Tunggal dari Kampung Batu 62, Halogelat, Beaufort antara seorang penerima bantuan Rumah PPRT tidak berpuas hati terhadap kualiti pembinaan rumah PPRT.
“Selepas lima tahun menunggu pembinaan rumah PPRT akhirnya siap tapi bahan binaannya kebanyakan yang tidak berkualiti. Saya belum lagi berpindah ke rumah itu, tetapi ia sudah mula rosak. Saya pernah mengemukakan aduan ke pejabat daerah dan pihak mereka berjanji akan menghantar seorang juruteknik untuk meninjau struktur pembinaan rumah itu tetapi sehingga ke hari ini juruteknik yang dijanjikan belum lagi turun padang.”
Beliau turut memberitahu atap yang digunakan dalam pembinaan rumah PPRT itu sepatutnya atap keras namun melihat kepada atap rumah yang dibina itu hanya menggunakan zink yang lembut, nipis dan mudah rosak.
“Dinding dan lantai rumah ini sepatutnya menggunakan papan tetapi mereka hanya menggunakan papan lapis yang nipis dan sekarang papan lapis berkenaan sudah merekah manakala catnya pun sudah terkupas,” adunya.
Tambah beliau lagi “simen dibina di sekeliling setiap tiang rumah, seolah-olah tiang itu “berkasut” atau “kancing” yang bertujuan untuk mengelakkan rumah terturun ke dalam tanah tetapi apabila dikorek di dalam tanah, didapati tiang itu sebenarnya tidak ada kasut. Apalah makna atau fungsinya simen yang dibina di sekeliling tiang itu?, ” katanya.
Ibu tunggal ini juga mendakwa bahawa gelagar rumah untuk lantai rumah juga tidak cukup panjang dan dipasang blok kayu penahan sahaja, pengadu bimbang rumah berkenaan tidak mampu menampung muatan jika terdapat ramai orang di dalam rumah berkenaan.
Beliau memohon supaya pihak bertanggungjawab tampil memberikan penjelasan berkaitan piawaian pembinaan rumah PPRT dan peruntukkan yang ditawarkan bagi sebuah rumah PPRT.


Sumber: Sabah Times

p/s:
Kenapa pihak berwajib tidak sentiasa memantau keadaan ini atau ada agenda yang di sembunyikan atau ambil tak kisah. Bila hal seperti inin berlaku barulah kelam kabut mencari pihak yang akan dipersalahkan kerana tidak mahu terkena batang hidung sendiri.. Share

Entri-Entri terkini