Pada 22 Dec 2009 Kawan saya ini dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya di Terusan untuk bercuti Krismas ke kampungnya di Tambunan. Seawal pagi mereka bertolak dari Terusan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.
Apabila beliau sampai ke SMK Matupang, di depannya ialah sebuah kenderaan Jeep yang dipandu antara 80km/j dan 90km/j. Beliau mengambil keputusan untuk menurut sahaja di belakangnya kerana dia rasakan yang ianya da cukup laju.
Ceritanya...
Bila sampai di kawasan kampung Kinorotuan, tiba-tiba kereta itu dipandu seperti oleh kenderaan yang dipandu oleh orang mabuk. Beliau memberitahu kawannya yang kemungkinan pemandunya tertidur dan segera membunyikan hon keretanya berulangkali. Ini kerana sebuah kereta jenis Prado sedang datang dari arah bertentangan. Malang tidak berbau, Jeep tersebut merempuh Prado yang datang dari depan pada kelajuan 80km/j. Ini menyebabkan jeep tersebut terangkat dan terbakar.
Kawan saya cuba memberikan pertolongan dan ingin menarik pemandu dan penumpang jeep dari kereta mereka tapi gagal kerana minyak menyebabkan api marak dengan cepat. Semua 3 orang dari kereta prado sempat keluar dan hanya dapat mengambil barang-barang mereka yang penting. Pemandu dan penumpang Prado diselamatkan oleh 'air-bag' pada kereta mereka. Kedua-dua penumpang dan pemandu Jeep mati di tempat kejadian.
Kira-kira 20 minit kemudian pasukan bomba tiba dan bersedia untuk memadamkan api yang masih menyala di Prado. Tapi yang menjadi kekesalan ialah bila pihak bomba memancutkan air, astagah.... Macam kencing budak-budak ja. @ lebih jelas macam air paip di kamar-kamar mandi ja. Jadi keretapun terus terbakar.
Dan yang lebih dasyhat lagi ialah....
Bila kawan saya ini tiba di Ranau barulah kedengaran siren kecemasan dari polis dan ambulans.. Bayangkan dia sudah jammed tadi di tempat kemalangan dan masih sempat sampai di Ranau barulah tindakan di ambil oleh mereka... Memanglah Kinorotuan dan Ranau tidak jauh tapi masa yang diambil untuk bertindak tidak masuk akal
Jadi...
Kita semua jadikan ini pengalaman dan pengajaran agar semua dapat memperbaiki khidmatnya...
Share
1 comment:
kesian nya mangsa2 tu...
Post a Comment