Tempoh 2 jam ini adalah kisah yang saya alami dari jam 2pm hingga 4 pm pada sabtu 6hb Februari 2010.
Jam 2-2.15pm.
Perjalanan memandu kereta berjalan dengan aman dan tiada apa-apa yang tidak menyenangkan berlaku. Segalanya berjalan dengan lancar. Saya memandu dengan kelajuan 80-90km/j dan dalam keadan sangat selesa kerana kenderaan kurang di atas jalan pada hari ini.
Jam 2.15-2.30 pm.
Jam 2.18pm saya terlanggar seekor burung 'wak-wak'. Burung itu terberak di cermin kereta saya dan saya jangka ia akan mati berdasarkan bunyi hantukan pada cermin kereta. Kesian burung itu kerana mati dalam keadaan begitu.
Jam 2.30-3pm.
Saya memandu di belakang sebuah lori tanker dan di antara kami ialah sebuah kereta jenis my-vi. Mau memotong agak susah kerana lori itu di pandu dengan agak laju juga dan jalan sedikit bengkang-bengkok. Jam 2.50pm saya dikejutkan dengan satu benda hitam yang terpelanting di depan lori ke arah sisi jalan. Myvi di depan saya juga melanggar benda tersebut yang sebesar bola takraw..kesian ianya seekor anak anjing berwarna hitam. Hancur berderai badan anak anjing tersebut. Saya dapat mengelak dari melanggar bangkai tersebut.
Jam 3-4.00pm.
Inilah yang paling membosankan saya. 3 buah lori berbaris di depan dengan lebih kurang 10 kenderaan lain di antara kami. Semuanya ciput-ciput... Saya terperangkap dalm kesesakan jalan raya selama 1 jam. Pemanduan dengan kelajuan hanya 40-50km/j memang amat membosankan..
Inilah kisah 2 jam saya ni hari..
Hanya kesabaran yang lebih baik..
Share