CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Showing posts with label KISAH 2 JAM. Show all posts
Showing posts with label KISAH 2 JAM. Show all posts

Thursday, April 22, 2010

Kisah 2 jam saya (6)

Episod terakhir kisah 2 jam saya..

Tiada yang menarik jika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya.. Nasiblah cuaca tidak panas, jadi biarpun hujan membawa masalah tetapi ada juga kebaikannya. Selepas itu aku melalui kampung Nalapak dan tiada yang menarik. Cuma yang menarik perhatian aku ialah Tagal di Kampung Luanti, berhampiran dengan jalan masuk ke Sabah Tea...

Tempat ini agak menarik dengankisah ikan peliharaan di sungai tersebut yang akan datang mengurut-urut kaki orang yang meletakkan kakinya dalam air sungai tersebut.. Orang cakap 'foot massage' di sini agak terkenal sehinggakan orang Eropah juga akan datang berkunjung ke sini. Aku tidak pernahlah berurut dengan ikan-ikan tersebut tetapi aku rasa memang ok la kerana mustahil orang akan datang dari pelusuk tempat ke situ jika tiada kebenarannya.

Aku rasa kisah 2 jam aku berakhir bila aku sampai ke Ranau pada jam 2.45pm. Sebenarnya bukan lagi kisah 2 jam tetapi 2 jam 25 minit disebabkan oleh masalah-masalah di jalan tadi seperti hujan dan kesesakan jalan raya. Apapun aku gembira kerana semuanya selamat.....



Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
Bookmark and Share
Share

Wednesday, April 21, 2010

Kisah 2 jam saya (5)

Kisah 2 jam ini aku teruskan lagi. Perjalanan selepas pekan Telupid lebih teruk. Oleh sebab masih banyak kawasan hutan di sepanjang perjalanan dari pekan Telupid ke Ranau maka tidak hairanlah jika hujan turun, embun senang terbentuk. Adalah sangat tidak selesa memandu dengan pandangan yang amat terhad. Sudahlah tu pergerakan kenderaan di hadapan amat perlahan. sekitar 50kmsj saja.


Lihat saja meter kereta? Memang 50kmsj ja. Punyalah bosan bila mengekori kereta pada kelajuan ini pada jarak perjalanan yang agak jauh?? Bosan..

Sepanjang perjalanan aku dapat lihat beberapa tempat di mana jalan mengalami kerosakan yang agak teruk. Bukan yang baru rosak semalam tetapi yang telah rosak sejak sekian lama. Walaupun ada usaha untuk membaikinya tetapi ianya amat perlahan. Belum sempat dibaiki, sudah rosak balik.



Gambar photo yang aku ambil kurang elok kerana masih hujan. Tetapi memang itulah yang sedang yang berlaku di sepanjang jalan ini..

Kisah akan ku sambung lagi nanti...

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
Bookmark and Share
Share

Tuesday, April 20, 2010

Kisah 2 jam saya (4)

Kisah 2 jam saya lagi aku sambung lagi..

Di atas itu ialah gambar pekan Telupid... Pekan ala-ala Koboi.. Memang kerana biarpun kemudahan untuk mendapatkan makanan agak senang tetapi Pekan Telupid ini tiada satu pun bank... Jadi tiada sebarang pengeluaran atau pemasukan wang di pekan ini..

Selepas itu aku mengekori sebuah bas besar di depan yang agak laju. Jadi tiada kesesakan yang agak aku khuatiri. Syukurlah...


Tetapi penantian aku tidak lama. Selepas berjaya memintas bas tersebut aku terperangkap dalam kesesakan jalan raya sekitar 9 buah kereta... Adusssssss.
Agak susah untuk memotong kerana kenderaan bergerak amat perlahan dan lagipun hujan yang turun membataskan pandangan...


Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.

Bookmark and Share
Share

Monday, April 19, 2010

Kisah 2 jam saya (3)

Salam,

....Sambungan kisah 2 jam aku..
Setelah melalui kawasan kilang sapi aku meneruskan perjalanan dan melalui kawasan simpang Sapi 2 Estate. Selalunya ada lah 2 @ 3 kenderaan yang mengangkut buah yang melalui kawasan simpang ini.


Nun jauh di hujung sana mendung sudah mula kelihatan.Aku dapat rasakan yang tidak lama lagi hujan akan turun. Harap-harap tidaklah lebat sangat kerana ianya akan menyusahkan pemanduan aku yang masih jauh perjalanan. Di sebelah kanan jalan hutan simpan Sapi dapat kelihatan..


Hutan ini tidak seberapa kerana ianya hanya kelas 3. Kayu balaknya pun sudah lama orang ambil kerana kalau dilihat pada kayu yang ada sekarang, semuanya yang kecil-kecil sahaja. Sangkaan saya dulu kawasan ini ada 'payau' tapi saya rasa kawasan ini sentiasa dikunjungi oleh pelawat2 yang bersenjata..

Lebih kurang 14 minit perjalanan aku telah sampai ke simpang sandakan-KK. Ke kiri ialah ke Sandakan dan ke kanan ialah ke Kota Kinabalu


Selesai sahaja melalui simpang Sandakan - KK itu, aku menghala jalan ke KK kerana kalau hendak ke Ranau, mestilah melalui jalan ini. Di tepi jalan ke KK ini di hutan simpan Sapi ini ada rest shelter yang mana shelter ini sentiasa ada pengunjungnya pada waktu siang.

Aku meneruskan perjalanan dan aku dapat lihat yang Ranau ialah 132km jauhnya dari sini. Lebih kurang 1 jam 45 minit lagi perjalanan. Telupid cuma 33 km saja lagi dan bolehlah sampai dalam masa 45 minit.



Aku punya perjalanan maintain 80-90 kmsj. Kira oklah... Tiada apa juga yang hendak dikejar.

...Bersambung..

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
Bookmark and Share
Share

Sunday, April 18, 2010

Kisah 2 jam saya (2)

Hari ini aku ingin berkongsi sesuatu yang ada sekarang dan saya rasa perlu kita semua tahu. Di dalam cerita ini juga aku selitkan kisah yang aku alami dalam 2 jam balik kampung dari Ladang Terusan ke Pekan Ranau, Sabah.. Saya punya hometown.
Kisah kali ini agak panjang sedikit dan aku akan mencoretkannya dalam beberapa entri. Coretan saya kali ini lebih detail untuk entri kisah 2 jam aku.

Ok kisahnya bermula dari jam 12.20 di mana aku memulakan perjalanan pulang ke Ranau. Yang pertama melintas dalam pandanganku ialah aku perasan yang kiri dan kanan aku ialah kebun kelapa sawit yang terbentang luas.. Maksudnya tu, banyak kawasan hutan yang telah di tebang untuk projek penanaman kelapa sawit ini..

Tapi masih ada juga hutan simpan yang agak bagus kualitinya iaitu Hutan Simpan Bidu-Bidu. Kalau di tengok dari kayu-kayu yang ada di tepi jalan yang terletak di hutan simpan itu, kayu-kayunya memang besar. Dan Hutan Simpan ini memang di klasifikasikan sebagai kelas 1. Tidak taulah kalau di tepinya saja yang belum terusik, di dalam kayu balak dah habis...

Tengok gambar di kiri, kiri-kanan pokok kelapa sawit.

Aku meneruskan lagi perjalanan sehingga ke Sapi Estate. Gambar yang ada pagar di kiri dan kanan di bawah ialah Jambatan Sungai Ulu Sapi. 

Ini baru 9 minit perjalanan. Masih jauh lagi 2 jam tu. :-). Ingat mau singgah makan di restoran kafi tadi tapi tidak apalah, masih boleh bertahan sampai di Ranau nanti. Lagipunaku sibuk menggambar untuk entri blog kali ini. Hampir sampai di Sapi Estate sekarang @ 12 minit perjalanan, di kanan jalan kita boleh lihat SMK Ulu Sapi yang dalam proses pengubahsuaian. Ini ialah projek Barisan Nasional yang baru di situ.

Cuma yang tidak berapa menyenangkan dalam projek ini ialah ada bangunan yang baru betul di bina beberapa tahun lepas terpaksa di robohkan kerana 'mau kasi betul alignment untuk bangunan baru'. Tapi kenapa dulu tidak dirancang bagus-bagus oleh perancang 2 kerajaan. Mungkin bagus juga kalau banyak projek.. untuk kontraktor2 BN juga ba tu...
 
Coretan akan bersambung...

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
Bookmark and Share
Share

Saturday, February 6, 2010

2 JAM KISAH SAYA NI HARI

Tempoh 2 jam ini adalah kisah yang saya alami dari jam 2pm hingga 4 pm pada sabtu 6hb Februari 2010.

Jam 2-2.15pm.

Perjalanan memandu kereta berjalan dengan aman dan tiada apa-apa yang tidak menyenangkan berlaku. Segalanya berjalan dengan lancar. Saya memandu dengan kelajuan 80-90km/j dan dalam keadan sangat selesa kerana kenderaan kurang di atas jalan pada hari ini.

Jam 2.15-2.30 pm.

Jam 2.18pm saya terlanggar seekor burung 'wak-wak'. Burung itu terberak di cermin kereta saya dan saya jangka ia akan mati berdasarkan bunyi hantukan pada cermin kereta. Kesian burung itu kerana mati dalam keadaan begitu.
Jam 2.30-3pm.

Saya memandu di belakang sebuah lori tanker dan di antara kami ialah sebuah kereta jenis my-vi. Mau memotong agak susah kerana lori itu di pandu dengan agak laju juga dan jalan sedikit bengkang-bengkok. Jam 2.50pm saya dikejutkan dengan satu benda hitam yang terpelanting di depan lori ke arah sisi jalan. Myvi di depan saya juga melanggar benda tersebut yang sebesar bola takraw..kesian ianya seekor anak anjing berwarna hitam. Hancur berderai badan anak anjing tersebut. Saya dapat mengelak dari melanggar bangkai tersebut.

Jam 3-4.00pm.

Inilah yang paling membosankan saya. 3 buah lori berbaris di depan dengan lebih kurang 10 kenderaan lain di antara kami. Semuanya ciput-ciput... Saya terperangkap dalm kesesakan jalan raya selama 1 jam. Pemanduan dengan kelajuan hanya 40-50km/j memang amat membosankan..

Inilah kisah 2 jam saya ni hari..

Hanya kesabaran yang lebih baik..
Share

Entri-Entri terkini