CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Wednesday, March 24, 2010

Enam maut terhidu gas beracun ketika baiki tangki loji rawatan air di Beaufort

KOTA KINABALU:
23rd March, 2010
 
Enam pekerja warga Filipina maut selepas dipercayai terhidu gas beracun ketika mereka sedang membaiki tangki air di loji rawatan air di Kampung Lawa, Beaufort, kira-kira 120km dari sini, malam Ahad.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Khairuddin Drahman berkata keenam-enam lelaki terbabit yang berbangsa Suluk dikenali sebagai Wahab, 30, Mus, 25, Ajin, 20, Ramujil, 18, Anuar, 17 dan Baisal, 16.
Katanya, Balai Bomba dan Penyelamat Beaufort menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada kira-kira 7.43 malam dan menurutnya pekerja terbabit dikatakan masuk ke loji itu untuk membaiki tangki air berkenaan pada kira-kira 2 petang.
Sebaik tiba di tempat kejadian, anggota bomba mendapati kesemua mangsa terperangkap di dalam tangki berukuran lima meter panjang, lima meter lebar dan sedalam enam meter, katanya kepada pemberita di Pejabat Bomba dan Penyelamat Sembulan, dekat sini, kelmarin.
Khairuddin berkata mangsa pertama berjaya dikeluarkan pada pukul 11.05 malam manakala mangsa terakhir ditemui pada kira-kira 12 tengah malam, dan kesemua mereka dihantar ke Hospital Beaufort untuk bedah siasat.
Beliau berkata pihak bomba percaya mangsa mati akibat terhidu gas beracun yang terhasil daripada asap yang dikeluarkan set penjana elektrik yang digunakan oleh pekerja di dalam tangki berkenaan.

Sumber:
Sabah Times

Keselamatan harus dititikberatkan dalam apa juga jenis kerja.
Share

Entri-Entri terkini