CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Wednesday, March 24, 2010

Malang tidak berbau..utamakan keselamatan anda


Walau di mana juga kita berada utamakan keselamatan kerana malang tidak berbau. Jika kita alpa sedikit maka apa-apa pun boleh berlaku. Inilah yang berlaku kepada kawan saya yang menurutnya tertidur semasa memandu kereta ketika ingin pulang ke tempat kerja dari kampungnya. Oleh kerana tertidur, van yang dipandunya telah melanggar sebatang pokok kelapa sawit secara berdepan. Kejadian berlaku pada waktu malam dan mujurlah beliau hanya cedera ringan.

Kalau di lihat pada kerosakan vannya beliau dikira amat bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan teruk di kaki. Nasib baik tiada penumpang kerana jika ada kecederaan yang lebih teruk mungkin berlaku.

Seluruh bahagian kaki penumpang terlekat. Jika ada penumpang pasti kakinya akan mengalami kecederaan teruk. Share

Entri-Entri terkini