CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Monday, March 15, 2010

Kolej swasta tidak bermutu!!

Kuala Lumpur.
13 Mac 2010.

Kementerian Pendidikan hari ini dalam kenyataannya akan mengadakan siasatan terperinci terhadap kualiti yang ditawarkan oleh kolej-kolej swasta dan juga institusi-institusi pengajian tinggi swasta tempatan. Ketuanya Dato Saripuddin mengatakan terdapat lebih 300 kolej seperti itu di seluruh negara yang menawarkan berbagai-bagai jenis kursus dan bidang.

Siasatan akan dilakukan samada kursus yang ditawarkan menepeti kehendak MQA ataupun tidak. Kolej swasta haruslah mendapatkan pengiktirafan dari MQA itu sendiri untuk menjamin kualiti kursus yang ditawarkan. Kolej yang tidak menepati garis panduan ini akan diambil tindakan.

Datuk Saripudin dalam kenyataannya semalam

Kolej swasta seharusnya memohon atau mendapat pengiktirafan MQA terlebih dahulu sebelum menawarkan sebarang kursus tertentu. Jika kursus yang ditawarkan tidak diiktiraf, banyak implikasinya kepada pelajar yang memasuki institusi itu nanti. Yang paling ketara ialah pelajar itu akan sukar mendapat pekerjaan nanti. Semasa belajar bukan main lagi bayaran yuran yang dikenakan tetapi apa yang dapat jika susah untuk mencari kerja? 
Hakikatnya bukan kolej yang menawarkan kerja... Ini yang penting..
Mereka telah dapat apa yang mereka mahu tetapi bekas pelajar yang akan mendapat kesusahan. Selepas itu pihak kolej pun tidak dapat beri apa-apa bantuan..
Share

Entri-Entri terkini