CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Wednesday, March 17, 2010

Kisah buah dan pokok pisang..

Buah pisang adalah salah satu buah yang terkenal di seluruh dunia. Kita boleh melihat ini di mana-mana. Di restoran-restoran, kedai-kedai, pasaraya dan sebagainya malah kalau kita menonton pertandingan sukan antarabangsa seperti tenis dan golf kita akan dapati mereka para pemain juga akan memulihkan dan menyegarkan tenaga mereka dengan memakan buah pisang.

Asal usul buah pisang dikatakan berasal dari kawasan Malaysia yang mana pelayar-pelayar terdahulu memanggilnya 'buddist palli' yang kemudiannya di di bawa oleh mereka ke Barat. Lebih kurang 50 tahun seterusnya pokok pisang ini di bawa oleh pelayar ke India, Madgascar dan negara Barat lain. 350 tahun kemudian benihnya yang pertama tiba di Amerika Syarikat. Perhambaan yang menjadi kebiasaan pada zaman penjajah menjadi satu agen kepada penyebaran benih pisang ini. Hamba-hamba membawa  benih ke merata dunia.

Kini ada negara yang menjadi pengeksport pisang di dunia iaitu negara Republik of Ireland. Filipina menjadi pengeksport terbesar di Asia tenggara. Nilai eksport yang berjuta-juta menjadi salah satu sumber pendapatan negara tersebut. Walaupun pada asalnya negara Malaysia adalah tempat pisang dijumpai tetapi sekarang Malaysia terpaksa menjadi pengimport pisang untuk memenuhi permintaan tempatannya. Share

1 comment:

Anonymous said...

Sesiapa berminat untuk dapatkan bekalan pisang,saya ada 20ribu pokok untuk di tuai pada bulan November 2010 ini..sila hubungi saya di 017-2534457 / 019-3910937 (En.Haris)..saya adalah direct owner..

Entri-Entri terkini