Google+ Followers

CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Friday, May 14, 2010

Budak sekolah menghidupkan semula muzik lama? Seni warisan yang mungkin lupus di telan zaman



Kebanyakan anak-anak muda sekarang apabila keluar mencari hiburan majoritinya akan menjurus ke arah muzik yang lebih mudah dan simple seperti gitar, piano, keyboard dan sebagainya. Kalau tidakpun mereka akan mendapatkan muzik yang sudah siap dalam bentuk MP3, MP4, CD, Kaset dan sebagainya. Amat jarang kita mendengar cerita anak-anak muda yang suka bermain alat muzik tradisional....

Berlainan kisahnya di Kampung Waang Ranau, Sabah... di mana sekumpulan anak-anak yang masih bersekolah rendah membuat satu kumpulan muzik yang mana mereka bermain gong secara bersama. Satu kumpulan gong biasanya terdiri daripada 6 buah gong yang akan dimainkan dalam satu irama yang dicipta agar semua gong itu memainkan peranaan dalam bunyi irama yang dihasilkan..Andaikata salah satu gong tidak dimainkan maka pincanglah bunyi yang dihasilkan...


Kumpulan ini telah menjalani latihan bersama-sama dengan dibimbing oleh orang tua yang tahu bunyi-bunyian tradisional alat tersebut. 

Bagi masyarakat kadazan-Dusun-Murut, biasanya majlis-majlis keramaian di sini akan disertai dengan bunyi-bunyi gong terutamanya untuk mengiringi tarian sumazau secara tradisional. Ini perlu kerana bagi golongan 'emas' atau orang yang sudah berusia, mereka lebih menggemari bunyi gong-gong ini berbanding bunyi muzik moden. Kebiasaannya di Ranau ada 3-5 jenis bunyi gong yang diperdengarkan...

Saya sendiri hanya pandai bermain gong 1,2 dan 3.. yang lain-lain belum belajar...hehe. Budak-budak ini biasanya akan di sewa persembahan mereka pada kadar rm50 sahaja dalam satu majlis.. 

Aku merasa bangga dengan adanya alat muzik seperti ini yang saya tahu jarang terdapat ditempat lain.. Selain digunakan dalam majlis-majlis keramaian perkhawinan, alat-alat seperti ini juga digunakan dalam persembahan pada sambutan Tadau Kaamatan iaitu salah satu perayaan besar bagi orang KDM(kadazanDusunMurut)..
 

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.


Bookmark and Share
Posted by Picasa
Share

2 comments:

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

salam pagi jumaat iddin

tq atas sharing info nie,,
aktif yer ahli kampung di tempat iddin..doakan sis sampai ke kampung iddin satu hari nanti

sis mahu naik `belon`...kikikiki

iddinm said...

Siti Ruhayu...

Iddin tinggal di Sabah..x pki 'naik belon'-Tu sarawak.. anyway thank for the comment.. Sebenarnya cerita yang saya cuba bawakan ialah dari kg berhampiran cuma saya juga dahulu membesar di situ. Jadi serba sedikit saya tahu juga.. Siti dialu-alukan datang satu hari nanti... :-)

Entri-Entri terkini