CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Friday, May 14, 2010

REAKSI DATUK SHARIZAT KEPADA CADANGAN UJIAN KEHAMILAN DI PLKN..

Kuala Lumpur;

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan masyarakat Datuk Seri Sharizat Abdul jalil pada rabu berkata kementriannya membantah cadangan diadakan ujian kehamilan sebagai keperluan bagi peserta wanita Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Beliau menegaskan yang perkara dasar di sini adalah mengenai isu privasi. Sebagai gantian beliau mencadangkan kerajaan memperkenalkan modul kesihatan reproduktif dalam kurikulum PLKN.

Dalam perkara lain beliau juga menegaskan yang mengikut undang-undang sedia ada, sebarang prosedur yang membabitkan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun harus mendapat kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga kanak-kanak tersebut sambil menambah yang beliau berasa bimbang dengan kesejahteraan kanak-kanak dan wanita merujuk kepada kes yang berlaku di Pusat latihan PLKN Ovai Papar sabah.

Akibat daripada kes itu Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) mencadangkan agar ujian kehamilan dikenakan ke atas peserta wanita PLKN. Datuk Seri Sharizat menegaskan yang modul Kesihatan reproduktif penting dalam memberikan pengetahuan untuk menjalankan hubungan yang sihat dan mengelakkan kehamilan pada usia muda.

Sehubungan dengan itu pengerusi MLKN  Datuk Dr Tiki Lafe meminta semua ibu bapa agar pemeriksaan kesihatan yang lebih teliti dijalankan ke atas peserta PLKN. Ini kerana katanya kejadian seumpama itu boleh membahayakan nyawa peserta dan kandungannya semasa menjalani latihan di Pusat Latihan PLKN.

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

1 comment:

zalizalu said...

apa laa sebenarnya yang dipikirkan oleh si sarizat ni.. tak paham

Entri-Entri terkini