CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Saturday, June 26, 2010

Yang mana betul ??? Kita tiada jodoh...@ Saya tidak mahu kamu sudah @ aku sudah benci kamu???

Salam,

Mana satu yang betul sebenarnya atau ianya hanya dijadikan alasan yang digunakan untuk melarikan diri dari masalah yang sedang dihadapinya..??

Seringkali bila terjadi perpisahan dalam perhubungan antara dua insan perkataan "kita tiada jodoh" akan menjadi alasan untuk perpisahan.. Apakah ini alasan mudah untuk melindungi segala kejadian di sebalik perpisahan itu atau ada sesuatu hal lain yang cuba diselindungkan agar si empunya diri dapat melepaskan dirinya dari masalah itu? Bagi anda pula bagaimana? Adakah anda percaya pada alasan tiada jodoh dan bagaimana pula pandangan anda?



Bagi saya pula ungkapan kita tiada jodoh itu adalah satu kebenaran jika berpadanan dengan keadaan atau situasi yang berlaku dan bukan digunakan sewenang-wenangnya. Saya berpendapat yang ungkapan kita tiada jodoh itu adalah benar bagi satu perpisahan yang kita sendiri tidak mahu atau jangka akan berlaku. Misalnya ada dua orang yang sangat mencintai antara satu sama lain dan telah merancang untuk berkhawin tidak lama lagi. Tiba-tiba pada satu hari salah satu pasangan telah meninggal dunia akibat sebab-sebab seperti kemalangan dan sebagainya tanpa diduga. Keadaan ini boleh dikelaskan sebagai tiada jodoh kerana bukan perpisahan yang dipinta... Betul tak??

Satu lagi kes ialah di mana satu pasangan yang juga telah mengikat hubungan dan akan merancang untuk berkhawin tidak lama lagi. Pasangan itu telah bergaduh kerana salah seorang dari mereka telah curang dalam hubungan atau melakukan sesuatu kesalahan atau jenayah menyebabkan berlaku perpisahan dan ungkapan kita tiada jodoh terkeluar. tapi dalam kes ini sebenarnya bukan tiada jodoh tetapi ungkapan "aku tidak mahu kamu lagi" yang paling tepat.. Kan ngam tu!!! 

Dia tidak mahu lagi pasangannya kerana telah melakukan sesuatu yang telah melukakan hati dan perasaannya. Jadi dengan contoh yang saya cuba berikan diharapkan ungkapan itu dapat difahami dari sudut yang betul..
 

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
 
Bookmark and Share
Share

Entri-Entri terkini