Dalam 2 bulan ini sahaja sudah hampir 10 ekor kerbau telah dicuri dari ladang-ladang dan mungkin lebih banyak lagi kes yang tidak dilaporkan. Pihak polis telah maklum mengenai keadaan ini dan untuk tidak mencampuri urusan siasatan mereka diharapkan mereka dapat dan berupaya melakukan sesuatu untuk membendung kegiatan pencuri ini yang mungkin memasang orang dalam di ladang-ladang di mana mereka hendak melakukan kegiatan mereka. Mereka dikatakan berurusan dengan beberapa orang dalam ladang untuk memudahkan kegiatan mereka iaitu mereka hanya menunggu diluar berhampiran jalan besar sementara kawan mereka yang kerja di dalam melakukan kerja mereka.
Kita mengharapkan agar pihak polis dapat menyiasat perkara ini hingga ke akar umbi dan seterusnya menyelesaikan perkara ini. Ini pasti akan dapat membantu menguatkan semula keyakinan rakyat dan penduduk tempatan kepada pihak polis yang beberapa bulan ini telah tercalar teruk. lagipun perkara seperti ini lebih baik diselesaikan sebelum merebak kepada barangan lain setelah tiada lagi kerbau yang hendak dicuri.
Orang ramai kebelakangan ini pasti berasa gusar dengan keselamatan barangan dan ternakan mereka kerana setakat ini belum ada tanda-tanda yang pelaku itu dapat ditumpaskan. Mereka cuma dapat menunggu dan berharap sesuatu dapat dilakukan oleh pihak polis..
Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
Share