CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Friday, May 7, 2010

BESARNYA PENGORBANANMU WAHAI IBUKU.. IBULAH SEGALANYA..SELAMAT HARI IBU KEPADA SEMUA IBU2 -9 MEI 2010

Coretan kali ini hanya untuk mengimbas kembali bagaimana kisah permulaan keluarga aku yang sera kekurangan pada masa dahulu. Aku menulis kisah ini untuk berkongsi bagaimana seorang ibu berkorban demi untuk keluarganya yang tercinta....

Tanggal 9 mei setiap tahun merupakan satu tanggal yang istimewa dimana sambutan hari ibu di adakan. Bagi saya tidak perlu merujuk kepada pergorbanan ibu orang lain yang tentunya istimewa juga, begitu banyak berkorban untuk keluarga kami. Ibu telah berkerja keras bersama dengan arwah ayah membesarkan kami yang adik-beradik seramai 8 orang. Dahulu sewaktu ayah masih ada gaji yang arwah perolehi sebanyak rm300 pada tahun 1990 manalah cukup untuk menyara keluarga kami yang agak besar ini. 

Bila semua sudah masuk sekolah dan membesar serentak (julat umur adik-beradik kami amat dekat iaitu 6 orang yang lahir dalam 8 tahun) perbelanjaan sekolah dan yang lainnya agak tinggi dan mendesak kedua ibu bapa aku.. Untuk menampung belanja keluarga ini sewaktu kami ke sekolah ibu mengendung dua orang adikku yang masih kecil untuk berkerja di kebun, membanting tulang menanam apa-apa sahaja asalkan boleh di makan dan juga boleh dijual. Tanpa mengira waktu dan samada sihat atau kurang sihat kerana terpaksa kerja-kerja di kebun mesti diuruskan semuanya hanya kerana membantu ayah dalam menyara keluarga ini... (mula sudah menitis air mataku...sebak). Mujurlah tanah sebidang itu kepunyaan keluargaku tidaklah jauh dari rumah.. Mereka menanam padi, sayur-sayuran dsb. Sebagai anak sulung selepas swaktu ekolah rendah tamat pada waktu tengahari, aku tidak dapat membantu kerja-kerja di kebun pada waktu petang kerana aku terpaksa menjaga adik-adikku yang masih kecil di rumah sementara ibu dan ayah akan berkerja di ladang itu... dengan usaha mereka berdua, keluarga kami tidak pernah kelaparan walaupun hanya cukup2 makan.

Pernah satu kali semasa kecil adik-beradik saya di serang demam serentak 4 orang. Ibu juga kurang sihat waktu itu tetapi terpaksa berjaga malam dan siang demi memastikan semuanya akan ok.. Ibu tidak jemu-jemu mencari jalan supaya adik-adik saya cepat sembuh tanpa mempedulikan keadaan diri sendiri.

Keadaan bertambah rumit apabila aku masuk sekolah menengah dan belanja keluarga pun makin meningkat. Ibuku sentiasa memberikan kami semangat untuk terus belajar kerana katanya kami hanya akan dapat mengubah keadaan keluarga ini melalui pendidikan. Mereka tidak mahu kami menuruti jejak langkah mereka yang sangat susah hidupnya. Berkat dari kecekalan mereka sekarang ini kehidupan keluarga aku bukanlah senang sangat tetapi tidaklah juga terlalu susah. 

Kini ayah telah tiada dan hanya tinggal ibu membimbing kami yang sudah beberapa orang yang telah berkeluarga. Ibu yang kini berusia 59 tahun masih berkerja di kebun dengan katanya hidupnya begitulah. Bukan kami tidak melarangnya berkerja tetapi dia tetap degil. Ibu masih menjalankan segala urusan keluarga termasuklah menguruskan 2 orang adikku yang masih bersekolah dan kami membantunya sedaya yang boleh. Walaupun telah menghadapi kehidupan yang susah tetapi ibu tidak pernah mengalah atau mengeluh dalam menghadapinya dan tidak jemu2 menangani kerenah anak-anaknya yang sedikit nakal. Ibu sentiasa membetulkan dan menasihati kami jika ada sebarang kesilapan yang dilakukan. Walaupun dengan sekolah setakat darjah 6 namun jika dibandingkan dengan semangatnya serta wawasan masa depannya ianya seakan-akan yang ibu seorang yang berpendidikan tinggi dan berpandangan jauh. Kami semua bersyukur kepada tuhan kerana dianugerahkan seorang ibu sepertinya yang juga bertindak sebagai ayah kami masa ini. Itulah ibu yang kami hormati dan kami sayangi.

Seseorang itu hanya merasai bagaimana kerja seorang ibu apabila dia sudah menjadi ibu kepada seorang anak atau beberapa orang anak. Mereka akan tahu bagaimana masa mereka akan sentiasa dipengaruhi oleh karenah anak-anak yang berbagai-bagai.
Saya percaya di luar sana ramai lagi ibu-ibu yang berkorban lebih hebat dari itu dan hanya keluarganya yang merasai sendiri betapa tingginya pengorbanan seorang ibu itu. Hargailah semuanya sementara ibu kalian masih hidup kerana masa tidak akan kembali apabila ibu anda telah tiada...Benarlah ungkapan kasih ibu adalah segala-galanya..

Semoga semua ibu-ibu mendapat kebahagian hidup dan keampunan ke atas segala dosa mereka... Amin

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
Bookmark and Share
Share

2 comments:

Abd Rahim said...

Sayangilah ibu kita masing2...kerana syurga tue ditelapak kaki ibu...

iddinm said...

Betul tu Mr Kamikaze..

Entri-Entri terkini