Biasanya pada 1 Mei setiap tahun semua orang akan bercuti kerana hari itu adalah sambutan hari pekerja di Malaysia. Tetapi berlainan pula dengan pekerja ladang Kelapa Sawit macam kami yang akan mengadakan sambutan dengan semua pekerja ladang dengan program sukan dan perbarisan setiap tahun. Sanbutan pada tahun ini agak meriah dan saya rasa ini adalah sambutan hari pekerja terbaik yang pernah saya alami. mari kita kongsi suasana pada hari itu..
Barisan staff yang berdiri membalas hormat lintas para kontinjen perbarisan
Kontinjen2 yang membuat lintas hormat di depan astaka termasuk pak guard jugak. Berbagai2 persembahan yang para peserta persembahkan di depan astaka mengikut tema tertentu yang memang telah di assign kepada mereka.
Hadiah-hadiah kepada para peserta yang menang dalam pertandingan sukan dan juga kepada pekerja yang telah memenangi anugerah pekerja terbaik dalam bidang masing2. Ada trophy, sijil, jam tangan dan basikal juga.. anugerah Best student pun ada juga kepada anak2 pekerja yang berjaya dalam peperiksaan lepas.
Burung merpati dilepaskan sebagai tanda simbolik perasmian sambutan hari pekerja bagi tahun ini.
Antara acara sukaneka yang dipertandingkan pada hari itu. Jalan @ lari dengan menggunakan galah panjang.. memang best terutamanya apabila wanita yang naik ke atas dan bermain permainan ini..
Acara penyampaian hadiah kepada peserta yang berjaya dalam pertandingan dan juga anugerah pekerja terbaik...
Dan yang paling best pada hari ini ialah pihak milo dan maggi datang untuk memberikan sponsor makanan percuma.. Apa lagi ada pekerja yang mengambil kesempatan makan dan minum beberapa kali kerana ini adalah makanan percuma... Ada yang sanggup tunggu untuk merasa maggi..
Acara sambutan berakhir kira-kira jam 12 pm...
Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
Share