CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Wednesday, May 26, 2010

Fomca mahu subsidi dihapus..Sudahkah Rakyat bersedia menghadapi perkara ini???


Mei 26, 10 4:10pm   

Persekutuan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menggesa kerajaan menghapuskan pelbagai bentuk subsidi memandangkan ia "pembaziran" besar dan tidak memanfaat kumpulan sasaran.
marimuthu interview 260408 fomca logoSetiausaha agungnya, Muhammad Shaani Abdullah, berkata wang yang dijimatkan dari subsidi ini boleh disalurkan kepada projek lebih bermanfaat bagi faedah rakyat.

Beliau menyentuh isu gula sebagai contoh.

"Subsidinya ialah RM3 sebulan berasaskan penggunaan purata tiga kilogram sebulan bagi setiap keluarga. Dengan enam juta keluarga dalam negara, ini menjadikan jumlah RM18 juta sebulan atau RM216 juta setahun, tetapi subsidi itu kini naik melambung ke RM1 bilion setahun.

"Selebihnya adalah pembaziran dalam erti ia disalurkan kepada pekilang besar dan warga asing.

"Pembaziran serupa dikesan pada produk makanan lain dan subsidi minyak," kata beliau.

NONESelain menghapuskan subsidi, katanya, kerajaan hendaklah juga menentukan dana pembangunan digunakan dengan betul dan berkesan.

Cuepacs, bagaimanapun, meminta kerajaan agar berhati-hati bila menghapus subsidi oleh kerana ini menjejas kakitangan awam berpendapatan rendah.

Setiausaha agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin berkata kerajaan perlu menentukan golongan miskin tidak terbeban akibat harga yang tinggi, terutama bahan-bahan keperluan utama.

- Bernama

Sumber: Malaysiakini 
 

Persoalannya ialah adakah rakyat telah bersedia dengan pemansuhan subsidi ini? sudahkah dikaji impaknya kepada masyarakat Malaysia yang rata-ratanya masih berpendapatan rendah? Memang kalau pendapatan perkapita Malaysia agak tinggi tetapi itu pendapatan negara dan bukan pendapatan bagi seseorang rakyat..
Pernahkah anda dengar ungkapan rakyat miskin di negara kaya?

Kalau anda pernah dengar sepatutnya anda tahu setakat mana keadaan rakyat Malaysia yang sebenar..
Kenapa orang Sabah dan Sarawak ramai yang pergi ke Semenanjung malaysia untuk mencari pekerjaan?
Sebabnya ialah kerajaan negeri Sabah gagal menyediakan peluang pekerjaan yang seimbang dengan pendapatan berkerja di Semenanjung malaysia..



Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 
 
Bookmark and Share
Share

1 comment:

Syafrizal said...

mmg haru biru kita nanti
aduhai.. apa nak jadi..
kerajaan dah takde duit
macam2 la dia nak kurangkan
tu la rasuah banyak

Entri-Entri terkini