Google+ Followers

CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Wednesday, May 26, 2010

HABISLAH ANAK CUCU KITA...YB BA'RISAN NASIONAL' DAH CEKUP SEMUA TANAH

Mungkin kisah yang aku tulis ini kurang digemari oleh sesetengah orang. Mungkin ada juga yang akan kata.."mana bukti"? Tapi takkan pokok bergoyang kalau tiada angin yang bertiup..Saya akan tulis coretan ini secara am supaya tidak menyinggung mana-mana pihak. Cukuplah dengan kita mengambil iktibar dari cerita ini dan perlahan-lahan kita akan mengetahui akan kebenarannya..

Beberapa bulan lalu ada kejadian di mana sekumpulan penduduk beberapa kampung telah mengangkat senjata mereka melarang tanah bekas hutan simpan dibuka untuk tujuan penanaman kelapa sawit.. Kenapa mereka begitu marah sehinggakan mereka sanggup mengangkat senjata (parang-pisau sahaja)? 

Ceritanya begini... Penduduk kampung sebenarnya telah pernah memohon kepada kerajaan untuk mendapatkan hak milik tanah tersebut. malangnya permohonan mereka ditolak kerana dengan berbagai-bagai alasan. Tapi baru-baru ini ada syarikat swasta telah menghantar segala mesin mereka untuk membuka ladang kelapa sawit di tanah berkenaan.. Setelah diperiksa..syarikat berkenaan salah satu yang berkepentingan ialah orang kuat Barisan Nasional... Mana tidak mengamuk orang kampung.. Nampak betul ada sesuatu yang tidak kena di sini..

Saya rasa ini bukanlah kes tunggal yang berkaitan dengan hak pemilikan tanah. Tapi kalau dah pandai buat tu mestilah pandai juga sembunyikannya. Pernah juga saya terdengar orang cakap yang ada YB yang langsung tiada keluarga di sesuatu tempat tu boleh ada tanah di sana? Mungkin di beli dari kenalannya? tidak mungkin...Tapi begitulah adat sekarang...Siapa yang berkuasa maka dia akan memiliki kelebihan..

Buka dari segi pemilikan tanah sahaja tetapi pemilikan kontrak juga.. Ada kerja kontraktor yang kalau dikira dari segi kualiti memang langsung tidak mematuhi syarat-syarat pembinaan tetapi oleh kerana dia adalah kroni-kroni BN maka apa yang dibuatnyapun betul..

Anda lihat, tengok dan dengar2lah apa yang berlaku disekitar anda..mungkin kejadian seperti ini juga sedang berlaku tapi mungkin tiada apa yang kita boleh lakukan.. Cuma dengar dan berhati-hati dengan segala yang berlaku.. 

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 


Bookmark and Share
Share

2 comments:

Syafrizal said...

baguslah kalau dah sedar tentang perkara ini.. tapi pada sapa2 yang cakap aku tak suka politik, politik ni teruk..

sampai bila nak biarkan... nanti Allah akan tanya setiap orang Islam.. apa awak buat masa awak hidup? berblogging? tunggu duit dari pengiklan? sibuk dengan blogwalking? kenapa tak tegur orang yang melakukan kezaliman seperti di atas tu..

iddinm said...

Nabi pernah bersabda,
Tegurlah dengan perlakuan, atau dengan perkataan atau selemah-lemah iman dalam hati tidak suka akan perbuatan orang tu

Entri-Entri terkini