Kisah yang aku paparkan ini adalah kisah yang benar-benar terjadi yang saya saksikan kerana ianya berlaku dekat dengan saya dan diharapkan daripada cerita ini kita semua dapat mengambil iktibar atau pengajaran daripadanya... Bagaimanapun tempat dan pelakunya saya cuba olah secara am agar tidak menyinggung mana-mana pihak.. Nanti orang katakan pula saya ini penyibuk... Saya panggil dia 'awek' sajalah.
Dahulu di satu tempat kerja ada seorang awek muda, cantik dan bergaya telah datang memohon kerja di situ dan berjaya dalam permohonannya sebagai kerani biasa. Kalau dilihat dari segi tingkahlakunya maka kita tidak akan menjangka yang dia ada kelakuan seperti itu.. Selang beberapa bulan kerja (sebenarnya baru beberapa minggu kerja) sudah kedengaran desas-desus yang awek ini mula menjalin hubungan dengan beberapa lelaki di situ. Ini tidaklah menjadi masalah kerana biasalah hubungan antara lelaki dan perempuan? Normalkan..
Yang kurang enaknya di dengar ialah awek ini bolehlah tahan minum minuman keras dan seringkali kelihatan mabuk apabila di luar kerja..Ini tidak menjadi masalah kerana itu adalah haknya sendiri asalkan tidak menggangu orang lain. Orang sekeliling pun tidak ambil kisah tentang kelakuan beliau cuma cerita di belakang sana-sini saja la. Cuma yang tidak ok nya ialah munculnya desas-desus yang mengatakan awek ini ada kelakuan sumbang dengan beberapa lelaki walaupun tidak dapat dibuktikan.
Satu hari kami semua dikejutkan oleh berita yang beliau akan bertunang dengan seseorang lelaki di situ. tapi baguslah juga agar berita2 yang kurang elok itu akan berkurangan. Kalau dikira-kira lelaki ini beruntung kerana awek ini seperti yang saya katakan agak cantik... Maklumlah lelaki ini sebenarnya tangannya telah putus beberapa jari akibat kemalangan di tempat kerjanya.. jadi kira untunglah juga dia..
Lelaki ini telah mendapat rm25000 sebagai pampasan dari kemalangan yang telah menimpanya. Jadi apabila beliau telah menerima wang itu tanpa sangkaan apa2, beliau telah menyerahkan wang itu kepada tunangnya iaitu awek tadi untuk disimpan dan digunakan dalam perkhawinan mereka nanti. Berita yang paling mengejutkan ialah awek ini sebaik sahaja menerima wang itu beberapa hari kemudian telah menghilangkan diri entah ke mana siapapun tidak tahu termasuk keluarganya sendirinya. Maksudnya awek ini telah membawa lari wang itu sekali.. Apa lagi setengah gila si kawan, sudahlah jarinya da tak ada, duit dan tunang pula lesap entah ke mana..
Jadi hati2 dengan sesiapa sahaja...agar kejadian seperti ini tidak berlaku ke atas kita...
Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
Share
7 comments:
ada juga org yg mcm nie...mengambil kesempatan pd mereka yg lemah...
Jahat betul, kenapalah ada jugak yang macam itu? Bila dah kena batang idung sendiri baru nak menempel kat orang. Bila senang, pijak kepala dan khianat. Harus tak di maafkan :x
http://akuismailnoh.blogspot.com/
kejam betul minah tu.
Memang ada awek macam tu.. Bila ada peluang mau menempel..di situlah dia ambil kesempatan. kesian mamat tu... Rugi dua kali pla tu..
ishhh jahat gilaaa!
dah ah amek duitt orangg yang kurangg upaya!!
gilllaaa betoll. hesh!
lepas nih mintak berhati2 lah dgn pompuan2 yang macam nihhh.
macam-macam ada ni din sekarang rupa yang cantik tidak mencerminkan budi pekerti yang mulia....
perempuan cantik suka ambil kesempatan!
Post a Comment