Tawau:
Selasa, Seorang lelaki Indonesia Minggu France 29 tahun dikenakan penjara 20 tahun dan 10 kali sebatan oleh mahkamah seksyen atas kesalahan merogol 2 beradik tahun lepas.
Minggu France mengaku bersalah di hadapan Hakim Egusra Ali malakukan kedua-dua kesalahan di rumah setinggan di kampung Airport Lama pada 11 Jun 2009 antara jam 3 dan 4 petang.
Untuk pertuduhan pertama, Minggu dipenjara 5 tahun dan sebat 5 kali kerana merogol gadis berumur 14 tahun dan 15 tahun penjara dan sebatan 5 kali kerana kesalahan merogol adik mangsa pertama yang berumur 11 tahun dan menjalani hukuman itu secara berasingan.
Menurut timbalan Pendakwaraya, Minggu yang merupakan jiran kepada mangsa merogol mangsa ketika ibu bapa mereka tidak berada di rumah dan kejadian itu berlaku lebih dari sekali. Minggu dilaporkan memberi setiap mangsa antara rm4 dan rm5 seorang setiap kali selepas merogol mereka.
Mohd. Hanafi berkata Minggu oleh polis pada jam 9.30 malam pada 16 Jun 2009 di jalan Tanjung Batu berikutan aduan bapa mangsa..
Minggu didakwa di bawah Seksyen 376 (2)(d) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan...
Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.