CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Wednesday, May 12, 2010

Pelatih PLKN lahirkan anak dalam tandas..

Papar..

Kem Latihan Khidmat Negara Ovai dikejutkan dengan seorang pesertanya melahirkan seorang bayi lelaki di dalam tandas kelmarin. Peserta PLKN itu yang berasal dari Keningau Sabah melahirkan seorang bayi lelaki seberat 2.63 kg pada jam 2.30 pagi.

"Rakan-rakan pelatih itu mendengar tangisan bayi dari dalam tandas dan apabila mereka datang memeriksa, mereka telah menemui darah serta bayi yang masih bertali pusat" kata Ketua Polis Daerah DSP Nek Zaidi Zakaria.

Apabila disiasat pelatih itu dikatakan telah terlanjur dengan teman lelakinya yang berusia 20 tahun. Jurulatih-jurulatih PLKN di situ tidak menyedari yang pelatih itu sedang mengandung kata Nek Zaidi lagi.

Bayi dan ibunya telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut dan bayi lelakinya dikatakan dalam keadaan baik.

Sehubungan dengan itu beliau mengharapkan agar ujian kehamilan dilakukan ke atas peserta wanita bagi memastikan kejadian seperti ini tidak berulang semula. Ianya penting kerana banyak aktiviti lasak yang dilakukan oleh peserta semasa berada dalam kem dan ini akan membahayakan nyawa serta kandungan.

Olahan dari:
Daily Ekspress 12 Mei 2010 

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.

Bookmark and Share
Share

Entri-Entri terkini