Apabila melakukan sesuatu adakah anda membuatnya dengan bersungguh-sungguh dan penuh semangat serta tekad untuk melakukannya. Untuk mencapai satu kejayaan dan kepuasan dalam setiap apa yang kita lakukan maka segala usaha harus ditumpukan ke arah mencapai matlamat tersebut.
Bila kita melakukan sesuatu hanya dengan sifat acuh tak acuh maka hasil yang kita perolehi juga tidak akan mencapai tahap yang tinggi.. Sama juga kesnya dengan aktiviti bersukan.. Jika kita tidak ambil peduli atau amalkan malas dalam melakukan sesuatu untuk improve pencapaian kita maka tiada kejayaan yang akan datang dengan begitu saja.
Lihat saja pemain ragbi di atas.. begitu berusaha keras sampai terlondeh seluarpun dia tidak peduli asalkan bola itu masih dalam gengamannya.. Begitulah kalau komitmen anda terhadap permainan sangat tinggi..
Jadi bila melakukan sesuatu maka biarlah bersungguh-sungguh dan cuba mencapai satu pencapaian yang terbaik agar kita merasa puas apabila kejayaan itu sudah berada dalam gengaman...
Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
Share