Apabila melakukan sesuatu adakah anda membuatnya dengan bersungguh-sungguh dan penuh semangat serta tekad untuk melakukannya. Untuk mencapai satu kejayaan dan kepuasan dalam setiap apa yang kita lakukan maka segala usaha harus ditumpukan ke arah mencapai matlamat tersebut.
Bila kita melakukan sesuatu hanya dengan sifat acuh tak acuh maka hasil yang kita perolehi juga tidak akan mencapai tahap yang tinggi.. Sama juga kesnya dengan aktiviti bersukan.. Jika kita tidak ambil peduli atau amalkan malas dalam melakukan sesuatu untuk improve pencapaian kita maka tiada kejayaan yang akan datang dengan begitu saja.
Lihat saja pemain ragbi di atas.. begitu berusaha keras sampai terlondeh seluarpun dia tidak peduli asalkan bola itu masih dalam gengamannya.. Begitulah kalau komitmen anda terhadap permainan sangat tinggi..
Jadi bila melakukan sesuatu maka biarlah bersungguh-sungguh dan cuba mencapai satu pencapaian yang terbaik agar kita merasa puas apabila kejayaan itu sudah berada dalam gengaman...
Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
Share
CLICK MY NUFFNANG AD'S
Mari Ramai-Ramai Klik..
Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts
Tuesday, May 18, 2010
Saturday, May 15, 2010
Apa yang Ariffshah, Ben Ashaari dan Dahlia baca di blog aku... Apa yang mereka dapat???
Apa Ben Ashaari dapat kalau dia datang ke blog aku? Banyak tau...Biarpun blog aku tidak seberapa tetapi saya percaya kepada apa yang selalu orang cakap yang mana setiap blog itu mempunyai keistimewaan sendiri..
Saban hari kita selalu melihat kawan-kawan blogger menayangkan peningkatan traffik alexa mereka.. Ada yang sudah masuk dalam top 40, dan macam-macam lagi... Saya sendiripun boleh kata setiap hari melawat blog-blog yang aku rasakan boleh mendapatkan tips berblog... Buat masa ni saya rasa blog Arifshah yang paling sesuai dilawat kalau mahu mendapatkan tip-tip yang berkesan..Blog lain bukan tidak berkesan tetapi blog Ariffshah ni lebih detail dalam menerangkan sesuatu tips cuma kadangkala tip-tipnya tu sangat teknikal dan agak sukar dilakukan atau difahami... Boleh formspring en Ariff kalau mau minta penjelasan lebih lanjut... Tidak jadi masalah kan bro...
Blog-blog lain yang menyebabkan aku melawat blog mereka ialah kerana mereka menyiarkan banyak berita semasa. Biasanya kita boleh juga mendapatkan berita tersebut di akhbar-akhbar tempatan tetapi saya percaya kebanyakan daripada kita agak malas untuk menyelak-nyelak akhbar.. Lagipun dalam akhbar itu ada banyak berita yang dipaparkan dan kadangkala berita yang kita mahu ada di muka surat kedua dan seterusnya... jadi malas untuk ke sana..
Kadang-kadang perkara yang membuatkan aku melihat-lihat ke blog itu ialah kerana ada contest dalam blog tersebut macam blog Dahliajournal .
Biarpun contest yang mereka anjurkan itu akhirnya kita tidak jadi ikut serta tetapi bagi aku yang penting aku mau tengok juga apa contest dan apa hadiahnya..
Setiap blog yang akan aku lawat pasti ada tarikan tersendiri dan tidak kiralah berita yang mereka paparkan itu ialah mengenai mereka ataupun orang lain ataupun apa yang berlaku di persekitaran mereka...asalkan aku tertarik aku pasti akan datang tengok apa yang akan mereka tulis... Di sini mereka dapat menjadikan tulisan mereka itu menarik orang untuk datang ke blog mereka walaupun kadangkala tulisan mereka itu langsung tidak mempunyai nilai membina...hanya cerita mengenai diri mereka....
Jadi kalau 3 blogger ini datang ke blog aku....
Aku rasa mereka bernasib baik kalau mereka dapat apa-apa manfaat dari blog aku kerana mereka sudah jauh ke depan dalam dunia blogging TETAPI kalau aku yang datang ke blog mereka....HUUUHH...aku yang bernasib baik kerana banyak yang akan aku dapat dari blog mereka tuuu...heheh
Kepada ketiga-tiga blogger ini... sori..aku guna nama korang dalam entri aku...tapi korang la blogger2 yang aku rasa boleh jadi aim untuk berjaya....

Monday, May 10, 2010
BLOGGER-BLOGGER BARU VS BLOGGER-BLOGGER OTAI.. SIAPA MENANG
Aku rasa catatan aku kali ini agak pelik kerana menulis sesuatu yang mungkin otai2 blogger lebih mengetahuinya. Persoalan yang saya bawakan ialah di mana tahap anda sebagai blogger baru jika dibandingkan dengan bloger2 lama atau otai dalam blogging ini... Macam mencabar blogger2 otai pula tapi aku hanya menulis apa yang terlintas di dalam fikiranku atau lebih ringkas ialah ini adalah pendapatku...
Aku memang tidak menafikan malah mengakui bahawa blogger2 otai atau lama lebih berpengalaman dalam dunia blogging ini maklumlah mereka duluan makan garam. Malahan kebanyakan tip2 atau rahsia dalam dunia blogging ini mereka sudah mengetahuinya yang rata2 blogger baru tidak tahu. Tapi (ini untuk blogger baru) biarpun anda sebagai blogger baru, dalam sesetengah rahsia blogging ini anda lebih tahu dari otai2 tersebut. Ialah....kemajuan internet sentiasa pesat berkembang dan mengalami banyak perubahan dari hari ke hari.. Jadi dalam kes ini siapa yang lebih rajin mengkaji dan belajar maka pengalamannya pasti lebih... Jadi tidak mustahil kadang2 anda blogger baru lebih mahir berbanding otai2 blogger.. Betul tak???
Sebenarnya anda blogger2 baru tidak kurang hebat juga berbanding blogger2 otai cuma mereka duluan bertapak dalam dunia blogging. jadi mereka telah lama dikenali, sedangkan anda baru saja akan dikenali iaitu dalam proses..... Apa yang paling penting bagi blogger2 baru di sini ialah mempelajari teknik2 penulisan dalam blog yang mana blog semuanya berkait rapat dengan pelawat @ visitor... Kalian mau tahukah apa keyword paling bagus dalam blog aku?? Aku cuba2 juga cari keyword yang bagus tapi keyword yang selalu membawa visitor terutama visitor dari Indonesia ialah "SENGATAN LIPAN". Juga keyword "PENGHAWA DINGIN". Aku pun tidak tahu macamana keyword macam tu ngam dengan penulisan aku.. Nampaknya aku kena menulis lagi tentang lipan dan penghawa dingin ini...:-)
Jadi pada pendapat aku, entri adalah 80% untuk kemajuan blog dan 20% lagi ialah yang lain2 seperti blogwalking, forum dan sebagainya.. Anda blogger2 baru hanya perlu bersabar dan cuba untuk memperbaiki teknik berblogging anda.. Saya percaya otai2 dulu pun mengalami seperti apa yang anda rasa dan alami sekarang. Tiada blogger yang terus menjadi terkenal kecualilah dia memang orang terkenal seperti pemimpin dan artis..
Percayalah satu hari nanti giliran anda akan tiba. Waktu itu anda boleh bangga dengan pencapaian anda...
Share
Sunday, May 9, 2010
Tahniah kepada blogger yang semakin berjaya...Siapa2 tu??
Salam semua,
Bulan ini genaplah 3 bulan aku aktif berblog, dan dalam masa ini banyak benda yang aku pelajari di dalam dunia blog ini walaupun kalau di kira sebenarnya masih sangat sedikit tapi biasalah tu, perlahan-lahan menambahkan lagi pengetahuan. Aku sebenarnya buat blog ini bulan September tahun lalu tapi masa tu tidak tahu buat apa-apa. Hanya menulis dan mencoret syok sendiri. Tiada pun pelawat dan kalau adapun ialah mereka-mereka yang telah tersesat ke blog aku.
Pengalaman blogwalking aku membuka mataku melihat blog-blog yaang makin meningkat selama aku mengunjungi blog-blog itu selama 3 bulan. Biar dari segi pelawatnya, followernya dan juga kandungannya..bagi aku simple tapi menarik perhatian. Mungkin itulah kunci kejayaan mereka. Cuba anda lawat dahliajournal, perekacerita, arrifshah. Mereka ini 3 bulan lalu dibandingkan dengan sekarang sudah banyak kemajuan ke depan. Agaknya apa rahsia yang mereka buat dengan blog mereka sampai mencapai kemajuan itu..
Entahlah saya pun tidak tahu. Mungkin kerana ramai orang dalam dunia blogging ini yang sealiran dengan mereka. Bila mereka menulis para peminat yang memang suka pada entri sebegitu akan datang kepada mereka. Lagipun mereka mungkin juga banyak masa dalam memastikan blog mereka dalam tip-top condition. Saya rasa sebekum mereka berjaya seperti ini, mereka juga telah follow banyak blog lain (betul tak :-)) dan oleh itu mereka juga akhirnya dapat banyak follower. Bila mereka dapat menghasilkan blog yang menarik, blogger yang mereka ikuti dulu kini jadi follower mereka yang setia..
Bloger macam ellis suryani mempunyai tajuk-tajuk entri yang daring (sori cik ellis, pakai sikit nama you). Cuba lawat blog dia.. anda akan dapati apa yang saya catatkan tadi pada tajuk-tajuk entri beliau.. Blog cik ellis ini juga dalam sebulan dua ini pada pendapat saya telah meningkat dengan cepat...nda lama lagi boleh lawan blog lina86 yang kata ellis sifunya...
Blog-blog lain yang saya suka ialah..chenta, faina989, suterablogger, rakandaus dan banyak lagi..Kalau nak tulis satu-satu saya tidak mampu..
Blogger-bloger yang berjaya ini saya dapati mereka juga rajin blogwalking dan buat forum atau buat contest dalam blog mereka.. sudah menjadi trend dalam blogging sekarang buat contest dalam blog untuk menarik pengunjung.. Misalnya..contest siapa yang jadi follower saya yang ke 500 akan dapat hadiah.. Jadi berpusu-pusu orang akan datang untuk cuba nasib. Dan berbagai lagi contest yang lain..Kalau rakanDaus tu tidak payah ada entri kerana orang akan datang masukkan entri mereka ke sana.. jadi entrinya sentiasa diupdate...Mungkin tidak lama lagi rakandaus akan jadi gengblogger no 2...
Ada juga blog yang kalau kelihatan pada luarannya langsung tidak menarik tapi masih ramai pengunjungnya. Kenapa? Pada pendapat saya ada beberapa sebab..SEOnya bagus, entrinya bagus, dan entri menarik.

Apapun keadaannya, kemajuan yang mereka capai boleh jadi panduan kita.. Biarpun masih ada blogger yang lebih hebat dari mereka tapi pencapaian mereka boleh juga diberikan penghargaan dan semoga mereka akan lebih maju lagi.
Satu lagi yang kita (blogger2 yang masih terlalu mentah dalam dunia blogging ini) boleh buat ialah membaca tips2 yang mereka berikan ataupun blogger2 lain (termasuk blogger orang putih) yang tidak saya coretkan di sini kerana hanya dengan cara itu kita juga boleh maju seperti mereka.
Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
Wednesday, April 28, 2010
HATI TERASA PUAS BILA MENULIS DALAM BLOG... BAGAIMANA ANDA???
Entri kali ini cuba untuk membicarakan bagaimana dan di mana terletaknya kepuasan anda dalam dunia penulisan blog ini. Jika kita melihat dan meneliti blog-blog yang ada sekarang, kita akan dapati yang mereka akan cuba membicarakan sesuatu dalam pelbagai konteks yang mana di situ akan terletaknya bagaimana niat sebenar atau bagaimana mereka cuba menulis sesuatu itu untuk mencapai satu tahap kepuasan mereka dalam pelbagai konteks.
Secara amnya kebanyakan penulis blog akan cuba menulis atau mencoretkan sesuatu entri agar mereka akan mendapat banyak visitor dan ini akan membantu mereka memperolehi pendapatan melalui pengiklanan atau penjualan barang bagi yang menulis blog untuk promosi barang jualan mereka. Jadi dalam konteks ini kepuasan pada mereka adalah apabila mereka akan mendapat wang hasil dari penulisan mereka.
Tidak kurang juga blogger yang cuba meluahkan ketidakpuasan mereka melalui penulisan mereka. Misalnya mereka yang tidak menyukai kerajaan sekarang akan meluahkan perasaan mereka melalui blog dan mereka amat berpuas hati jika mereka dapat meluahkan perasaan tidak puas hati mereka itu. saya ingat blogger-blogger sekalian pernah jumpa blog-blog yang sedemikian di mana majoriti entri mereka adalah berkisar tentang perasaan tidak puas hati mereka itu.
Ada juga blogger yang menulis majoriti tentang masalah seharian yang dihadapinya atau yang dialaminya. Bentuk penulisan adalah dalam bentuk yang paling sedih atau marah atau suka-duka yang dialaminya atau apa yang akan dilakukannya pada hari itu atau hari semalam. Blogger ini akan berpuas hati jika kisahnya dapat dikongsikan dengan kawan-kawan ataupun sesiapa sahaja.
Tidak kurang juga yang akan menulis tentang sesuatu khidmat yang boleh ditawarkan olehnya kepada umum terutamanya kepada mereka yang terlibat dalam dunia perniagaan.
Tapi bagi saya sendiri, perasaan puas saya dalam menulis sesuatu dalam blog ialah apabila saya melihat tulisan saya disukai dan di baca oleh seseorang dan kehadiran visitor itu yang lebih memuaskan hati saya...
Bagaimana pula dengan anda? Anda boleh meninjau-ninjau di mana letaknya anda samada yang telah saya tuliskan di atas ataupun dari kumpulan yang lain yang tidak saya sebutkan. Apapun kumpulan anda berada, yang paling penting ialah anda suka berblog dan anda juga rela melakukannya...
GOOOOOO BLOOOOOGGERRRRRRRRRR....
Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
Share
Tuesday, April 27, 2010
KETAHUI SIAPA VISITOR BLOG ANDA....KENAPA??
Pernahkah anda terfikirkan untuk memeriksa siapa pengunjung blog anda? Dan kenapa pula anda harus tahu mengenainya. Dari mana? Dan bagaimana mereka masuk melawat ke blog anda?
Setiap hari saya pasti bloger-bloger yang aktif berblog akan melihat kepada berapa ramai pengunjung atau lebih tepat pengunjung unik blog mereka. Apa tidaknya kehadiran ramai pengunjung unik akan memberikan mereka banyak kelebihan terutama dari segi pendapatan blog mereka. Ini kerana hanya blog yang mempunyai traffik unik atau pengunjung unik yang tinggi yang selalunya akan menghasilkan wang untuk blog.. Macam blog aku yang sikit saja pengunjungnya, belum lagi merasa bagaimana dapat duit tersebut..hehe
Cuba anda perhatikan pengunjung blog anda. Adakah yang datang melawat blog anda itu adalah cuma kawan-kawan satu kolej anda, atau kawan-kawan blogger atau pengunjung yang anda sendiripun tidak kenal atau yang lain-lain..
Jika yang rajin datang melawat blog anda hanyalah kawan-kawan anda yang datang dari satu kolej atau satu tempat kerja, atau satu kampung/daerah dengan anda maka mereka mungkin datang atas sebab mereka kenal anda dan tidak lebih dari itu. Adakah pelawat yang datang ke blog anda itu adalah stranger ataupun blogger-blogger yang anda tidak kenal maka mereka mungkin datang kerana mereka mahukan sesuatu dari blog anda seperti info atau maklumat dan juga untuk mendapatkan balasan kunjungan. jadi pengunjung ke blog mereka juga akan bertambah.
Ketahui dari mana mereka datang dan dari mana mereka masuk ke blog anda. Anda boleh memeriksa 'keyword' yang mereka gunakan dalam SEO yang membawa mereka ke blog anda dengan menggunakan info 'keyword' dari akaun nuffnang anda. Dari situ anda dapat buat sesuatu untuk memantapkan lagi post anda dengan 'keyword' yang lebih sesuai.
Selalunya 'keyword' yang mereka akan gunakan itu adalah sesuatu yang menggambarkan apa yang mereka mahu cari.
Jika yang datang mengunjungi blog anda adalah kawan-kawan kenalan anda maka saya rasa 'keyword' itu kurang penting kerana mereka telah tahu alamat blog anda dan biarpun anda menulis apa saja mereka akan datang juga. Contohnya anda tulis "aku belum makan lagi" pun anda akan dapat berpuluh-puluh komen dari mereka.. Betul tak.. tidak kira apa post anda, mereka tetap akan datang dan memberikan komen mereka..
Tapi jika yang datang itu ialah stranger dan menjumpai maklumat atau isi post yang berguna, ini akan membuatkan blog anda mendapat seseorang pengunjung yang lebih baik. Saya tidak cakap yang kawan-kawan tidak penting (malahan sama penting dengan pelawat lain kerana mereka adalah 'unique visitor juga') tapi anda harus buatkan pengunjung yang tidak kenal anda akan mengingati blog anda selepas mereka datang mengunjunginya.
Dengan mengenali pengunjung anda, maka anda akan membuatkan blog anda lebih bervariasi dan lebih mantap dalam mengekalkan tahap traffik dan akan bertambah dari masa ke semasa..
Selamat mencuba.

Template blog yang cantik tidak menjamin kedatangan visitor.... ya ke!!..
Kali ini saya cuba berbicara tentang cara-cara yang boleh menambahkan visitor ke blog anda. Sebenarnya kalau dikira dari segi pengalaman saya rasa banyak lagi blogger lain yang lebih layak dalam membicarakan hal ini memandangkan mereka lebih arif tentang hal ini tetapi sebagai blogger yang baru beberapa bulan berblog dari langsung tiada pengalaman, ini lah cara yang saya dapat dan katakan tentang cara- menarik visitor ke blog anda...sekurang-kurangnya blog anda tidak kosong dengan pengunjung...hehe
Pertama yang anda lakukan apabila anda sudah ada blog dan ada postnya 'Blogwalking' adalah cara yang terbaik. Anda harus melawat blog orang lain dan pergi ke shoutmix mereka dan tulis sesuatu yang menyatakan kehadiran anda dalam dunia blogging dengan menulis alamat blog anda dan cuba katakan sesuatu tentang blog anda.. Biasanya orang akan pergi melawat anda melalui kaedah ini. Kalau mengharapkan 'keyword' pada masa ini jangan harap kerana blog yang baru amat susah dikesan di dalam carian internet. Lebih kerap anda mengunjungi shoutmix mereka maka kehadiran anda akan dirasai. Tapi janganlah pula anda buat begini 10x dalam satu shoutmix dalam sehari...Marah orang bro...
Dalam masa yang sama cuba pastikan entri post anda tidak terlalu pendek (mcm nota budak sekolah pula), ada nilai yang boleh dikongsi sama, ditulis dalam bentuk yang mudah difahami dan selitkan manfaatnya jika ada. "TAJUK" entri post anda amat penting. Sesuatu post itu pertamanya akan dinilai oleh pembaca melalui tajuknya.. kalau tajuknya tidak menarik maka orang akan hilang minat untuk mengetahui isi kandungannya dengan lanjut. Pendek kata tajuk mesti gempak, gegar dan hangat dll.. pandai-pandailah menulis tajuk tapi jangan lah pula melebih-lebih dalam menulis tajuk dan lupa pada isinya. Saya katakan tajuk penting kerana post saya "The biggest ever phyton in the world discovered" saya rasa mendapat perhatian dengan banyak visitor masuk melalui post ini dulu. Apa lagi kawan blogger iaitu "Bujang Susah" bantu saya dalam promosi post ini dengan sharing nya di dalam blog beliau.
Anda perlu menyertai komuniti blogger yang selalunya berhimpun di tempat-tempat seperti Nuffnang dan Komuniti Gengblogger. Di sini anda boleh postkan apa-apa entri blog anda dan akan dilihat oleh kebanyakan blogger. Kalau entri post anda menarik ianya pasti akan menarik visitor ke blog anda.
Jika entri post anda bersifat peribadi olahkan ceritanya agar dalam bentuk yang menarik dan cuba kaitkannya dengan persekitaran untuk menambahkan lagi tarikan dalam cerita anda tersebut. Maksudnya di sini cerita mesti 'detail' dan mudah difahami. Jangan ceritanya anda sahaja yang akan faham dan menyuruh pembaca membuat kesimpulan sendiri. Keadaan sebegini membosankan dan akan menghalang minat visitor untuk kembali ke blog anda.
Anda juga boleh buat link dalam facebook dan sharing dengan kawan-kawan anda dan orang lain di komuniti tersebut. Anda boleh juga menulis di wall kawan-kawan di facebook dan jangan lupa sertakan link alamat blog anda di wall mereka..
Anda juga boleh melawat blog bloger-bloger lain yang telah lama berada dalam dunia blog dan share dorang punya pengalaman bagaimana menarik traffik ke blog kita. Jangan lupa melawat blog yang ramai pengunjungnya dan perhatikan apa yang menyebabkan blog mereka disukai oleh visitor-visitornya.. Jangan lupa baca entri mereka yang berkaitan dengan traffik..
Saya rasa template juga penting untuk blog tapi ianya bukanlah jantung kepada blog tersebut. Banyak lagi perkara seperti di atas yang perlu diambil perhatian lebih..
Saya rasa template juga penting untuk blog tapi ianya bukanlah jantung kepada blog tersebut. Banyak lagi perkara seperti di atas yang perlu diambil perhatian lebih..
Bagi blogger-blogger baru macam saya mudah-mudahan coretan saya ini dapat membantu meningkatkan pengunjung ke blog anda..
Selamat berjaya.
Tq for reading..
Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
Share
Wednesday, April 14, 2010
9 cara untuk menjadi popular dan glamer..
Semua orang ingin menjadi terkenal dan glamer. Tapi tidak semua orang akan menjadi terkenal dan glamer. Pernahkah anda terbaca atau tahu sebarang tips-tips untuk menjadi seorang yang terkenal atau glamer??
Mari berkongsi dengan saya beberapa kaedah untuk menjadi terkenal dan glamer dalam masa yang singkat:
(1) Anda mestilah menjadi terbaik di dunia dalam bidang yang diceburi.. Contoh kalau anda ahli sukan 100m, kasi8 pecah rekod dunia, pasti nama anda terkenal serata dunia
(2) Menjadi pemimpin. Berkecimpung dalam politik tanahair dan pastikan anda jadi sekurang2nya timbalan perdana menteri, pasti anda glamer.
(3) Menjadi artis @ penyampai radio. Nyanyi bagus2 dan masuk pertandingan akademi fantasia ka @ raja lawak, sure anda akan terkenal dan glamer giler pas tu.
(4) Yang ni ganas sikit. Katalah pemimpin luar negara datang ke tempat anda contohnya presiden Obama, pi salam sama dia dan terus tampar mukanya, pastikan kuat. Besok anda akan terkenal diseluruh dunia.
(5) Kalau ada artis p tempat anda, cuba cium pipinya.. Jangan lupa elak penamparnyalah.. Pasti anda akan glamer serta-merta.
(6) Buat sesuatu yang orang tidak buat. Mendaki Everest da, angkasawan pun da jadi carilah sesuatu kerja yang akan ditaja oleh kerajaan yang belum orang buat dan jangan lupa buat sidang akhbar.. Anda akan glamer.
(7) Ni yang best.. Kumpul duit dan buat pembedahan plastik. Misalannya buat pembedahan muka macam Datuk siti Nurhaliza.. Bila anda jalan2 keluar nanti orang akan teriak "Sitiiiiiiiiiiiiiiiiiii". kan glamer tu.
(8) Buat blog macam Raja Petra.. Kan glamer tu. Semua orang tercari-cari di mana dia sekarang??
(9) Ni lagi satu cara... Naik KLCC dan terjun ke bawah. Pasti esok anda akan masuk news walaupun anda dah tak membacanya..
Dan banyak lagi cara untuk menjadi terkenal dan glamer. terpulang kepada anda untuk mencari jalan lain mecamana supaya anda menjadi terkenal dan glamer. Semua catatan di atas harus anda pertimbangkan mengikut kesesuaian dan pertimbangan anda sendiri. Risiko adalah tangungan sendiri...Jangan cuba kalau anda tidak mahu menanggung risikonya itu..
Bye2.

Subscribe to:
Posts (Atom)