CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Thursday, May 6, 2010

Sebelum khawin cari dulu kerja, sudah dapat kerja simpanlah duit untuk khawin

"Sebelum khawin cari dulu kerja, sudah dapat kerja simpanlah duit untuk khawin". saya tertarik dengan senikata lagu seorang penyanyi tempatan yang popular di Sabah iaitu Francis Landong. 

Bila difikir-fikirkan ada juga kebenaran dengan senikata lagu tersebut. Apa tidaknya jika tiada kerja macamana seseorang itu mahu khawin? Sedangkan untuk berkhawin pun memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Kalau setakat rm6000, khawin kampung pun tidak dapat. Segala perbelanjaan memerlukan belanja yang tinggi sekarang. Lagipun sekarang tiada barang-barang yang murah dijual. Harga beras, daging, sayur dsb telah melonjak naik sekarang. Tiada yang boleh diperolehi dengan murah.. Mungkin daging dan ayam boleh diambil yang 'bundle' baru boleh dapat yang sedikit murah lah. Berbanding dulu, ada sesetengah bahan makanan yang harganya telah meningkat naik sebanyak 2 kali. Sudahlah sekarang bahan makanan seperti gula seringkali kehabisan di pasaran. Biarpun mahal, bekalan tetap habis dibeli oleh orang ramai.

Itu baru hal-hal makanan. Belum lagi di kira hal-hal yang berkaitan dengan persediaan khawin dan barang-barang hantaran. Cincin pertunangan, rantai, gelang semuanya berharga beratus-ratus. Boleh juga dapat yang berharga rm10 sahaja tetapi yang mainan kanak-kanak lah. Selain daripada itu persediaan untuk pakaian pengantin juga agak tinggi. kain kurang-kurang 3 pasang, mana lagi kos menjahit pakaian tersebut. Kerusi tempat duduk pengantin juga perlu di sewa..Barang-barang kecil seperti sampin dan tengkolok juga perlu di atur awal kerana kadang-kadang semua alat itu habis di sewa kerana orang lain pun mungkin khawin juga. Kalau kos kasut juga dikira maka tambah tinggilah kos. Sekurang-kurangnya ada satu pasang da ok la. 

 Gambar hiasan

Banyak lagi hidden cost yang terpaksa di tanggung oleh orang yang mahu khawin. Misalnya kalau tidak menyewa catering yang biasanya dilakukan di kampung-kampung, semua makcik2 atau cewek2 yang datang membantu untuk masak dan cuci piring mangkuk perlu juga di bayar sikit. Jadi kos untuk khawin sekarang memang tinggi dan semua yang bujang-bujang harus bersedia untuk menghadapinya. 

"Fikir-fikir dulu sebelum khawin, jangan fikir senang mencari pasangan badan, untung atau rugi tangungan sendiri".

Kalau sudah khawin, banyak lagi belanja untuk menyara  keluarga. Belum dapat anakpun sudah terpaksa berbelanja besar untuk beli barang keperluan rumahtangga.

Guys...

Kalau sudah ada anak?? Belanja akan berterusan tinggi, sebelum sekolahpun belanja untuk beli susu, pampers dan pakaian anak boleh tahan tinggi.. Susu kalau dumex pun yang 800gm sudah berharga rm25. Boleh tahan seminggu.. Pampers jenis huggies  (80pcs) berharga rm45 boleh tahan sebulan. Pakaian kena tukar juga kerana bayi cepat membesar dan perlu tukar baju newborn kerana sudah tidak muat...

Jadi fikir2 lah persediaan sebelum khawin... ENTAH APA BEBELAN SAYA INI..heheh

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
Bookmark and Share
Share

Entri-Entri terkini