CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Sunday, May 9, 2010

Tahniah kepada blogger yang semakin berjaya...Siapa2 tu??

Salam semua,

Bulan ini genaplah 3 bulan aku aktif berblog, dan dalam masa ini banyak benda yang aku pelajari di dalam dunia blog ini walaupun kalau di kira sebenarnya masih sangat sedikit tapi biasalah tu, perlahan-lahan menambahkan lagi pengetahuan. Aku sebenarnya buat blog ini bulan September tahun lalu tapi masa tu tidak tahu buat apa-apa. Hanya menulis dan mencoret syok sendiri. Tiada pun pelawat dan kalau adapun ialah mereka-mereka yang telah tersesat ke blog aku.

Pengalaman blogwalking aku membuka mataku melihat blog-blog yaang makin meningkat selama aku mengunjungi blog-blog itu selama 3 bulan. Biar dari segi pelawatnya, followernya dan juga kandungannya..bagi aku simple tapi menarik perhatian. Mungkin itulah kunci kejayaan mereka. Cuba anda lawat dahliajournal, perekacerita, arrifshah. Mereka ini 3 bulan lalu dibandingkan dengan sekarang sudah banyak kemajuan ke depan. Agaknya apa rahsia yang mereka buat dengan blog mereka sampai mencapai kemajuan itu..

Entahlah saya pun tidak tahu. Mungkin kerana ramai orang dalam dunia blogging ini yang sealiran dengan mereka. Bila mereka menulis para peminat yang memang suka pada entri sebegitu akan datang kepada mereka. Lagipun mereka mungkin juga banyak masa dalam memastikan blog mereka dalam tip-top condition. Saya rasa sebekum mereka berjaya seperti ini, mereka juga telah follow banyak blog lain (betul tak :-)) dan oleh itu mereka juga akhirnya dapat banyak follower. Bila mereka dapat menghasilkan blog yang menarik, blogger yang mereka ikuti dulu kini jadi follower mereka yang setia..
Bloger macam ellis suryani mempunyai tajuk-tajuk entri yang daring (sori cik ellis, pakai sikit nama you). Cuba lawat blog dia.. anda akan dapati apa yang saya catatkan tadi pada tajuk-tajuk entri beliau.. Blog cik ellis ini juga dalam sebulan dua ini pada pendapat saya telah meningkat dengan cepat...nda lama lagi boleh lawan blog lina86 yang kata ellis sifunya...

Blog-blog lain yang saya suka ialah..chenta, faina989, suterablogger, rakandaus dan banyak lagi..Kalau nak tulis satu-satu saya tidak mampu..

Blogger-bloger yang berjaya ini saya dapati mereka juga rajin blogwalking dan buat forum atau buat contest dalam blog mereka.. sudah menjadi trend dalam blogging sekarang buat contest dalam blog untuk menarik pengunjung.. Misalnya..contest siapa yang jadi follower saya yang ke 500 akan dapat hadiah.. Jadi berpusu-pusu orang akan datang untuk cuba nasib. Dan berbagai lagi contest yang lain..Kalau rakanDaus tu tidak payah ada entri kerana orang akan datang masukkan entri mereka ke sana.. jadi entrinya sentiasa diupdate...Mungkin tidak lama lagi rakandaus akan jadi gengblogger no 2...

Ada juga blog yang kalau kelihatan pada luarannya langsung tidak menarik tapi masih ramai pengunjungnya. Kenapa? Pada pendapat saya ada beberapa sebab..SEOnya bagus, entrinya bagus, dan entri menarik.

Apapun keadaannya, kemajuan yang mereka capai boleh jadi panduan kita.. Biarpun masih ada blogger yang lebih hebat dari mereka tapi pencapaian mereka boleh juga diberikan penghargaan dan semoga mereka akan lebih maju lagi.

Satu lagi yang kita (blogger2 yang masih terlalu mentah dalam dunia blogging ini) boleh buat ialah membaca tips2 yang mereka berikan ataupun blogger2 lain  (termasuk blogger orang putih) yang tidak saya coretkan di sini kerana hanya dengan cara itu kita juga boleh maju seperti mereka.




Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.

Bookmark and Share
Share

16 comments:

Anonymous said...

iddin
xmo buat contest ke? hehehe

amar haziq said...

tahniah..
blog saya baru berusia seminggu lebih

jenguklah blog saya k..
http://amarhaziq-ceritasaya.blogspot.com/

Unknown said...

wah..
saya antara yg tersesat ke blog ni..
trus komen..

huhu..
semua nama dlm entri ni mmg siok ooo entry2 dorang..
suka baca..

BLUEDIANTHUS said...

Entri ikhlas...saya suka..:)

Dauspozi said...

Thanks bro untuk promotion RAKAN DAUS tu ye, hehe... btw, blog2 kat atas tu mmg terbaik and popular, RD jadi GB no 2?, hehe... agak2 tahun 2020 nanti kot, keh3...

iddinm said...

Sir marcello.. mau juga tapi tak tau macama mau buat. :-)

iddinm said...

adreynieelisya..tq kerana sesat ke blog aku

iddinm said...

bluedianthus.. aku memang ikhlas ni ...hehe

Norul Malakiah Sidek said...

good luck! hehehehe

iddinm said...

sama2 daus..

Cikgu Dahlia said...

hye iddin...

sis ni jenis susah nk baca karangan panjang macam ni sbrnnya...tp td nampak di referral nuffnang, terus dtg sini :) then kelih2 nampak nampak blog sis yang pertama di list kan di situ :) terima kasih ya iddin.

alhamdulillah, sis mula mengorak langkah dalam blogging ni awal tahun.. sbrnnya dulu lagi ada blog tu, takde rasa jiwa pun..skrg ni, memang rasa dah bg jiwa raga di situ :)

iddin pun boleh berjaya nanti, kena ada usaha yang berterusan, dan banyakkan belajar dr blog2 lain. kita Blogwalking sambil kita beljar :) InsyaALLAH nanti boleh mantap juga tuu :)

All the best for u :)
iddin

iddinm said...

tq dahlia utk komen dan semangat serta tunjuk ajar :-)

Unknown said...

din....blog ko tatap hebat...sia pun byk blaja dari ko....kdg2 kita ndak bule terlalu rendah diri bro.....keep it up...

iddinm said...

tQ mus...tak sangka aku pula jd sifu ni...:-)

Anonymous said...

slmt dtg ke dunia blog :)

iddinm said...

Tq sweet ants

Entri-Entri terkini