Google+ Followers

CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Wednesday, June 2, 2010

Kurang ajar punya tuan lembu

2705_lembu

LEMBU 'ANCAM' NYAWA PENGGUNA


Beginilah pemandangan lembu-lembu di kawasan Trans Pegalan, yang telah membentuk kloni mengakibatkan pengguna jalan raya terpaksa bersabar atau mencari jalan alternatif, yang akhirnya punca kepada kemalangan berlaku
27th May, 2010
 
KENINGAU: Lembu-lembu yang masih berkeliaran di jalan-jalan utama di daerah ini, semakin mengancam nyawa pengguna. Terbaru, dua kenderaan di Trans Pegalan terbabas dan hampir mencederakan pemandu, ketika mengelak binatang ternakan itu. Sepanjang tahun lepas sekurang-kurangnya 20 kemalangan disebabkan mengelak lembu di beberapa tempat berasingan di Keningau.

“Keadaan ini sungguh membosankan,” – jelas seorang pemandu yang hanya mahu dikenali sebagai Alex, 46. Masalah lembu berkeliaran di Keningau sudah menjadi isu besar, yang diperkatakan sejak lebih 30 tahun yang lalu. Pihak berkuasa tempatan telah melakukan pelbagai kaedah untuk menangani masalah itu, dan ini termasuk menyita binatang ternakan terbabit, namun sehingga kini ia masih menjadi masalah besar dan tidak dapat ditangani.

Puncanya, adalah tidak ada kerjasama daripada pemilik yang membiarkan binatang berkenaan berkeliaran, mengakibatkan pihak berkuasa tempatan menanggung kerugian yang besar, di samping pengguna jalan raya sendiri menerima padah selepas terlibat dalam kemalangan yang berpunca daripada binatang tersebut.

Majlis Daerah Keningau (MDK) sendiri menjalankan operasi berterusan untuk menangkap binatang itu, namun ia masih tidak menemui jalan penyelesaian disebabkan pemilik binatang itu sendiri tidak menghormati arahan-arahan jabatan terbabit. “Binatang itu penyebab kepada kemalangan,” inilah pengakuan seorang mangsa terbaru – Marry Lee, 36. Mary yang membawa sekumpulan pelajar untuk meninjau kawasan penanaman padi di Trans Pegalan, terbabas sebelum terjunam kira-kira 15 kaki di salah sebuah lokasi yang popular dengan lembu berkeliaran.

sumber:
Sabah times.

p/s:
MDK patut bagi amaran kepada pemilik lembu-lembu berkenaan agar memelihara lembu mereka pada cara yang betul.. Jangan sampai banyak nyawa yang terkorban dan berita itu diketengahkan barulah tindakan diambil...

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

2 comments:

shafiq said...

saya kalau balik kampung kat kuala pilah, mesti wajib tayar kereta langgar taik lembu..haha..


My latest entry : Meet The Iron Baby !

iddinm said...

Mau cuci tu..Nanti kereta cepat reput..hahah

Entri-Entri terkini