CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Wednesday, June 23, 2010

Rata-rata orang ramai tidak setuju UPSR dan PMR dimansuh

Ketika ini negara kita hangat dengan perbahasan mengenai cadangan pemansuhan peperiksaan UPSR dan PMR di sekolah-sekolah. Tinjauan yang telah dilakukan ke atas orang ramai di Sabah oleh akhbar Sabah Times menunjukkan ramai yang tidak bersetuju dengan pemansuhan tersebut. Bagaimanapun keputusan mengenai tindakan selanjutnya adalah ditangan kerajaan pusat..Di bawah adalah ulasan yang diberikan oleh Sabah Times..

23rd June, 2010

KOTA KINABALU: Rata-rata orang ramai terutama ibu bapa tidak bersetuju peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan.
Menurut mereka pemansuhan itu mungkin akan mengakibatkan para pelajar tidak ada motivasi untuk belajar dan bersaing dengan para pelajar lain.
“Sekiranya peperiksaan UPSR atau PMR dimansuhkan, para pelajar akan hilang motivasi untuk belajar kerana mereka tahu tiada peperiksaan ‘besar’ yang akan mereka hadapi untuk belajar bersungguh-sungguh.
“Dari segi penentuan kelas pelajar Tingkatan Empat, ia agak rumit kerana kita tidak tahu kekuatan dan kelemahan seorang pelajar untuk memasuki kelas sains, sastera, perdagangan atau pun teknologi maklumat, sekiranya tiada peperiksaan PMR,” kata Mellda Albert kepada New Sabah Times.
Oleh itu, katanya adalah tidak wajar kedua-dua peperiksaan Tahun 6 dan Tingkatan 3 itu dimansuhkan kerana ia boleh membawa kepada keadaan di mana murid-murid sekolah rendah dan menengah tidak komited untuk mencapai sasaran dalam pelajaran mereka.
“Kesannya murid-murid sejak sekolah rendah hingga menengah akan malas belajar sebab, Tingkatan 5 baru ada ‘peperiksaan besar’ iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“Tambahan pula, cara pemikiran dan pembelajaran pelajar sudah terbiasa dengan cara lama iaitu belajar untuk menghadapi peperiksaan,” katanya.
Mellda berharap pihak kementerian mendengar pandangan semua pihak sebelum melaksanakan cadangan itu.
Sementara itu Justina Justin, yang bersetuju dengan pandangan Mellda, berkata peperiksaan UPSR dan PMR tidak wajar dimansuhkan buat masa ini.
“Jika dimansuhkan, kemungkinan para pelajar akan kurang mengambil berat tentang pelajaran. Ini kerana UPSR dan PMR adalah salah satu peperiksaan yang dapat menilai tahap pembelajaran mereka.
“Kita juga tidak dapat mengetahui sejauh mana kemampuan seseorang murid itu selama dia bersekolah sekiranya tiada peperiksaan UPSR dan PMR,” katanya.
Pendapat Justina disokong oleh seorang ibu Elsi John yang turut tidak bersetuju kedua-dua peperiksaan itu dimansuhkan.
“Saya tidak setuju sebab macam mana kita mahu tahu, anak kita pandai atau tidak sekiranya peperiksaan UPSR dan PMR dimansuhkan?
“Para pelajar pun tidak akan belajar bersungguh-sungguh dan mungkin mereka lebih suka menghabiskan masa bermain game, facebook atau melepak dengan kawan-kawan.
Selain itu, tanpa peperiksaan, kita tidak dapat menilai setakat mana penerimaan para pelajar sepanjang persekolahan mereka. Oleh itu saya berharap sistem pembelajaran di negara ini tidak ditukar secara drastik,” katanya.
Bagaimanapun bagi Marion Bonnie, kedua-dua peperiksaan itu patut dimansuhkan sekiranya terdapat perancangan kerajaan untuk memberi latihan secara praktikal ataupun para pelajar diberi pilihan untuk mendalami satu-satu bidang dari peringkat awal kemasukan persekolahan.
“Lagipun pandangan masyarakat sekarang ialah, sekiranya gagal dalam tiga peperiksaan (UPSR, PMR dan SPM) .. pelajar itu dianggap tidak pandai.
“Tidak semestinya, pelajar yang gagal dalam peperiksaan itu tidak pandai … mungkin mereka tiada berminat dalam bidang akademik tetapi mempunyai kelebihan dalam bidang kemahiran.
“Apa-apa pun langkah yang akan dibuat oleh kerajaan, saya percaya ia pastinya mempunyai banyak kebaikan untuk generasi akan datang,” katanya.
Pada Selesa, Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, pandangan guru dan ibu bapa akan dikaji terlebih dahulu sebelum peperiksaan UPSR dan PMR dimansuhkan.
Menurut beliau, cadangan pemansuhan yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin, adalah satu langkah yang positif untuk perkembangan pendidikan di negara ini, namun persetujuan semua pihak harus dipertimbangkan terlebih dahulu.
Alimuddin juga berpendapat, pendidikan negara selama ini terlalu berorentasikan peperiksaan dan perubahan perlu dibuat selaras dengan falsafah pendidikan negara yang mementingkan pembangunan modal insan.
Beliau berkata, kemasukan pelajar ke sekolah menengah yang dinilai melalui UPSR sebelum ini akan diteruskan dengan penilaian akhir tahun sekolah sahaja.

sumber:
sabah times

Bagi saya sendiri jika dilakukan pemansuhan perlulah ada kajian yang terperinci dan mempertimbangkan apa juga kesannya ke atas pendidikan murid-murid. Jika perkara ini dapat membawa kebaikan yang lebih banyak apa salahnya jika ianya dipraktikkan ke atas sistem pendidikan negara kita..

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.

Bookmark and Share
Share

4 comments:

azuan said...

kenapa aku setuju yea ekeke....

iddinm said...

Ok juga tu cuma yang kita mahu ialah kajian terperinci oleh kem pendidikan

Anonymous said...

aku bukan ape. mungkin kerajaan nak upgrade kan lagi sitem pendidikan kite.. tapi aku agak kurg setuju.. sbb ape? jika x de pekse camtu. student x kan blaja ok. sbb aku misalnye.. aku akan blaja sgt seriusly if ade peperiksaan besar and aku da pon buktikan yg aku pon bole bjaye. come on. aku sgt x ske mjadi bhan experiment kerajaan. zaman aku sekolah la kerajaan tuka bm ke eng.. its ok.. aku and membe yg len bole wat.. but yg dlm kampung perdalaman diorg tak pk.. pastu nape mesti change to bm back?? daa.. sia2 je la kitorg jd bhn experiment. kesian la sape yg x dpt score dulu sbb kerajaan tuka pade bi.. haih.. geram la kdg2.. bukanla nk membantah tapi just pike dulu baik buruk b4 buat sebarang perubahan.

aai - university

iddinm said...

ya..akupun amat tidak setuju kita jadi bahan eksperimen kerajaan...

Entri-Entri terkini