CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Wednesday, June 9, 2010

Roslin Hashim nikah 9 Julai ini

HULU KLANG 8 Jun – 

Pemain badminton perseorangan negara, Roslin Hashim akan mendirikan rumah tangga pada 9 Julai ini selepas gagal dalam perkahwinan pertamanya yang hanya bertahan tidak sampai dua minggu baru-baru ini.

Menurut kakak angkat Roslin, Raja Azmi Raja Sulaiman, 50, adik angkatnya itu mengambil keputusan bernikah dengan Nurhayati Othman iaitu Pengarah Pemasaran dan Promosi, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) selepas berkenalan hampir enam bulan.
“Majlis pernikahan pasangan itu akan diadakan di Hotel Flamingo, Ampang pada 9 Julai ini selepas solat Maghrib. Difahamkan hantaran perkahwinan ialah senaskhah al-Quran, telekung dan sejadah.
“Ia atas permintaan bakal pengantin perempuan sendiri,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas sidang akhbar Festival Filem Malaysia Ke-23 di Finas hari ini.
Jelas Raja Azmi yang merupakan isteri bekas pemain beregu badminton negara, Jalani Sidek, Roslin, 35, melahirkan hasrat hatinya untuk berkenalan dengan Nurhayati selepas mereka bertemu pada suatu majlis di Finas, Januari lalu.
“Selepas pertemuan itu, Roslin menyatakan kepada saya bahawa dia ingin berkenalan dengan Nurhayati yang kebetulan saya kenal.
‘‘Kebetulan ketika Roslin melahirkan hasrat hatinya itu, Nurhayati baru sahaja putus tunang,” katanya.
Sementara itu, Nurhayati, 38, ketika ditemui berkata, dia tidak menyangka Roslin meluahkan hasrat untuk menjadikannya isteri selepas melalui perkenalan tidak sampai lima bulan.
Jelas anak kelahiran Taiping, Perak itu, sejak pertemuannya dengan Roslin pada Januari lalu mereka hanya intim selepas beberapa bulan berkenalan hasil pertemuan yang diatur oleh Raja Azmi.
“Kalau boleh kami tidak mahu menghebohkan perkara itu tetapi nampaknya hari ini ramai wakil media yang mula menghubungi saya dan bertanyakan mengenainya,’’ katanya.
Majlis pernikahan itu akan diadakan secara tertutup untuk sanak keluarga terdekat sahaja.
“Majlis resepsi akan diadakan selepas Aidilfitri nanti iaitu selepas ibu bapa Roslin kembali dari menunaikan umrah,” katanya.

sumber:


Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Entri-Entri terkini