CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Showing posts with label artis. Show all posts
Showing posts with label artis. Show all posts

Saturday, July 24, 2010

Kes video lucah Peterporn: Ariel dan Luna Maya tidak mengaku ada kaitan bisnes

JAKARTA 23 Julai - 

Jika Ariel dan Luna memang terlibat dengan video lucah peterporn, kenapa mereka tidak mahu mengaku setakat ini..Peguam yang mewakili Cut Tari, Hotman Paris Hutapea menyatakan bahawa halangan utama yang membuatkan mereka mengaku ialah desakan dari pengeluar-pengeluar produk yang menaja mereka. Bila sahaja Ariel dan Luna mengaku segala tajaan dari pihak pengiklan yang menggunakan khidmat mereka bukan sahaja akan mendenda mereka tetapi akan menarik balik segala tajaan yang telah diberikan..

Dalam satu pertemuan dengan pemberita, Hotman menganggap tindakan Ariel dan Luna untuk terus mengunci mulut sebahagian besarnya disebabkan tekanan perniagaan produk-produk yang memaparkan dua selebriti itu dalam iklan mereka.

"Saya diberitahu ia berkaitan bisnes," katanya.

Bila sahaja mereka mengaku yang terlibat dalam skandal itu maka mereka akan kehilangan segalanya..

Ketika ditanya tentang keterbukaan anak guamnya, Cut Tari yang mengaku terlibat dalam kes itu, Hotman berkata ia satu tindakan murni yang wajar dicontohi. - Agensi

Cut Tari sudah mengaku mungkin kerana tiada komitmen lain selain tidak tahan dengtan tekanan yang terlempar ke atasnya...  oleh itu satu jalan yang lebih mudah ialah dengan mengaku bersalah kea atas tuduhan dan membiarkan perkara itu berlalu ditelan masa..


 
Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Friday, July 23, 2010

Azrinaz menghilang..Bekas personiliti TV3 masih menyepi setelah sebulan berpisah dengan Sultan Brunei..




Azrinaz



KUALA LUMPUR 22 Julai - 

Setelah bercerai dengan Sultan Brunei pada bulan lepas sehingga kini tiada berita yang didengar tentangnya.. Ada cerita yang mengatakan Azrinaz berada di London dan ada juga yang mengatakan yang beliau telah pulang ke kampungnya di Shah Alam..

Walaubagaimanapun di mana Azrinaz atau nama sebenarnya Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar berada masih menjadi teka-teki.. rakan-rakannya juga gagal mengesan di mana beliau berada..

Berita tentang penceraian Azrinaz ini masih menjadi bualan hangat terutama penduduk Brunei walaupun sudah berlalu kira-kira sebulan..

Kemungkinan Azrinaz sebenarnya masih berada di Brunei untuk bersama-sama dengan kedua-dua anaknya Pengiran Muda 'Abdul Wakeel, 4, dan puterinya, Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 2.

Photo dari www.murai.com


Menurut rakan baiknya yang pernah bertugas bersama di TV3 satu ketika dahulu, Azrinaz masih menetap di Brunei.
Dia yang enggan namanya didedahkan memberitahu Azrinaz tidak mahu meninggalkan Brunei kerana mahu terus bersama dengan dua anaknya.
 
Azrinaz masih menetap di dalam istana sehingga tamat tempoh edah. Sekiranya baginda Sultan tidak rujuk maka Azrinaz akan membuat keputusan di mana dia akan menetap kemudian..

Perkhawinan mereka ini memang satu berita yang menjadi carian utama di internet dulu.. Sultan Brunei, 63, diijabkabulkan dengan Azrinaz, 31, pada 20 Ogos 2005 dalam satu majlis tertutup di ibu kota di mana majlis itu hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat.

Pasangan itu bercerai talak satu pada bulan lepas.



Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Thursday, July 22, 2010

LISA SURIHANI vs ROZITA CHE WAN...Siapa lebih cantik dan menawan...

KECANTIKAN sesorang itu bergantung kepada mata yang melihatnya. Bila seseorang itu melihat kepada seseorang maka banyak yang mempengaruhi kecantikan yang akan terlintas difikirannya. Kecantikan bukan sahaja pada penglihatan fizikal semata-mata tetapi ianya akan dipengaruhi oleh perlakuan luaran juga. Sekilas pandang kecantikan fizikal memang akan menjadi satu pengaruh yang mengatakan dia cantik.. Tetapi bila sudah lebih meneliti maka istilah kecantikan itu sedikit sebanyak akan berubah kerana kecantikan itu bergantung kepada mata yang melihat dan akal fikiran yang mentafsir..hehe

Jadi antara Rozita Che Wan dan Lisa Surihani....Siapa yang lebih cantik dan lebih menawan? Cuba anda uji penglihatan anda dan berikan jawapannya.. Kedua-duanya memang cantik dan menawan tetapi siapa yang lebih baik dari kedua-duanya? 

Vs

Tentu anda sukar membuat pilihankan.. Semestinya untuk membuat pilihan tentang siapa yang lebih cantik dan menawan maka anda perlu mengenali hati budi seseorang itu..

Tetapi yang lebih utama ialah tafsiran anda tentang kecantikan itu sendiri.. kalau anda kata seseorang itu cantik walaupun orang lain akan kata tidak cantik maka andalah yang akan menentukannya kerana ini berdasarkan kepada tafsiran kecantikan itu pada pendapat dan pandangan anda..


 
Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Tuesday, July 20, 2010

Paris Hilton sambut birthday jutawan Malaysia Jho Low di Las Vegas..

Kana aku dah cakap semalam yang Aktress terkenal Hollywood di jumpai bersama dengan seorang jutawan dari Malaysia... Siapa lagi jutawan itu kalau bukan Jho Low yang dikatakan sering mengadakan parti-parti di Las Vegas dan berbelanja mewah di mana kebanyakan jemputannya adalah model-model dan selebriti terkenal hollywood... 

Bestnya lah kalau jadi kaya raya kan.... Boleh buat apa yang orang lain tidak boleh buat..

Terus ke link untuk selanjutnya

Link SINI



Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Monday, July 19, 2010

SIAPA LELAKI MALAYSIA YANG DITAHAN KETIKA 'BERSAMA' PELAKON SEKSI PARIS HILTON..?? HUHU..

Kisah yang hangat ni...

Selebriti terkenal Paris Hilton ditahan bersama dengan seorang lelaki yang berpengaruh dari malaysia!! Siapakah gerangan lelaki tersebut? dan kenapa mereka ditahan? Betulkah ini semua atau hanya cerita media saja?


 Paris hilton dalam satu aksi seksinya...huhuhu


PARIS 18 Julai - 

Selebriti bermasalah, Paris Hilton menafikan dia ditahan polis semalam di sebuah lapangan terbang di Corsica, Perancis kerana memiliki ganja dalam beg tangannya. Hilton dilapor transit di pulau Mediterranean itu menaiki jet peribadi, bersama 'personaliti yang rapat dengan orang berpengaruh di Malaysia' ketika dalam perjalanan dari Paris ke Porto Cervo di Sardinia.

Dalam satu ulasan yang disiarkan di laman rangkaian sosial Twitter miliknya, pewaris empayar Hilton itu menegaskan laporan berita itu hanya khabar angin semata-mata. "Hentikan khabar angin ini. Berita yang mengatakan saya ditahan tidak benar sama sekali. "Saya sedang menikmati percutian paling menyeronokkan dalam hidup saya," katanya dalam ulasan Twitter hari ini.

Media semalam melaporkan, Hilton ditahan seketika di Corsica selepas anjing penghidu mengesan ganja di dalam beg tangannya. Akhbar Corse Matin melaporkan, pegawai di lapangan terbang di Figari menemui kira-kira satu gram ganja, menyebabkan aktres itu ditahan untuk soal-siasat, namun dibebaskan 30 minit kemudian.

Awal bulan lalu, selebriti itu ditahan kerana didakwa menghisap ganja pada satu perlawanan Piala Dunia di Port Elizabeth, namun dibebaskan kemudian. - Agensi
 


 seperti yang ditulis dalam utusan

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.

Bookmark and Share
Share

Friday, July 16, 2010

Skandal seks Ariel dan CT...Cut Tari..kenapa minta maaf kalau ngak bersalah??

Beberapa hari lalu Cut Tari telah menyatakan permohonan maafnya secara terbuka di depan umum berhubung dengan skandal video seksnya dengan Ariel. Dalam kenyataannya Cut Tari menjelaskan bahawa beliau memohon maaf atas segala masalah yang timbul kesan dari masalah yang menimpa dirinya. Cut Tari menyatakan yang dia tidak pernah membuat video itu dan tidak pernah tahu tentang video tersebut..

Adakah ini sekaligus beliau secara tidak rasmi mengaku yang beliau adalah pelakon dalam video itu? Selama ini mereka bertiga sentiasa menolak yang mereka terlibat dalam perlakuan dalam video itu..


Jika dilihat pada video tersebut, mustahil pelakunya tidak menyedari yang shootingnya sedang diambil.. Jelas sekali yang pelakon wanitanya memandang kamera dan sekalisekala menepis tangan perakamnya.. Maksudnya dia memang sedar akan shooting yang sedang diambil..

Lagipun kalau tidak bersalah buat apa meminta maaf kepada public? Apa tanggapan masyarakat terhadap permohonan maaf tersebut.. Ini seolah-olah Cut tari telah mengakui dengan jelas yang dia adalah pelaku dalam video tersebut...Jika abda ingin melihat permohonan maaf tersebut bolehlah klik link dibawah: 

Video permohonan maaf Cut Tari..    

Video



Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Download Video Ariel Peterpan dan Luna Maya..anda boleh download di sini....

Saya percaya semua orang sudah tahu mengenai kisah penyanyi Peterpan yang terkenal ini bersama beberapa wanita yang dikatakan mempunyai banyak video mesum... Bagaimana sebenarnya video itu? Apakah ada kebenarannya? Buat masa ini hanya Ariel dan Luna yang tahu apa sebenarnya yang berlaku.. benar atau tidak juga hanya mereka yang tahu.. Ini kerana kes mereka ini masih dalam siasatan pihak polis Indonesia.

 Photo-photo dari laman web ohartis..















Jika benar mereka adalah pelakon dalam video tersebut maka terpaksalah mereka menghadapi apa jua tindakan masyarakat ke atas mereka. Baru-baru ini pun penduduk di mana Ariel berasal mahu supaya status kependudukan mereka di situ dibatalkan dan ini adalah reaksi dan bantahan awal rakyat Indonesia terhadap perilaku artis itu.. 

Persoalannya adakah ianya asli atau bikinan semata-mata atau pelakonnya adalah pelanduk dua serupa? Anda boleh menontonya atau download di sini:


1) anekatips
2) Youtube
3) warez-files 
4) filestube 
5) accuratesfile
6) giveawayoftheday 


Sebenarnya ada banyak lagi tempat yang boleh anda download dan anda boleh ikhtiarkan dengan buat carian di google. 

Jika anda seorang awam pun apabila menumpang di hotel baiklah berhati-hati kerana kadang-kadang ada pihak yang bertanggungjawap melakukan rakaman curi-curi ke atas apa yang anda lakukan. Inikan pula anda seorang kenamaan atau artis?..


Heboh satu dunia nanti...





Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Monday, July 12, 2010

Badrul Muhayat bayar kompaun, bebas tuduhan cedera isteri


12/07/2010 3:24pm

KUALA LUMPUR 12 Julai - Pelakon Badrul Muhayat Ahmad Jailani dibebaskan Mahkamah Majistret Ampang hari ini atas tuduhan mencederakan isterinya, Julia Daud selepas membayar kompaun RM1,000 kepadanya.
Bekas model itu yang nama sebenarnya Badrul Muhayat Ahmad Jailani, 42, juga memohon maaf kepada Julia, 29.
Sebelum ini, beliau mengaku tidak bersalah menumbuk Julia di muka, menendang di perut dan memukulnya dengan menggunakan batang penyapu di punggung dan kaki di rumah mereka di Kampung Cheras Baru, pada 7 pagi 24 Mac lalu.
Bapa kepada dua orang anak itu membayar kompaun tersebut selepas Majistret Wan Karimah Wan Abdul Ghani mengarahkan Badrul Muhayat berbuat demikian di hadapannya.
Wan Karimah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan dan pembelaan telah mencapai kata sepakat dan bersetuju untuk menyelesaikan kes berkenaan secara penyelesaian bersama mengikut Seksyen 260 Kanun Acara Jenayah. - Bernama





Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Friday, July 2, 2010

Oittt..Seksinya pasangan itu. Artis ke?? Kulit pahanya putih dan licin...Selamba ja berbogel..

Secara kebetulan atau tidak tetapi hakikat ini tak boleh diubah.. Ia memang beraksi seksi dan begitulah.. Mungkin anda tertanya-tanya siapakah gerangannya pasangan yang seksi itu..Sudahlah begitu tak tahu malu pula tu.. Langsung tidak mempedulikan perasaan orang lain..Bukan apa, dalam kaumnya hanya dia yang boleh berbuat demikian dan jarang orang lain berani lakukan..



Sebenarnya yang aku ceritakan ini ialah sepasang buah lobak yang bentuknya seakan-akan lelaki dan wanita berbogel. Jarang kita melihat keadaan seperti ini dan maka itulah aku share dengan korang semua....

Bukan artis atau orang kenamaan atau siapa-siapa yang berbogel..hanya buah lobak yang kulitnya putih bersih..hehe..siapa yang terkena...

 

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 
 
Bookmark and Share
Share

Thursday, July 1, 2010

KENAPA SAIFUL APEK PERLU UNDURKAN DIRI??

Pelawak Halang Apek "Bersara"


KEPUTUSAN pelawak popular Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek untuk mengundur diri dari bidang seni tidak disambut baik anggota kumpulan Senario.
Menurut Azlee dan Mazlan perkara tersebut merupakan satu kerugian besar kepada industri ini.
"Pelawak di Malaysia sangat berkurangan walaupun ada program untuk mencungkil bakat pelawak, namun hanya beberapa orang sahaja yang mampu bertahan dalam bidang ini.
"Bagi saya bakat Apek sebagai pelawak adalah luar biasa. Dia yang berjaya menjadi pelawak pertama memenangi Anugerah Bintang Paling Popular.
"Rugi sangat jika dia berundur dari dunia lawak. Dia juga mempunyai pengikut yang tersendiri, jadi saya rasa lebih baik Apek kuatkan semangat," kata Azlee.
Apek yang juga bekas anggota Senario berusia 41 tahun itu ditahan polis bersama lima rakan di rumahnya atas dakwaan terlibat dengan penyalahgunaan dadah pada 13 Jun lalu.

Akibat insiden itu Apek yang dibebaskan dengan jaminan polis menyatakan hasrat untuk berundur seketika dari dunia seni.
Bagi Mazlan, Apek perlu mengambil iktibar dari peristiwa itu dan bangkit semula meneruskan perjuangan karyanya.
"Buang yang keruh dan ambil yang jernih, dia perlu ambil peristiwa itu sebagai pengajaran dan buka buku baru dalam hidupnya.
"Bukan dia sahaja yang menerima nasib begini dalam industri ini, ada artis lain yang pernah jatuh bangun terlibat dengan dadah, namun mereka tidak mencampurkan urusan peribadi dan kerjaya mereka.
"Seni ini halus tidak semua mempunyai bakat seni, ia juga tidak boleh dipupuk dan belajar. Dia bertuah kerana dikurniakan bakat yang menakjubkan.
"Jadi saya rasa dia perlu gunakan bakat yang ada ini sebaiknya," katanya Mazlan yang menganggap Apek sebagai rakan yang sangat rapat dengannya.




P/s:
Buang yang keruh ambil yang jernih...Jika seseorang melakukan kesalahan dan hendak berubah ke arah lebih baik maka apa salahnya..Bukankah itu satu teladan yang lebih baik...Yang penting ialah bila sudah berubah baik maka janganlah sekali-sekali mengulangi kesilapan lama..Nanti apa pula kata orang ramai... Taubat hangat-hangat tahi ayam la namanya...


Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

LISA SURIHANI - SAYA TAK RISAU PEMINAT MULA BOSAN...

Lisa Surihani memang popular dan semakin popular...Namanya kini setanding dengan bintang ternama seperti Erra Fazira dan kini tawaran berlakon tak putus-putus datang kepadanya.. Terbaru Lisa Surihani akan keluar dengan drama terbarunya "Tudung Ekspress"  di mana dalam filem ini Lisa akan memegang watak Erin. Beliau mengakui yang tidak berasa janggal dengan mengenakan tudung sepanjang penggambaran drama 13 episod itu kerana sebelum ini pun beliau selalu memakai tudung dalam majlis-majlis agama juarnya lagi.

Mengulas tentang wataknya dalam drama itu Lisa memberitahu bahawa wataknya adalah menjadi seorang muslimah dari kampung yang datang ke kota demi mengejar cita-cita namun kerana sifatnya yang kelam-kabut Erin selalu di timpa masalah..
Cabaran utama dalam filem ini ialah aksi dalam komuter di mana mereka terpaksa berlari keluar dari komuter semasa keretapi sedang berhenti mengambil penumpang.

Drama ini mengisahkan kehidupan 4 orang gadis bertudung yang memiliki watak tersendiri. Pelakon lain ialah Julia Ziegler, Linda Hashim dan Chermaine Poo yang akan ditayangkan setiap jam 9.30 malam di astro prima bermula 8 Julai.
Biarpun tawaran berlakon yang diterimanya semakin mencurah-curah tetapi Lisa tidak kelam kabut untuk menerimanya kerana takut tidak mempunyai masa untuknya. Berkaitan dengan tanggapan peminat akan bosan terhadapnya Lisa menjelaskan yang beliau tidak mampu mengawalnya.. Beliau masih berpegang kepada prinsip yang rezeki itu adalah pemberian tuhan dan bersyukur kepadanya..






Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Tuesday, June 29, 2010

Linda jasmin tidak Queen Control?


KELUARGA bahagia... que, linda dan ratu sentiasa ceria sepanjang sesi fotografi.


Minggu lalu, pada pertemuan itu sementara menantikan sesi fotografi, penulis dapat melihat kemesraan mereka.
Linda ralit membetulkan kemeja hitam dan lengan baju suaminya bagi memastikan Que Haidar kemas dan bergaya untuk sesi fotografi dengan Mega.
Sesekali jari runcingnya menyisir rambut Que yang baru dipotong nipis dan panjang yang menyerlahkan lagi wajah manis suaminya.
Dalam kelekaan itu, Linda Jasmine Hashim yang sedang memangku puteri mereka, Tengku Ratu Haidar, sempat berbisik ke telinga suaminya. Reaksi Que mengundang derai ketawa. Linda tidak terkecuali.
Kemesraan Linda dan Que lebih terserlah apabila masing-masing menyapa dengan panggilan sayang.
Situasi yang jelas menggambarkan ikatan cinta yang kukuh antara mereka tempoh hari membuatkan sesiapa saja yang berada di depan mata mereka ketika itu sukar untuk menerima hakikat bahawa Linda seorang Queen Control!
Namun, untuk memastikan dakwaan itu tidak berasas, soalan diajukan kepada pasangan itu. Linda pastinya sasaran utama penulis. Kepada Linda, soalan ditanya apakah benar dia bertanggungjawab mempengaruhi Que membuat keputusan berhenti berlakon.
Wanita yang berdarah kacukan Melayu, India dan Siam yang diwarisi daripada bapanya serta Amerika, Finland dan Sweden daripada ibunya itu tidak pula tergamam. Barangkali, Linda yang berusia 37 tahun sedia maklum yang persoalan sedemikian akan diajukan kepadanya.
Sebaliknya, sebelum menjawab, Linda memandang ke arah suaminya yang kebetulan mengambil alih tugas memangku Ratu.
Kata Linda, awalnya dia terkejut apabila didakwa sedemikian rupa dan berpendapat itu merupakan persepsi yang kurang manis untuk dilabelkan kepadanya.
Mementingkan kesempurnaan
Tidak berniat untuk menegakkan benang basah, Linda sebaliknya mempersoalkan tujuan mereka yang mereka cerita tidak benar itu.
Biar dia dilihat sebagai wanita yang sofistikated, namun pada pertemuan itu Linda memaklumkan, dia menyedari kepentingan dia menghormati dan mentaati suami seperti yang dituntut oleh agama.
"Saya bukanlah isteri yang begitu kerana saya sedar agama Islam ada menyebut syurga seorang isteri terletak di bawah tapak kaki suaminya dan kerana itu masakan saya sanggup menderhaka kepada suami saya.
"Tetapi saya tidak nafikan, saya seorang yang mementingkan kesempurnaan. Sejak dulu sampai sekarang dalam hidup saya mengutamakan kesempurnaan dari hujung rambut sampai hujung kaki. Saya tidak suka pada sesuatu yang dibuat ala kadar.
"Misalnya untuk sesi fotografi ini, memang saya yang menentukan pakaian kami sekeluarga. Bukan itu sahaja malah saya juga mencadangkan Que memotong rambutnya supaya kemas dan menarik.
"Saya rasa tidak salah sebagai seorang isteri saya menjaga penampilan suami dan takkanlah kerana itu saya dituduh sebagai queen control?" soal Linda dalam nada yang cukup tenang.
Pada masa yang sama, Linda menyedari sebagai orang ternama dia tidak boleh mengelak bahawa kehidupan dia dan keluarganya diperhatikan namun dia juga berpendapat tidak adil tuduhan itu dibuat kepadanya.
Apa yang membuatkan dia makin sukar menerima dakwaan itu ialah ketegasannya tidak membenarkan Que aktif berlakon disebabkan mahu menjaga prestij keluarganya.
"Semua itu karut! Tak masuk akal langsung. Semasa kenal Que, dia seorang pelakon malah keluarga saya juga tahu. Saya tidak pernah menghalang Que berlakon bahkan filem Lagenda Budak Setan merupakan filem lakonan Que setelah kami bernikah.
"Saya tidak nampak kerjaya Que sebagai pelakon menjatuhkan martabat saya dan keluarga kerana dia mencari rezeki yang halal untuk kami sekeluarga," kata Linda menjelaskan salah faham masyarakat.


sumber:
utusan

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Friday, June 25, 2010

Selepas Cut tari dan Luna Maya....Ariel peterpan juga pernah buat hubungan lucah dengan 4 lelaki?

Ketika dunia hiburan dikejutkan dengan berita aksi seks atau porno dengan 2 artis wanita, kini pihak polis Indonesia menemui sejumlah pita yang menunjjukkan aksi Ariel dengan golongan lelaki.

Ketua Penerangan Awam, Ibupejabat Polis Jakarta, Marwoto Soeta menjelaskan perkara demikian. Pun begitu Marwoto menegaskan yang kajian utama pihak penyelidik ialah 3 pita video yang dikatakan melibatkan Ariel dengan Cut Tari dan Luna Maya.

 
 Setakat ini pihak polis telah menjumpai 32 buah video yang berkaitan yang mana 4 daripadanya adalah aksi Ariel dengan lelaki yang belum dikenalpasti identitinya.

Pada Rabu lepas pihak polis mengesahkan yang video porno itu adalah milik Ariel dan dia akan didakwa selepas beberapa ujian forensik dijalankan. selepas Ariel ditahan pada selasa lepas, dia ditempatkan di sebuah penjara sementara menanti hasil pemeriksaan ke atasnya selesai.
Kedua-dua artis wanita itu turut dipanggil untuk membantu siasatan yang telah dijalankan.



Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Sunday, June 20, 2010

Pengakuan Saiful Apek: Saya tak layak jadi ikon

Oleh Zul Husni Abdul Hamid
bminggu@bharian.com.my
2010/06/20

Saiful Apek
Saiful Apek
 
Pelawak hasrat undur diri sementara selepas lalui pengalaman ditahan kerana dadah

KUALA LUMPUR: "Saya insaf! Saya percaya untuk menjadi manusia yang baik, saya perlu terlebih dulu melalui insiden buruk. Soal imej buruk atau sebaliknya, itu terpulang kepada masyarakat. Dengan rendah hati, saya mengakui tidak layak untuk diangkat sebagai ikon atau contoh kerana ikon sejati ialah Rasulullah SAW.

“Tiada siapa yang akan dapat menggantikannya dan Alhamdulillah, penahanan itu membawa fadilat tersendiri untuk saya rasai nanti,” kata Saiful Apek, 41, dalam nada sebak yang sekali gus menyatakan hasratnya mengundur diri daripada industri hiburan untuk memberikan tumpuan kepada aktiviti kemasyarakatan.
“Saya berundur diri kerana ingin berehat dan mahu merasai nikmat hidup sebagai orang sihat serta bebas,” katanya menerusi panggilan telefon, petang semalam.

Pelawak yang nama penuhnya, Mohd Saiful Azam Mohamad Yusoff berkata, pengalaman ditahan reman selama empat hari sebelum dibebaskan Khamis lalu, menimbulkan keinsafan dan membuatkan dia bersyukur kerana dapat kembali menghirup nikmat kebebasan seperti manusia lain.

Penahanan itu juga katanya, mencetuskan idea kepadanya untuk melancarkan kempen berjuang menentang penyalahgunaan alkohol, dadah serta penganiayaan.

Katanya lagi, penahanan itu turut membawanya melalui satu proses transisi, membuat dia lebih mengenali diri dan mengetahui siapa teman sejati dan lawan.Saiful Apek berkata, keputusan itu diambil bukan kerana insiden hitam yang dilalui sebaliknya dia ingin menyempurnakan sebuah hasrat yang sekian lama diimpikan.

Enggan mengulas panjang mengenai impian itu, Saiful Apek berkata, peluang itu juga dimanfaatkan untuk bersama keluarga kerana sebelum ini terlalu sibuk dengan urusan karier seni.

Dia bagaimanapun, mengakui masih berminat untuk meneruskan perjuangannya dalam bidang hiburan dan akan kembali apabila tiba masanya.

“Saya sentiasa meletakkan diri sebagai seorang pelajar dalam menimba ilmu seni. Jadi tidak akan ada istilah bersara atau meninggalkan bidang hiburan selama-lamanya.

“Saya cuma mahu mengundur diri sementara. Saya pergi bukan kerana takut dengan persepsi negatif masyarakat. Saya juga tidak takut untuk bersemuka atau berdepan dengan kelompok minoriti yang cuba menjatuhkan nama baik dan karier.

“Saya akan manfaatkan masa itu dengan berjuang menerusi kempen antialkohol, penyalahgunaan dadah dan penganiayaan selepas melalui satu pengalaman tidak dapat dibeli dengan wang ringgit,” katanya.

Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2003 itu juga berkata, dia tidak bimbang peristiwa penahanan bersama lima rakannya kerana mengambil dadah, Sabtu lalu membataskan peluangnya untuk terus aktif sebagai anak seni.

Baginya, rezeki setiap manusia ditentukan Allah dan dia sentiasa yakin apa juga musibah berlaku tidak sesekali menjejaskan semangatnya.

Ditanya kemungkinan penahanannya itu berlaku kerana penganiayaan, Saiful Apek enggan mengulas dan menyerahkan perkara itu kepada Allah.

Cukup katanya, dia berterima kasih dan menyatakan penghargaannya kepada pihak polis melayannya dengan baik sepanjang ditahan.

“Perkara lain berkaitan peristiwa penahanan tidak dapat saya jelaskan kerana semuanya masih dalam siasatan. Serahkan saja kepada polis untuk menyelesaikannya dengan bijaksana dan adil,” katanya.

“Saya juga mahu berterima kasih kepada peminat sanggup mengumpul wang bagi membantu pembebasan saya. Mereka ini menjadi sumber kekuatan saya,” katanya.

sumber:


p/s:
Benarkah segala pengakuan seorang artis apabila sudah melakukan kesalahan? sekejap da mengaku bertaubat tapi besok-besok buat lagi!! Entahlah dunia...


Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Sunday, June 13, 2010

Harith Iskander dan pasangannya Jezamine selamat diijab kabul

KUALA LUMPUR 12 Jun - 

Perkenalan di laman sosial, Facebook (FB) lebih setahun lalu akhirnya membawa pasangan selebriti, pengacara dan pelakon komedi terkenal, Harith Iskander Musa, 44, dan Jezamine Lim, 27, ke jinjang pelamin.

Harith dan pasangannya, seorang model yang semakin dikenali itu selamat dinikahkan dengan berwalikan hakim di kediaman Jezamine di Kota Damansara di sini hari ini. Dengan sekali lafaz, pasangan yang dinikahkan oleh Pendaftar Kanan Nikah, Cerai dan Rujuk daerah Petaling, Muhamad Sujak Muhd. Dasuki dengan mas kahwin RM300 itu akhirnya bergelar suami isteri kira-kira pukul 12.05 tengah hari.

Selain wang hantaran RM50,000, Harith turut membawa empat lagi barangan hantaran berupa beg tangan dan kasut berjenama Coach, set barangan kemas, sepersalinan pakaian dan juga coklat. Jezamine yang merupakan saudara baru itu pula membalas tujuh dulang hantaran berupa senaskhah al-Quran, tali leher berjenama Louis Vuitton, set wangian, buah-buahan, sepasang sepersalinan, kasut dan coklat.

Tidak percaya kepada cinta laman maya, baik Harith mahupun Jezamine bagaimanapun akur bahawa inilah jodoh yang ditentukan oleh Tuhan buat mereka. Bagi pasangan itu, jodoh mereka begitu kuat biarpun hakikatnya perkahwinan mereka mendapat tentangan daripada keluarga Jezamine.

Mengimbas detik berputik cinta antara mereka, kata Harith, segalanya berpunca apabila dia cuba untuk menjadikan Jezamine sebagai rakan di FB atas bantuan seorang rakan. "Tidak sangka Jezamine menerima saya sebagai rakan dan daripada situ bermulalah perkenalan dan bibit-bibit percintaan kami," kata Harith.

Biarpun gembira dirinya kini bertukar status, Harith bagaimanapun sedikit hiba apabila terkenangkan arwah ibu dan bapa yang tidak dapat bersama-sama meraikan hari bahagia itu.
Bapa Harith, Musa Mohamad meninggal dunia pada 26 Februari lalu akibat kegagalan jantung manakala ibunya, Farida Jane Musa menyusul kemudian pada 21 Mac lalu akibat sakit tua.

"Pada mulanya saya tidak berasa gementar untuk diakadnikahkan namun, saya jadi gementar apabila berhadapan dengan kadi kerana terkenangkan arwah ayah dan ibu saya.  "Arwah ibu begitu sayangkan Jezamine dan hari ini saya dapat merasakan seperti arwah ibu dan ayah ada bersama-sama," kata pelakon filem Sepet itu. Selain dihadiri oleh kenalan dan saudara mara terdekat, pelakon terkenal Hans Issac turut hadir menyertai rombongan pihak pengantin lelaki.


Sumber berita:
Utusan


Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
Bookmark and Share
Share

Wednesday, June 9, 2010

Roslin Hashim nikah 9 Julai ini

HULU KLANG 8 Jun – 

Pemain badminton perseorangan negara, Roslin Hashim akan mendirikan rumah tangga pada 9 Julai ini selepas gagal dalam perkahwinan pertamanya yang hanya bertahan tidak sampai dua minggu baru-baru ini.

Menurut kakak angkat Roslin, Raja Azmi Raja Sulaiman, 50, adik angkatnya itu mengambil keputusan bernikah dengan Nurhayati Othman iaitu Pengarah Pemasaran dan Promosi, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) selepas berkenalan hampir enam bulan.
“Majlis pernikahan pasangan itu akan diadakan di Hotel Flamingo, Ampang pada 9 Julai ini selepas solat Maghrib. Difahamkan hantaran perkahwinan ialah senaskhah al-Quran, telekung dan sejadah.
“Ia atas permintaan bakal pengantin perempuan sendiri,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas sidang akhbar Festival Filem Malaysia Ke-23 di Finas hari ini.
Jelas Raja Azmi yang merupakan isteri bekas pemain beregu badminton negara, Jalani Sidek, Roslin, 35, melahirkan hasrat hatinya untuk berkenalan dengan Nurhayati selepas mereka bertemu pada suatu majlis di Finas, Januari lalu.
“Selepas pertemuan itu, Roslin menyatakan kepada saya bahawa dia ingin berkenalan dengan Nurhayati yang kebetulan saya kenal.
‘‘Kebetulan ketika Roslin melahirkan hasrat hatinya itu, Nurhayati baru sahaja putus tunang,” katanya.
Sementara itu, Nurhayati, 38, ketika ditemui berkata, dia tidak menyangka Roslin meluahkan hasrat untuk menjadikannya isteri selepas melalui perkenalan tidak sampai lima bulan.
Jelas anak kelahiran Taiping, Perak itu, sejak pertemuannya dengan Roslin pada Januari lalu mereka hanya intim selepas beberapa bulan berkenalan hasil pertemuan yang diatur oleh Raja Azmi.
“Kalau boleh kami tidak mahu menghebohkan perkara itu tetapi nampaknya hari ini ramai wakil media yang mula menghubungi saya dan bertanyakan mengenainya,’’ katanya.
Majlis pernikahan itu akan diadakan secara tertutup untuk sanak keluarga terdekat sahaja.
“Majlis resepsi akan diadakan selepas Aidilfitri nanti iaitu selepas ibu bapa Roslin kembali dari menunaikan umrah,” katanya.

sumber:


Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Saturday, May 29, 2010

RIHANNA mati akibat kemalangan kereta di Melrose Place LA-CAL

Berita kematian penyanyi terkenal Rihanna telah tesebar secara meluas di Twitter pada hari selasa memberikan kegelisahan kepada peminat-peminatnya. Tetapi pada masa yang sama Rihanna sebenarnya sedang sibuk dengan promosi single terbarunya Rockstar 101.

"Telah meninggal dunia, seorang pemuzik Amerika yang berbakat RIHANNA mati akibat kemalangan kereta di Melrose Place LA-CAL" seperti yang dipetik di laman web Kapanlagi.com.

Demikian posting yang popular di Indonesia yang kemudiannya direspon oleh ramai pengguna twitter. Tapi yang lucunya ialah khabar kematian Rihanna ini hanya heboh di Indonesia sahaja.
Pada pagi selasa, Rihanna masih mengemaskini Twitternya bagi mempromosi video klip Rockstar 101 yang akan ditayangkan serentak pada hari selasa. Khabar angin mengenai kematiannya hanya gosip semata-mata..

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
Bookmark and Share
Share

Sunday, May 16, 2010

Siapa artis yang bertulang besi...Rahsia kekuatan tulang Michelle

Benarkah ada artis yang bertulang besi..bagaimana mereka membuatkan tulang mereka macam besi? Adakah mereka membuat pembedahan dengan meletakkan besi dalam tulang mereka supaya tulang mereka lebih kuat dan tegap? Sebenarnya semua itu tidak perlu cuma yang paling penting ialah penjagaan dari peringkat awal di mana jangan sampai berlaku kekurangan kalsium dalam badan... tengok bagaimana Michelle menjaga tulangnya supaya sentiasa sihat dan kuat... 

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH















WANITA ini tidak pernah takut mencuba aksi lasak di layar perak. Melompat dan berlari juga tidak menimbulkan masalah buat bekas Miss Malaysia 1983, Datuk Michelle Yeoh.

Mula mempelajari tarian balet pada usia empat tahun, Michelle yang mengalami kecederaan tulang belakang, terpaksa mengalih perhatian kepada seni lain termasuk koreografi.

Michelle yang mahir berkungfu sering menjadi pilihan watak heroin beraksi lasak di Hollywood. Peranan yang paling sinonim dengannya ialah wanita yang mahir seni mempertahankan diri dan sentiasa tangkas beraksi. Michelle tampak seperti benar-benar menguasai setiap pergerakannya. Kongsinya, dia mementingkan kualiti kesihatan dengan mengambil tahu tentang kesihatan tulangnya. Selain senaman, pembinaannya memerlukan nutrien yang tepat dan berterusan untuk memastikan kitaran pembentukan tulang yang melibatkan pereputan tulang lama dan pembinaan tulang baru berlaku pada kadar yang sepatutnya.

Michelle yang berasa beruntung kerana dididik ibu bapanya untuk mengambil semua jenis makanan dan memahami tentang nutrien, menjadikan sayuran hijau dan buah-buahan sebagai makanan wajib. Untuk tulang pula, Michelle secara khususnya memilih mengambil susu setiap hari. 

"Saya memang yakin dan ambil serius tentang kesihatan tulang saya. Sebagai seorang pelakon, kesuntukan masa dan jadual penggambaran yang sibuk merupakan tuntutan kerja yang tidak dapat dielakkan. Inilah antara sebab saya harus mengambil berat tentang pengambilan kalsium, bagi memastikan saya mendapat keperluan harian nutrisi tulang saya kerana saya gemar melakukan aksi lagak ngeri saya sendiri," kata beliau selepas pelancaran siri jelajah Sains di sebalik Anlene di ruang legar Oval, LG, New Wing One Utama, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Di samping itu, Michelle yang juga duta Anlene, menggelarkan wanita Malaysia sebagai superwoman. Nasihatnya, jaga kesihatan tulang mereka seawal mungkin. Pada pendapat Michelle, sebagai ibu dan wanita muda, mereka melakukan banyak aktiviti. Jadi, mereka harus dibekalkan maklumat awal mengenai kepentingan menjaga tulang yang baik. 

"Isu kesihatan tulang amat dekat di hati dan saya percaya, bermula usia 30-an, anda sudah perlu mengamalkan minum susu dengan pengambilan susu kalsium yang tepat," katanya. Berkongsi rahsia kesihatannya, sebagai seorang yang aktif dan lasak, dia perlu mengamalkan gaya hidup sihat agar dapat mengekalkan kesihatan serta stamina ketika di lokasi penggambaran.

Bahkan, Michelle tiada masalah mengamalkan rutin itu kerana susu menjadi minuman hariannya sejak kecil sehingga sekarang. Malah, selepas bangun pagi dan bersenam, wanita ini akan minum secawan susu kemudian barulah melakukan aktiviti lain. Sementara itu, Michelle percaya kecantikan luaran sebenarnya terpancar menerusi dalaman iaitu daripada segi pemakanan serta hati yang sentiasa ceria dan gembira. 

"Apabila kedua-dua ini dijaga, anda tidak perlu bimbang walau sudah lewat usia. Lihatlah penampilan saya yang suka minum susu," ujarnya yang bangga menjadi anak kelahiran Malaysia.


sumber:
utusan malaysia

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
Bookmark and Share
Share

Saturday, April 24, 2010

Nasha Aziz belum memutuskan untuk berkhawin... Sampai bila ya..

Masih berteka-teki
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
nurul@bharian.com.my
2010/04/19

pix_gal0
Nasha Aziz tidak mahu gelojoh untuk mendirikan rumah tangga, ajak Nur Iman Tang ke Tanah Suci tunai umrah

MENGAJAK model dan pelakon terkenal, Nasha Aziz, bercerita mengenai alam perkahwinan bukanlah sesuatu yang mudah. Banyak kesabaran perlu dimiliki untuk mendengar wanita cantik ini berbual mengenai topik rumah tangga. Apatah lagi untuk mendengar dia mengumumkan tarikh perkahwinannya, ia umpama menunggu bulan jatuh ke riba.

Walaupun wujud desas-desus mengatakan Nasha bakal mengakhiri zaman bujangnya tidak lama lagi, tetapi empunya diri bijak bermain teka-teki, membiarkan wartawan yang sememangnya menunggu pengumuman bermakna itu, tertanya-tanya sendiri. 

Namun, Nasha tidaklah langsung enggan bercerita fasal cinta dan alam rumah tangga. Ketika ditemui pada majlis pelancaran Pameran Pesona Mutiara Rafflesia di Muzium Negara, baru-baru ini, selebriti tinggi lampai itu tetap membuka mulut bersembang mengenai topik berkenaan.

Namun, Nasha tidaklah langsung enggan bercerita fasal cinta dan alam rumah tangga. Ketika ditemui pada majlis pelancaran Pameran Pesona Mutiara Rafflesia di Muzium Negara, baru-baru ini, selebriti tinggi lampai itu tetap membuka mulut bersembang mengenai topik berkenaan.
"Saya percaya kepada cinta dan kasih sayang yang kuat berasaskan agama. Cinta sebegitu lebih indah dan bermakna," kata Nasha saat memulakan bicara mengenai cinta.

Sehubungan itu, kata Nasha, dia akan membawa lelaki yang kini begitu dekat di hatinya, Nur Iman Tang Abdullah, ke Tanah Suci untuk mengerjakan ibadat umrah selama dua minggu, bermula 10 Mei nanti.

"Saya pernah mengerjakan umrah sebelum ini. Kali ini, saya membawa Iman sekali untuk dia lebih mengenali sejarah Rasul. Dia juga baru saja menghadiri kursus agama bersama saudara baru yang lain.

"Saya sendiri cukup teruja untuk memijakkan kaki ke Makkah dan Madinah kerana selain beribadat, masih banyak tempat yang belum saya lawati di sana," kata Nasha yang sudah pun dua tahun menjalinkan hubungan cinta bersama jejaka berkenaan. Menyentuh soal jodoh, Nasha menegaskan, semua orang sudah tentu ingin menamatkan zaman bujang masing-masing.

"Cuma waktu yang akan menentukan, bilakah detik itu akan hadir. Kita pula janganlah gelojoh untuk berkahwin. Contohnya, saya sendiri perlu mengenali hatinya dengan lebih mendalam lagi.

“Menuju ke alam perkahwinan bukanlah sesuatu yang mudah, sama ada bagi saya mahupun Iman sendiri. Ia satu keputusan yang cukup besar, yang perlu diputuskan kami. Saya pula perlu mengetahui sejauh mana matlamatnya dalam perkara ini.

"Kita kena fikirkan sedalam-dalamnya matlamat sesebuah perkahwinan. Ia bukan sekadar mengenai persiapan untuk majlis perkahwinan. Isteri atau suami macam mana yang kita akan jadi, semua itu kena difikirkan," kata Nasha yang menganggap perhubungannya bersama Iman masih lagi pada peringkat awal.

Justeru, katanya, berilah peluang untuk dia mengenali lelaki itu dengan sebaik-baiknya.

"Jika boleh, saya hendak berkahwin sekali saja seumur hidup. Saya mahu mendirikan rumah tangga yang kekal hingga ke akhir hayat. Perkahwinan bukannya membabitkan perkara dunia saja. Dalam kepala saya sekarang, saya tidak memikirkan pun mengenai persiapan majlis perkahwinan," katanya.

Ditanya mengenai perhubungannya dengan jejaka itu sendiri, Nasha mengaku sehingga kini perhubungan itu berlangsung dalam keadaan yang baik.

"Setakat ini, ia perhubungan yang baik sekali. Apa yang kita nampak, itulah yang kita ketahui. Tetapi, saya ingin melihat sehingga ke akar umbi, agar saya boleh berpijak di bumi nyata dalam hal ini. Lalu, tidak salah sekiranya saya terus bertanya untuk mencari jawapan yang lebih pasti," ujar Nasha.

Tumpu kerjaya peragaan

SELEPAS menamatkan siri Kasih Tercipta arahan Rashid Sibir, nampaknya Nasha lebih suka mengambil sikap menunggu terlebih dulu, sebelum menerima skrip yang dirasakannya cukup baik dan sesuai dengan kemampuan diri.

Lalu, sudah beberapa ketika dia berehat daripada dunia lakonan, filem mahupun drama TV. Sebaliknya wanita yang akan genap berusia 39 tahun pada 14 Mei ini lebih banyak memberikan tumpuan kepada kerjaya peragaannya buat ketika ini.

"Buat masa ini, saya banyak terbabit dalam kerja peragaan termasuk menyiapkan kempen terbaru Polo. Kini, sudah tiga tahun saya bersama jenama berkenaan. Saya juga terbabit dalam peragaan di Stylo, diikuti beberapa pertunjukan di The Curve dan The Gardens. April ini juga saya terbabit dalam pertunjukan fesyen pengantin, diikuti dengan kunjungan kerja ke Shanghai, Jun nanti, untuk sebuah lagi pertunjukan fesyen pengantin," cerita Nasha.

Katanya, bukan tidak lagi mahu berlakon, dia masih menunggu skrip yang difikirkan mampu memberikan kelainan kepada dirinya dan penonton.

"Saya pasti akan berlakon kembali apabila mendapat skrip yang benar-benar membuatkan saya jatuh cinta. Saya mencari skrip yang mampu membuatkan penonton berasa gembira apabila menontonnya. Kita bercerita mengenai seni, lalu ia haruslah dipersembahkan secara cantik.

"Bukan bermakna saya seorang yang ‘perfectionist’, tetapi saya mencari sebuah cerita yang digarap penuh kreatif. Saya sendiri bukanlah sempurna dan saya sedar di mana kekurangan saya sebagai pelakon. Bak kata orang, kalau memakai pakaian, biarlah ikut badan," katanya yang pernah menjulang trofi Pelakon Wanita Harapan pada Festival Filem Malaysia (FFM) ke-14 dan anugerah Pelakon Wanita Terbaik pada FFM17.

INFO: Pameran Pesona Mutiara Rafflesia
  • Berlangsung dari 15 April hingga 16 Mei ini, di Muzium Negara Kuala Lumpur. Antara koleksi yang dipamerkan ialah busana rekaan Khoon Hooi, Rizman Ruzaini dan Keith Kee, yang menggunakan mutiara sebagai perincian pada ciptaan mereka.
  • ANTARA gaun yang dipamerkan itu pula, termasuklah gaun perkahwinan Datuk Siti Nurhaliza, gaun pengantin Ning Baizura dan gaun pengantin model terkenal, Amber Chia.
  • Pameran itu juga menampilkan enam koleksi terpilih Rafflesia termasuk cincin mutiara Erra Fazira dan Siti, loket mutiara Ning serta kasut bersulam mutiara Amber. Nilai koleksi yang dipamerkan selama sebulan itu ialah RM3.1 juta.
  • PADA majlis pelancarannya yang disempurnakan Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Kamaruddin Siaraf, beberapa selebriti dan pereka tempatan termasuk Ning Baizura, Suki, Pushpa Narayan, Nasha Aziz dan Amber Chia diundang sama bagi memeriahkan acara.
sumber: berita harian 19/4/2010


Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
Bookmark and Share
Share

Tuesday, April 13, 2010

Hati Rossa telah dimiliki... Siapakah jejaka yang bertuah tu..


 Rossa

SEJAK keruntuhan rumah tangga yang dibina atas dasar cinta bersama Yoyo runtuh tahun lalu, penyanyi popular Rossa yang seringkali ditanya mengenai penggantinya akan cuba mengelak seboleh mungkin. ... Lagi
tahniah kepada Rossa kerana akhirnya telah menemui kekasih hatinya yang baru..

Sila ke link di bawah untuk paparan lanjut..
Utusan Malaysia Online - Hiburan

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
Bookmark and Share
Share

Entri-Entri terkini