Google+ Followers

CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Saturday, July 17, 2010

Bila diri ini kena duty pada hari ahad..huhu..

Perkara yang paling aku tak suka dalam kerja ialah bila terkena giliran duty pada hari minggu.. Bila sudah kena giliran duty maka terpaksalah tinggal di tempat kerja sebagai standby staff.. Apa lagi aku dan beberapa staff lain terpaksa menguruskan segala hal dalam estate kelapa sawit pada hari esok (Minggu). 


Tapi bukan aku sahaja yang kena pusingan duty ini kerana kami akan bergilir-gilir setiap minggu.. Semua orang akan merasakannya selagi dorang berada di dalam estate..


Bila kena giliran duty maka kami akan diberikan satu hari cuti ganti.. bermaksud tiada gaji double pada hari tersebut..begitu juga pada hari holiday..tiada triple pay... cuma dapat satu hari cuti ganti.. Tapi itu da kira ok la..


Yang bosannya ialah aku dan hanya beberapa orang yang akan berada di estate pada hujung minggu mengatur kerja.. lagi satu ialah aku akan rindukan anak aku yang masih kecil...:-/
Pasti dia pun akan merindui bapanya..hehe.


Tapi inilah asam garam bila kita berada dalam perkerjaan di estate.. hari minggu mesti ada yang berkerja untuk memastikan tiada masalah yang timbul...




Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Entri-Entri terkini