CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Monday, July 19, 2010

SIAPA LELAKI MALAYSIA YANG DITAHAN KETIKA 'BERSAMA' PELAKON SEKSI PARIS HILTON..?? HUHU..

Kisah yang hangat ni...

Selebriti terkenal Paris Hilton ditahan bersama dengan seorang lelaki yang berpengaruh dari malaysia!! Siapakah gerangan lelaki tersebut? dan kenapa mereka ditahan? Betulkah ini semua atau hanya cerita media saja?


 Paris hilton dalam satu aksi seksinya...huhuhu


PARIS 18 Julai - 

Selebriti bermasalah, Paris Hilton menafikan dia ditahan polis semalam di sebuah lapangan terbang di Corsica, Perancis kerana memiliki ganja dalam beg tangannya. Hilton dilapor transit di pulau Mediterranean itu menaiki jet peribadi, bersama 'personaliti yang rapat dengan orang berpengaruh di Malaysia' ketika dalam perjalanan dari Paris ke Porto Cervo di Sardinia.

Dalam satu ulasan yang disiarkan di laman rangkaian sosial Twitter miliknya, pewaris empayar Hilton itu menegaskan laporan berita itu hanya khabar angin semata-mata. "Hentikan khabar angin ini. Berita yang mengatakan saya ditahan tidak benar sama sekali. "Saya sedang menikmati percutian paling menyeronokkan dalam hidup saya," katanya dalam ulasan Twitter hari ini.

Media semalam melaporkan, Hilton ditahan seketika di Corsica selepas anjing penghidu mengesan ganja di dalam beg tangannya. Akhbar Corse Matin melaporkan, pegawai di lapangan terbang di Figari menemui kira-kira satu gram ganja, menyebabkan aktres itu ditahan untuk soal-siasat, namun dibebaskan 30 minit kemudian.

Awal bulan lalu, selebriti itu ditahan kerana didakwa menghisap ganja pada satu perlawanan Piala Dunia di Port Elizabeth, namun dibebaskan kemudian. - Agensi
 


 seperti yang ditulis dalam utusan

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.

Bookmark and Share
Share

Entri-Entri terkini