CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Thursday, September 2, 2010

ANDA DALAM BAHAYA...APA-APA YANG TELAH DI DELETE DI KOMPUTER DAN HANDPHONE MASIH BOLEH DI EKSTRAK BALIK...

Salam,
Aku ingin berkongsi dengan anda semua satu maklumat yang saya rasa berguna untuk semua. Kelmarin aku berbicara dengan seorang kawan yang tugasnya memang untuk update software komputer dan Programmer komputer di mana beliau menjelaskan yang apabila kita mendelete sesuatu data atau photo ke recycle bin dan mendeletenya juga di recycle bin tersebut, segala maklumat tersebut masih boleh di ekstrak balik menjadi data penuh seperti asal oleh seorang yang mahir dalam komputer.. Sebenarnya tak perlu pakar atau mahirpun, anda hanya perlu pandai mengaplikasikan program GetBackData.. (p/s aku pun tak tau macamana nak guna benda ni).

Mengikut maklumatnya benda yang telah kita delete sekalipun akan disimpan dalam satu cip di komputer kita itu. Data ini akan kekal di situ tetapi boleh di akses dengan cara tertentu.
Mungkin inilah yang berlaku apabila seseorang artis itu menyimpan gambar atau video xxx nya dalam komputer, apabila komputer itu rosak dan mereka menghantarnya untuk diperbaiki maka akan berkeluaranlah gambar-gambar mereka di internet selepas itu.

Beliau tidak menjelaskan apa program yang dipakai dan kalau beliau jelaskan pun mungkin saya juga tidak tahu tetapi jika benar maklumat yang sudah kita delete habis boleh di retrieve balik...kita semua dalam kesusahan.. Kawan aku berseloroh dengan mengatakan jka komputer rosak dan ada gambar XXX anda di dalamnya, hati-hatilah katanya..hehe

Oleh itu janganlah anda cuba-cuba menyimpan apa-apa benda-benda yang sebegini dalam komputer atau handphone kerana maklumat itu sebenarnya masih berada dalam komputer atau handphone tersebut walaupun kita telah memadamnya..

Ada kawan yang menasihatkan apabila kita ada menyimpan benda-benda sebegini dalam komputer dan tiba-tiba komputer kita rosak maka tak perlulah diperbaiki.. bagus buang saja dan musnahkan komputer tersebut daripada 'aksi' anda akan tersebar nanti..

Yang baiknya ialah walaupun benda ini boleh dilakukan tetapi ianya sesuatu benda yang sukar dan tidak semua orang boleh melakukannya tetapi biarpun begitu ianya tetap sesuatu yang menakutkan jika benar-benar boleh berlaku sedemikian..hehe..



Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.

Bookmark and Share
Share

3 comments:

suzzsuzie said...

eh..bahaya ni

suhaisweet said...

Nice friend...visit my latest entry that goin' to touch ur heart..hopefully ;D

iddinm said...

Bagus hati2

Entri-Entri terkini