CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Wednesday, September 1, 2010

Artis pun HIDUP MENGULAR.. Anda bagaimana?

Seringkali kita mendengar orang menyebut perkataan " kau ni selalu mengular" maksudnya perbuatan kita ini diumpamakan dengan ular. Maksud sebenarnya ialah kita dikaitkan dengan perbuatan melepaskan diri tetapi apa kaitannya dengan ular, aku pun tak tahu.

Korang tengok ini ular...kalau mengular mungkin bukanlah dengan cara ini tetapi mungkin ada sesuatu yang tersembunyi disebalik photo ini

Aku rasa kebanyakan orang pun pernah mengular sekali-sekala dalam kehidupan mereka. Artis pun aku rasa pernah mengular juga dalam hidup mereka. Tanya saja sesiapa sahaja artis pasti semuanya pernah mengular. Tetapi dengan mengular inilah yang menjadikan kehidupan itu sesuatu yang lebih menarik dan ada kenangan yang diingati untuk selamanya.
Jadi adakah kita ini tergolong dengan golongan orang yang selalu mengular..? Dulu waktu sekolah aku rasa aku selalu juga mengular dengan kawan-kawan. Ialah, selalu escape keluar asrama kalau malam untuk pergi cari makan di gerai-gerai di luar sekolah. Mujurlah selama aku mengular di sekolah tidak pernah pula aku kena tangkap oleh Warden.
Sekarang apabila sudah berkerja, seringkali aku mendapati pekerja aku mengular walaupun tidak ramai yang berbuat demikian hanya segelintir. Kadang-kadang mereka escape kerja walaupun waktu kerja belum tamat. Bila kita datang periksa tempat mereka kerja, mereka sudah beredar dari situ. Walaupun cuma beberapa minit tetapi ini dikira mengular juga.

Dalam kualiti kerjapun kadang-kadang kita boleh mengular sedikit. Kadang-kadang ada orang buat kerja ala kadar saja dan tidak mematuhi standard kualiti yang setimpal dengan harga bayaran. Kita mendapat bayaran yang tinggi tetapi standard tidak sampai ke tahap yang dikehendaki.

Kadang-kadang kawan kita pun akan mengular sedikit dengan kita. Biarpun tahap mengular mereka ini masih dalam jangkauan penerimaan kita tetapi hakikatnya iannya tetap mengular juga. Cuma kadang-kadang kita terpaksa mengular juga untuk kebaikan kita juga.

Jadi jika anda ingin "MENGULAR" anda mesti fikirkan dengan sebaik-baiknya. Fikirkan tentang kesannya kepada diri anda sendiri dan juga orang lain.



Pendapat anda mengenai post ini sangat dialu-alukan... Terima kasih.

POSTED BY:


Bookmark and Share
Share

2 comments:

No name said...

ngular jgk nie.. tiba - tiba blogwalking tyme keje... hehehe...

iddinm said...

ini baru mengular la ni...macam aku juga hehe

Entri-Entri terkini