CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Sunday, August 15, 2010

Cara bagaimana tokek dan pokook cepat besar dan berat..

Walaupun cerita tokek dan pokook tidak lagi sepanas dulu tetapi masih ramai yang mengambil inisiatif untuk memelihara cicak berharga ini dengan harapan ianya akan membesar dan akan terjual pada satu hari nanti. Walaupun baru-baru ini cerita mengenai tokek ini menjadi hangat kembali terutama di Semenanjung Malaysia tetapi ianya tidaklah sehangat dulu seperti pada awalnya.

Bagaimana untuk membuatkan tokek anda cepat membesar? Sebenarnya ada beberapa faktor yang boleh membuatkan cicak bernilai ini cepat membesar dan beratnya pun bertambah.

#1 Tokek atau pokook ini cepat stress dan jika keadaan ini berlaku maka saiz serta berat badannya akan susut dengan cepat. bagaiman tokek ini mendapat stress? Ianya sangat mudah. Semuanya berkaitan dengan tempat tinggalnya. Seharusnya maksimum anda boleh menyimpan tokek dalam satu sangkar saiz 2'x2' ialah 2 ekor. jika melebihi maka tokek ini akan menggigit antara satu sama lain dan yang cedera sudah pasti akan mengecil dan lebih teruk lagi ialah akan mati.

#2 Dalam sangkar tempat tinggal tokek mesti ada disimpankan satu tempat yang gelap yang mana tokek ini boleh muat bersembunyi kerana memang itulah sifatnya tokek iaitu suka bersembunyi selain untuk keluar makan. Kita mesti menyediakan tempat tinggal yang seakan-akan tempat tinggal neutral untuk tokek ini.


Lubang pada batang kayu menjadi tempat tinggal tokek di alam semulajadi

Tokek yang tinggal di tempat yang tidak selesa untuknya akan mengecil saiznya

Anda harus ingat yang berat tokek akan menyusut beberapa puluh gram dalam seminggu jika keadaan tidak sesuai tetapi untuk menaikkannya kembali memakan masa yang amat panjang.


#3 Dari segi makanan menurut pengamatan saya kepada ramai pemelihara tokek, ada beberapa jenis makanan yang sesuai untuk cicak ini.. Manurut saya LIPAS dewasa dan cengkerik adalah makanan paling digemari tokek dan paling berzat kepada tokek ini. Rata-rata orang yang memberikan cicak mereka ini makan lipas mengakui yang lipas adalah makanan yang paling sesuai untuk tokek dan pokook. Hati ayam juga dikatakan sesuai tetapi pada saya tumbesaran tokek sedikit perlahan dengan memakan hati ayam ini. lagipun di habitat neutralnya makanannya adalah yang hidup dan bergerak. Ada juga yang memberikan tokek mereka makan anak tikus yang masih merah tetapi ianya juga kurang sesuai. 

#4 Satu lagi yang boleh menurunkan berat tokek ialah bila kita sering memegang atau melakukan sesuatu kepada badan tokek ini. Sebolehnya jika tiada kepentingan tak perlulah kita memegang tokek tersebut.

#5  Rumah tokek harus disimpan di kawasan yang ada pokok iaitu seperti habitat semulajadinya tetapi harus hati-hati kerana kemungkinan tokek anda akan di curi orang lain jika terbiar begitu sahaja.

#6  Jika tokek anda diletakkan dalam sangkar, pastikan air disimpan bersama kerana semua binatang hidup perlu air walaupun sedikit.

#7  Jangan dibiarkan tokek atau pokook kita ini terbiar dengan bahang panas haba matahari kerana iannya sesuatu yang tidak lazim kepada cicak ini..

Saya rasa panduan ini sedikit sebanyak boleh membantu pemelihara tokek untuk mencapai target mereka dalam membesarkan tokek mereka dengan cepat dan berat agar terjual dengan lebih cepat dan harga yang lebih lumayan..



Pendapat anda mengenai post ini sangat dialu-alukan... Terima kasih.
 
Bookmark and Share
Share

Entri-Entri terkini