CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Wednesday, August 4, 2010

KEJADIAN MURID PUKUL GURU HARUS DI ATASI SEGERA..



Kebelakangan ini kejadian murid memukul guru semakin membimbangkan. Kenapa perkara ini boleh berlaku..? siapa yang harus dipersalahkan? Kenapa perkara ini masih berlaku sampai sekarang dan tiada penghujungnya.. Apakah perkara ini disebabkan oleh kenakalan atau kebiadapan murid sekolah semata-mata? Atau terdapat kesalahan guru dalam menangani sesuatu masalah disiplin yang dilakukan oleh pelajar?

Kisah murid pukul guru boleh dilihat di link di bawah 
 


Kementerian Pendidikan yang bertanggungjawap dalam memantau perkembangan akademik dan disiplin murid sekolah mesti mengikhtiarkan sesuatu untuk mengatasi masalah ini agar ianya tidak berlanjutan lagi.

Kemungkinan masalah seperti ini harus ditangani dengan cara diplomasi dan bukan dengan menekan pelajar tersebut. Pelajar akan bertindak melampaui batas apabila terus ditekan dalam satu kesalahan yang dilakukannya.

Setiap murid pasti mempunyai pendekatan yang berbeza dalam cara berinteraksi dengannya. Jadi guru harus peka tentang pendekatan yang difikirkan sesuai dan bukan dengan membabi buta dalam membuat keputusan.

Tindakan cabar-mencabar dalam hal ini mungkin patut dielakkan dan harus mencari jalan penyelesaian yang lain. Pendidikan disiplin dari peringkat awal juga harus ditekankan kerana ada pepatah yang mengatakan melentur buluh biar dari rebungnya.

Kesimpulannya semua harus mengikhtiarkan sesuatu agar murid lebih berdisiplin dan kerjaya guru bukan satu kerjaya yang merbahaya seperti yang berlaku baru-baru ini..


Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

4 comments:

velasrizal said...

mcm2 skrg ni kan..teruk btol..

Model Baru Proton Waja Lancer 2010

iddinm said...

Aku juga menjadi semkin bimbang dengan keadaan semasa negara kita ini

Anonymous said...

banyak faktor penyebab... x bleh salahkan 1 pihak shj.

iddinm said...

Pertimbangan harus menilai kes ini dari segala aspek..iaitu aspek pendekatan guru dan juga bagaimana untuk membuatkan murid lebih berdisplin

Entri-Entri terkini