CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Thursday, August 5, 2010

TV3 MENYIARKAN BERITA YANG SUDAH BASI...?? Cerita apa ye??

TV3 hari ini dalam buletin utama menyiarkan berita berkaitan binatang mahal 'TOKEK' yang sudah lama popular di Sabah.. kalau tak silap sudah hampir setahun cerita itu menjadi bualan penduduk Sabah. Apa tidaknya apabila harga yang ditawarkan oleh pembeli amat tinggi sehingga mencapai ratusan ribu jika beratnya mencukupi.

gambar tokek dari google sekadar hiasan

Ada kawan dari Semenanjung malaysia menelefon dan bertanyakan pasal binatang tokek ini atau lebih dikenali sebagai 'Pokook' di Sabah. Bila ditanyakan dari mana beliau mendapat berita ini maka beliau menjawap dari TV3..Alahai..lambatnya lah berita tu sampai ke Semenanjung malaysia yee. Dalam berita tadi juga diterangkan yang ramai orang di Kedah sekarang sedang sibuk mencari tokek.. harap-harap mereka dapat tokek yang besar dan mereka akan jadi kaya raya selepas ini.. Kemungkinan jabatan hidupan liar akan mengharamkan penangkapan tokek selepas ini kerana kalau tokek diburu secara meluas maka ini akan menyebabkan kehidupan spesis ini akan terancam dan tidak mustahil akan pupus.

Kandungan dalam badan tokek yang dikatakn boleh mengubati berbagai-bagai penyakit termasuk kanser dan aids menyebabkan tokek semakin di buru dan di beli dengan harga yang mahal..



Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Entri-Entri terkini